Friday, August 16, 2013

RAYA 2013 : Slim River

Assalamulaikum w.b.t
Wah kemain lama blog cuti eh. Sebenarnya tak ada mood lagi nak update cerita raya sebab gambo xbanyak yang dalam hp. Banyak dalam camera adik beradik yang lain. Dorang lom upload lagi. Tapi update je sementara ada mood raya. Kang gambo-gambo tu wat entry lain la yerk. Boleh jugak kan.
Seperti yang dah story mory sebelum ni yang tahun ni turn kitorang beraya belah Mr.Teddy, Slim River. So plan tu memang tak berubah. Balik hari Rabu tu, jalan clear. Tak tempuh jam.

~Laki sape ni ha semangat nau siap pakai songkok nak balik kampung~

~Tolong Babah vacuum~
Pagi raya tu pulak, kemain awal saya bangun. Pukul 6 pagi. Eh ke korang lagi awal. Semangat kau nak raya. hahaha. Sejarah jadi orang first yang siap. Kalau tak selalu jadi orang last sokmo. Memang semangat. Kalah Afkar Ummi ni. Bujang kecik boleh pulak buat hal time nak pakai sampin kemain mengamuk. Grrr. Nak pakai songkok pun mengamuk. Grr kuasa dua. Padahal dari malam tu dah try pakai tau. Ok je. Sekali pagi tu tak maunye dia. Songkok xdapat pakai sampai ke sudah. Sampin saya pakaikan time dia tidur.

~Elok je pakai time malam. Bila pagi raya hmmmmmm~

~Amik kesempatan posing berdua time anak tidur. Feeling pengantin baru~

~Eh eh berdua lagi.~
Tahun ni jugak dah tak ada drama "Sedih beraya di Perantauan" macam first time beraya dengan family Mr.Teddy. Kemain semangat nak beraya tu. Pagi-pagi raya call mak sedih ler jugak, nak-nak lagi ada sound effect belakang tu (suara abang-abang saya mengusik). Control je suara nak meleleh. Noty tol dorang usik-usik. Saya siap pesan kat mak tolong simpankan saya rendang balu anak 10. Panjang tol nama rendang kan padahal rendah rempah je pun. Tapi dalam rendang tu ada segala macam daging, limpa hati dll macam iklan PETRONAS yang janda anak 7 tu. Ingat tak? Version mak pulak anak 10. Yang lebih mengubat kesedihan beraya di perantauan tahun ni sebab ada nasi impit, rendang n kuah kacang di pagi raya. Yeah. Cam tau-tau pulak. Mertua saya baca blog saya ni ke. Alamak nebes tetiba. Dah ada nasi impit, rendang bagai tu apa lagi kan tak toleh kiri kanan. Kita makan dulu.


~Gambor family kecik saya~


Belah Mr. Teddy kampong Mak n Ayah dekat-dekat je. So dalam masa sehari memang boleh cover dua-dua kampong. Video bawah ni video Afkar gaduh dengan anak jiran Opah Mr.Teddy. Padahal sebelum tu elok je bermain berdua. Kejar-kejar. Tetiba risau camna dia kat umah Mama. Jangan buat-buat orang yer nak oii.

 ~video Afkar di hari raya. Gaduh pulak dengan kawan.~
Kitorang balik ke Klang Raya Kedua petang. Pagi raya ketiga pulak ke Melaka. Raya family belah saya pulak. Tu sambung next entry ok.
~Otw balik Klang. Kita posing dulu~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...