Tuesday, August 6, 2013

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Assalamualaikum w.b.t

Dah dekat-dekat nak raya ni sana sini bunyi mercun kan. Saya ni penakut sikit bab mercun. Bunga api main yang biasa-biasa tu zaman kecik-kecik. Dah tua-tua ni tak ada la lagi main bunga api ke mercun bagai.
 
Sekarang ni yang paling teruja dengar bunyi mercun Afkar la. Kemain dia tak senang duduk bila dengar bunyi mercun. Aritu pergi makan kat luar, pastu ada orang bakar bunga api KLCC tu. Dia kat dalam kedai dah tak tentu arah. Siap jerit-jerit tepuk tangan. Sampai gelak orang kat meja sebelah tengok aksi dia. Pastu saya pun bawak la keluar nak tengok. Dia punya melopong tengok bunga api tu. Klako. Pastu tak nak masuk kedai, boleh tak. Ahdoyai.
 
Bunga api pun dia dah sibuk nak main tau. Kalau balik rumah Klang, budak-budak main bunga api n mercun kat luar dia yang tak senang duduk kat dalam rumah. Siap diri kat pagar tengok orang main bunga api. Pastu Babah dia pun layan la bagi main bunga api yang biasa2 tu. Terlebih berani pulak nak pegang yang hujung tu. Alahai anak. No no no. Pastu mata tetap ke luar kat bunyi mercun tu ha. Afkar Afkar.


2 comments:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...