Saturday, August 3, 2013

Cuti Raya

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni saya tak apply cuti raya. Tabah tak tabah la gak nak tunggu office sampai hari last. huhuhu. Bukan suka-suka tak nak cuti tapi cuti tahun memang dah tinggal sikit. Tak sampai 10 hari pun. Ni baru bulan 8 oii. Kang jadi cam tahun lepas akhir tahun jaga office.
 
Nasib baik gak Raya jangka jatuh hari Khamis. So dapat la 4 hari cuti termasuk sabtu ahad. Ok la tu. Orang lain kat office cuti straight 2 minggu koo. Jelez. huhuhu. Jadilah kita penunggu office. Dengan ada lagi sorang officemate. Dia pun sama cuit tahun dah tinggal sikit. So berdua la kitorang jadi penunggu office. Afkar pun mama dia cuti start Rabu sampai Isnin. Babah yang akan jaga. Babah ada cuti lagi.
 
Punya la tahun ni beirngat bab apply cuti sebab tak nak jadi cam tahun lepas. Tapi habis gak cuti tahun. huhuhu. Biasa la kot yang beranak kecik ni unexpected. Anak tak sihat la, pengasuh cuti la macam-macam la kan. Tak kisah la tu. Boleh gak balik beraya walaupun di petang raya or malam raya baru gerak ke Slim River.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...