Monday, June 24, 2013

Stok susu terakhir

Assalamualaikum w.b.t

Secara rasmi hari ini 24 Jun 2013, usia Afkar hampir menjengah 1 tahun 7 bulan saya keluarkan stok susu terakhir dari dalam Deep Freezer. Perasaan bercampur baur. Dah habis dah stok susu Afkar. Maknanya bermula esok saya pam hari ini untuk esok. Tiada lagi stok. Stok yang dikumpul sebelum mula kerja yang hanya beberapa bekas. Makin bertambah bila mula kerja. Dan makin berkurang bila duk guna je, xtambah-tambah. Lately ni memang susu dah makin sikit. Sob sob sob.

Bukan salah sesiapa. Salah sendiri jugak. Pam di office tak menentu. Kadang-kadang meeting pagi - petang.  Hujung minggu tak pam sebab Afkar xboleh tengok saya mengepam, dia pun menyelit sama. Tak bangun malam. Sila jangan contohi. Tips susu sentiasa ada pam secara konsisten. Saya tahu asas tu. Tapi saya sendiri yang leka. Sekarang ni nak try buat power pumping kita tengok berhasil ke x. Perjalanan jauh lagi ni berbaki 5 bulan. Doakan perjalanan penyusuan saya dan Afkar dipermudahkan. Amin.



2 comments:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...