Monday, August 19, 2013

Raya 2013 : Klang-Muar-Melaka-Seremban-Bdr Baru bangi

Assalamualaikum w.b.t
Ok dah dapat gambo dari semua orang. So bersemangat waja nak update blog. hehehe. Pagi-pagi raya ketiga tu kitorang bertolak ke Muar dari Klang. Berkonvoi 6 buah kereta. Plan asal nak bertolak sebelum subuh. Berhenti solat dekat R&R Dengkil. Sekali bila dah ramai-ramai tu nan ado la kan nak gerak kemain awal. Pukul 7 baru semua siap n bergerak dari Klang. Berhenti kat R&R Dengkil untuk breakfast. Dah siap-siap bawa bekalan nasi goreng dari rumah.
Dekat Muar n Sebatu dua rumah kitorang serang. Dua-dua rumah menu berat. Lauk lunch yang marvelous n nasi ayam. Pastu abang-abang saya boleh pulak beli durian. Semua orang sakan melantak termasuk Mr.Teddy. Saya tak makan. Berebut-rebut dorang makan. Kat sana tengah musim skang ni. Mr.Teddy asyik sendawa bau durian je sepanjang perjalanan. Kitorang sakan beraya sampai ke malam kat belah Kuala Sungai Baru. Ziarah sedara-sedara Mak n Arwah Ayah. Afkar pun tumpang mandi kat rumah Mak Long, kakak Arwah Ayah. Memang kena mandi sebab Afkar boleh pergi berkubang kat depan rumah Mak Cik saya. Budak ni memang la pantang jumpa tanah luas. Sian awak yer nak. Rumah kita tak ada kawasan nak lari-lari. Ummi n babah lak jenis malas bawa g taman. Siap-siap solat n dinner semua kat rumah Mak Long baru lah balik ke Desa Balqis.
~Rumah 1st~
~Babah n anak. Dua2 bolat~

~Dengan bonda kesayangan. Tiba2 Uteh nak nyelit lak~

~Sampai ke malam ha beraya~
Kali ni kitorang pilih rumah Pak Ngah kat Desa Balqis. Selesa sangat korang. Ada 5 bilik, dua bilik air. Beranda luas seluasnya. Afkar seronok la berlari ke sana sini. Seperti yang dah dijangka memang terasa sangat suasana kampung tu. Cantik sangat. Ada pelita. Tapi tak bakar pun. Time anak-anak buah saya nak main bunga api tu baru bakar satu pelita. Malam tu family saya main bunga api. Meriah. Afkar pun nak join sekaki. Excited budak kecik tu tahan mata nak tengok bunga api punya pasal.
~Melawat kawasan dulu~

~Yeah!!!seronok dapat lari-lari~

~tercapai hajat nak tengok pelita~

~Bunga Api KLCC~
Pagi-pagi esok tu anak-anak buah termasuk Afkar berkubang dekat swimming pool. Tak turun pantai pun sebab laut agak tak best time tu. So diorang mandi pool je la. Sampai gigil-gigil Afkar mandi. Budak tu kalau jumpa air memang sakan. Bila semua dah siap kitorang bermaaf-maafan tuk family yang tak ada time raya 1st. Family saya, Family Uda n family Uteh. Lepas tu bergambo la apa lagi.
~Budak excited jumpa air~
~Pose wajib kuak lentang~

~Dengan abang irfan n K.farzana~

~Dengan bonda tersayang. Sesi bermaaf-maafan~


~Smile~

~family kecil saya dengan mak~

~Candid~


~Anak-anak dara + Mak-mak dara makcik ati~

~family besar saya~ 
Settle check out dalam pukul 12 macam tu kitorang terus ke Seremban. Rumah sedara Mak. Lunch kat sana. Kenyang gila perut makan. Dari Seremban terus balik Bangi. Malam tu duduk rumah diam-diam. Dobi baju kemain berapa trip ntah. Tu pun sib bek dah basuh separuh time kat Slim.
Alhamdulillah raya kali ni Afkar sihat tak demam. Dia pun sama beraya sakan. Kemain join sekaki makan kuih raya. Yang tak boleh tahan selera macam orang tua ok. Suka kerepek-kerepek pastu kuih semprit. Yang moden-moden cam almond London ke apa ke tak berkenan. Tak duduk diam. Aktif ke sana ke sini. huhuhu. Memang penat Babah mengejar. Ummi? Tak larat derr nak kejor. Mampu jerit je la.
~Benda 1st nampak time raya kat Seremban:Basikal~
~Tengok selera kerepek-kerepek je ha~

~Korang tengok. SUkati x nak pergi masuk bawah meja orang. huhu~



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...