Monday, August 5, 2013

Kalau Bukan Rezeki

Assalamulaikum w.b.t
 
Hari Jumaat hari tu time berbuka dikhabarkan berita gembira dari suami Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih kami. Bekali-kali kami berdua mengucapkan syukur. Tahu-tahu je la nak raya ni kan. Syukur sangat bila ada. Malam tu time saya tengah tidur, Mr.Teddy panik kejut saya. Mr.Teddy baru balik dari selesaikan bil-bil. Mr.Teddy bagitahu saya wallet dia tercicir. Rasa nak terduduk time tu.
 
Ya ALLAH dugaan apakah ini. Mr.Teddy sambung cerita ada orang call Mr.Teddy bagitau wallet Mr.teddy kat orang tu. Set jumpa kat mana untuk ambil wallet. Mr.Teddy buka wallet check IC, lessen, ATM card, credit card semua ada. Alhamdulillah. Buka bahagian duit KOSONG. RM500++ tak ada lagi dalam wallet. Duit tu untuk bayar bil hp dan balance dari bayar bil-bil yang lain. Bila fikir balik memang besar amaun tu. Macam-macam boleh buat. Tapi mungkin bukan rezeki kami. Adalah agaknya kami tersilap di mana-mana ditarik sejumlah itu. Mr.Teddy kata tu mungkin bahagian yang ada dia mengular. Mr.Teddy mengular? Cam tak caya. Dia kan workaholic. hahaha. Kalau saya ye la. hehehe. Mungkin juga sekiranya kami tidak kehilangan kami terleka dan membazir beli benda yang tak sepatutnya.
 
Jauh di sudut hati rasa sedih tapi apada masa yang sama bersyukur dengan peringatan ini. Hilang RM 500++, dokumen-dokumen penting yang lain tak hilang. Syukur. Satu hal pulak nak-nak raya ni ke sana sini nak settle IC, ATM Card segala. Duit dalam akaun tak berusik Card Credit tak disalah guna. Syukur. Syukur juga bil-bil yang lain termasuk duit kereta dan duit rumah telah diselesaikan. Bukan rezeki kami tu yang pasti.


4 comments:

  1. syukur yg lain2 tu msih ade kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...syukur sangat yang lain-lain tua ada...

      Delete
  2. ada rezeki lain..percaya lah..In Sha Allah

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...