Monday, August 5, 2013

Raya 2013 : Baju Bajan Afkar

Assalamulaikum w.b.t

Sebelum raya hari tu punya la cakap dengan Mr.Teddy tahun ni xnak beli baju Afkar banyak sangat la. Sebab last year punya baju pun banyak x sempat pakai. Boleh bawak ke tahun ni. Jimat sket Ummi awak nak. Pastu masa birthday dia hari tu pun banyak gak dapat baju bajan. Boleh wat tambah-tambah.
Kitorang shopping baju Afkar ni time Sogo Member Sale hari tu. Gigih laki bini cuti punya nak pergi beli baju anak. hahaha. Beratur kat cashier berejam pun sanggup. kekeke. Anak punya pasal. Kitorang ni jenis tak kisah bab brand ke apa ke. Yang penting selesa untuk Afkar pakai. Cap ayam pun boleh. Lagipun budak lelaki kan banyak mana la sangat style nya pun. Kat Sogo tu saya rasa memadai dah nak cari baju Afkar. Outdated ke ape ke belasah la Afkar oii. Memandangkan Sogo Member Sale ni selalu memang sale kaw-kaw banyak ler gak baju yang kitorang dapat borong dengan budget yang ada. Tapi lepas-lepas tu pergi Sogo harga still sama murah. Cuma baju design lain lak. Penat ai berlaga-laga bontot tau. kekeke.
Sejak-sejak Afkar dah besar sket ni kitorang memang jarang beli baju baru untuk dia. Afkar kat rumah Mama baju umur 6 bulan pun dia ada pakai. Sebab baju tu dah mengembang jadi muat je la kat badan dia. hahaha. Tapi sian la dia memang dah lusuh amat. Time baby2 dulu ya. Memang kerap beli baju. Sebab cepat nau dia membesar baju tak muat dah. Lepas tu penangan tahun lepas punya raya yang beli baju banyak, so baju jalan tu Alhamdulillah mencukupi je la tuk Afkar. Ulang je la nak pakai baju yang sama ye. kekeke. Tu pun ada yang dah kecil.
Apakan daya nama pun Ummi kan. Bila dah start puasa terus terlupa baju yang dah menimbun kat umah tu. Still nak tambah-tambah lagi. Berbulu je Mr.teddy. kekeke. Punya la berazam kan. Chett. Tak boleh tahan weyh. Tu r office dekat nau dengan Sogo. hahaha. Choii nak salahkan Sogo pulak. Pastu buat ayat coverline la kat Mr.Teddy "Aritu yang banyak-banyak tu termasuk baju sleeveless tuk Afkar pakai hari-hari. Kita pun dah lama tak beli baju harian dia" Tau takut kena sergah dengan laki. Saya asing baju harian Afkar duduk dekat rumah (termasuk umah opah n umah nenek) dengan dekat rumah Mama. Baju-baju yang baru beli rasmi kat rumah dulu. So baju lama yang pakai kat rumah boleh bawak g rumah Mama pulak. Rotate macam tu la.
Tahun ni tak banyak pun beli kemeja tuk Afkar. Banyak beli t-shirt dengan sleeveless je. Budak ni bukan mat smart punya type. Kuat nau berpeluh. Dah la pantang panas. Tak boleh panas sket. Mengada tau. Banyak kemeja dia yang tak pakai. Tu yang kekadang slumber derk je pakaikan dia sleeveless. Selesa. Bila selesa tak ada la dia meragam. So dah tau macam tu, tak ada la belikan banyak kemeja. Seluar pun banyak belikan short je. Tapi Ummi terpengaruh gak dengan seluar K-pop tu ha. Beli 2 warna kat Jalan Tar. Merah n biru. K-Pop lah sangat. hahaha. Murah pun murah. Kalau yang branded tengok harga RM 70- RM 80 sepasang. Memang tak ada la anak Ummi nak beli camtu harga. Ni dapat RM 70/2 psg. Korang jgn bagitau ada yang lagi murah. Stress nanti. huhuhu.

Atas ni baju-baju tuk jalan-jalan.  Ada jugak hadiah birthday Afkar n balance baju tahun lepas tak sempat pakai. So sebenarnya sket je la baju Afkar yang baru beli. Time ni tengah pecah kepala nak matching baju


Dah alang-alang shopping belikan sekali baju harian dia. Sian dia. Baju pakai kat rumah Mama banyak yang dah lusuh n singkat. Baju harian ni saya suka Pigeon. Kain best. Tapi time beli ni Pigeon ada dua design je. Boleh le tu. Baju harian ni boleh rasmi dulu kalau tak g jalan raya time duduk2 rumah.




Baju tidur memang harus ditambah. hahaha. Sebab baju tidur la paling kritikal sebab kebanyakannya Afkar pakai baju yang still butang-butang kat depan yang zaman baby2 dia kalau kat rumah Mama. huhuhu. Sebenarnya suka lagi lengan pendek seluar panjang. Tapi payah pulak nak jumpa. huhuhu.


Baju Melayu tahun ni beli sepasang je. Warna turquoise biru. Tapi dalam gambar ni xnmpak sangat la turquoise eh. Pakai hari raya 1st sama colour dengan Ummi n Babah walaupun tak ada la sedondon sangat. Songkok size 18¾. Mula-mula confident Ummi beli saiz 18. Sekali tak muat. Pastu g balik
Jalan Tar nak tukar size 18½ sekali size dah habis. Beli je size 18¾. Tengok-tengok muat. Sampin lak beli kat Mamayayazone. Sama dengan sampan taun lepas. Sebijik. Tapi yang taun lepas tak muat dah. Beli baru design sama.

Kasut raya dua pasang. Converse merah tu mula-mula nak amik high cut. Tapi cam susah lak nak pakai. Afkar dah ngamuk-ngamuk. Pastu Babah suh amik yang ni. Harga lebih kurang je. huhuhu. Bekenan dengan high cut sebenarnya. Afkar punya sandle yang muat ada satu je. Nike beli kat Pasar Malam. Sedap tol sandle tu. Dia suka sangat. Tapi Ummi gatal gak nak belikan sandle Garfield. Pun dia suka. Nangis-nangis tak nak buka. Afkar dia suka berangan pakai cermin mata. Tu yang belikan dia. Tapi dia suka pakai kat leher. Ahdoyai. Tak bagi pulak tu orang betulkan. Kena pujuk baik-baik. Bila dah pakai terus kerasssss.






Baju Afkar dah siap iron n dah siap pack. Masuk dalam box ni je ha beli kat Giant. Kalau masuk bag nanti kedut lipat-lipat. Nak hanger semua yang dah iron banyak le pulak campur baju Ummi n Babah lagi. Bentang elok-elok dalam box ni. Hangkut je la ke hulu ke hilir nanti. Iron siap-siap senang sebab nanti tak terkejar-kejar time balik kampong. Tinggal pakai je.


2 comments:

  1. baju tido murah cari kat tesco ..RM12 hnggit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai murah tu k.mimy. Next time boleh carik kat Tesco=)

      Delete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...