Monday, July 8, 2013

PILIHAN DI TANGAN KITA - IBU BAPA

Assalamualaikum w.b.t

Kita sebagai ibu bapa pasti hendak buat yang terbaik untuk anak kita. Kita akan buat apa sahaja pilihan yang kita rasakan adalah terbaik buat anak kita. Betul tak? Saya pasti semua ibu bapa yang berada di dalam keadaan waras / tidak berada di bawah pengaruh sesuatu yang mengkhayalkan - maksudnya boleh berfikir secara rasional tidak akan membuat pilihan yang memudaratkan untuk anak masing-masing. Setiap pilihan yang kita buat pastinya kita telah kaji dan timbang sebelum membuat keputusan. Dan pastinya keputusan tersebut adalah yang kita rasakan terbaik buat anak kita. Bukan anak orang lain, tapi anak kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh setiap ibu bapa untuk anak masing-masing.


Breastfeeding vs FM, provaksin vs anti vaksin...Pilihan di tangan kita sebagai ibu bapa. Kita buat apa yang kita rasa betul untuk anak-anak kita. Kita buat apa yang kita rasa terbaik untuk anak-anak kita. Tidak perlu nak menghentam ibu bapa lain yang tidak sama membuat pilihan seperti kita. Yang kita rasakan itu adalah terbaik. Macam lah ibu bapa tersebut dah buat satu pilihan yang silap atau dah menzalimi anak masing-masing. Mungkin bagi pendapat ibu bapa yang membuat pilihan tidak seperti kita itu, keputusan yang dibuat itu adalah terbaik untuk anak mereka. Kita tidak berada di tempat orang lain. Kita hanya berada di tempat kita sendiri. Oleh itu, kita juga tidak boleh bercakap bagi pihak orang lain bagi setiap keputusan yang telah dibuat.


Semua orang nak berkempen/menegakkan bahawa pendirian masing-masing buat tu betul, terbaik. Tak salah. Tak silap. Tapi tolong...tolong...hormat mereka yang lain. Sebaiknya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dalam menegakkan pendirian masing-masing. Berlapang dada dan bersangka baik dengan setiap perkongsian. Jangan sampai terguris hati yang lain. Masing-masing ada sebab membuat pilihan. Masing-masing pastinya saya kira dah mengkaji baik buruk setiap keputusan dibuat.

2 comments:

  1. betul tu sis...it's a choice...

    tak perlu nak condem or umpat sana sini apa yang patut apa yang tak patut....

    bersangka baik itu kan lebih baik...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...