Monday, June 3, 2013

Berak Berdarah **entry ni geli sikit**

Assalamualaikum w.b.t
Last week, Hari Rabu Afkar berak berdarah. Saya pulak yang mengadap memang panic habis. terus call Babah nangis -nangis suh cepat-cepat balil. Kisahnya budak kecik ni memang la jenis bukan berak hari-hari. Paling tak pun dua hari sekali la dia berak. So bila dia tak berak tu kitorang relax je la. Sebab normally dia memang macam tu. tapi siap ko bila dia nak berak tu memang seksa la. huhuhu. Tapi minggu lepas dia last berak betul-betul (banyak) hari Jumaat. Pastu hari Ahad berak sikit je. Makan banyak berak sikit. Aiyok camno tu. Nak kata susu, dia minum susu ibu. Tak campur lagi. Air masak - banyak dah minum. Buah - Tak makan. huhuhu.
Hari Isnin tu dia macam sakit perut. Sebab dia pegang perut dia sambil cangkung. Pastu datang kat kita selak baju sambil tepuk perut. Bila tekan perut dia tak ada keras ke apa. Tapi still la nak bagi dia lega sapu minyak. Lepas tu buat urutan 'I Love U' dengan 'cycling'. Lepas tu dia macam lega. Saya dah start risau sebab Ahad tu memang dia makan banyak, tapi tak berak lagi ni. Maybe sebab tu dia sakit perut. Start Tanya kawan-kawan nak buat macam mana. Ada tak anak yang problem macam Afkar. Kawan-kawan kata sembelit. Ada yang suggest bagi Vitagen.
Saya google jumpa info di bawah ni di website BabyCentre:- 

Apakah simptom-simptom sembelit?

Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit. Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda. Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.

Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah:

• Meragam, sakit abdomen dan gastrik.

• Abdomen yang keras.

• Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.

• Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.

• Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?

Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong.

Cara-cara berikut juga boleh membantu:

• Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

• Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap. 
Sumber:Babycentre

******************************************************************************
Dan juga artikel di bawah dari sumber Utusan:
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.
******************************************************************************** 
Hari Selasa tengok dia ok dah. Tak ada pegang-pegang perut. Suh Mr.Teddy belikan Vitagen. Ini budak tidak suka sama vitagen. Sob sob sob. Dia buat main je. Nak bagi gak dia minum dah macam bagi makan ubat kena guna syringe. Disemburnya balik. Last-last Ummi surrender. Bagi dia minum air masak banyak-banyak. Tapi still tak berak lagi.
Hari Rabu still tak berak. Balik dari BS, time saya tengah mengepam susu, dia tarik tangan ajak ke depan TV. Saya pun follow tengok gaya dia nak berak ada dah. Pastu dia pun meneran dengan sepenuh perasaan. Saya urut-urut belakang dia. Bau pun dah semerbak ni. Sah berak. Sekali check punyalah terkejut berdarah. Tapi najis dia tak adalah keras sangat tau. Ummi dah panic sangat-sangat. Terus call Mr.Teddy cepat balik. Dalam pukul 8 kami ke KPMC jumpa paed, Dr. Hazwan. Cerita la kat doctor masalah Afkar, tunjuk najis kat doctor sebab saya ambil gambar. Dalam panic-panic tu sempat lagi kooo. Haruslah senang nak cerita dengan doctor.
Doktor Hazwan check perut - tak keras, tak rasa ada najis berketul-ketul pada usus. Check bontot - tak luka. Check paru-paru semua ok. Dr. Hazwan cakap sekiranya sembelit, najis keras dan seketul-seketul macam tahi kambing. Kalau infection pada usus pula akan cirit birit. Kalau luka dalaman darah akan pekat dan maybe berketul. Dr. Hazwan suh monitor samada berulang lagi tak berak berdarah tu. Kalau berulang perlu pergi balik hospital. Doktor Hazwan cakap gak selain daripada pantau kekerapan berak perlu juga pantau keadaan najis. Ada setengah yang ok je walaupun tak buang air seminggu. Tapi maybe gak 'kepala' najis nak keluar tu yang keras, bila dah tang 'ekor' dah tak keras boleh jugak sebabkan berdarah time part 'kepala' tu nak keluar. N Doktor Hazwan cakap gak yang Afkar aktif. Kalau keadaan lemah perlukan pemeriksaan lanjut. Doktor pesan bagi Afkar makan atau buat juice prun ke pisang ke or betik ke. Yang serat banyak. Alahai budak ni mana minum lain selain air masak. Kami cuba lah ye doctor. huhuhu.
Hari Khamis dekat rumah Mama berak 2x. Ok. Tak berdarah. Alhamdulillah lega Ummi dengar. Kami pun ikut saranan doctor beli buah. Semua buah kitorang blend. Pisang sedap. Macam tropical smoothies kat Secret Recipe. hehehe. Betik buat macam puree. Prun buat juice. Frozenkan. Try suap dekat Afkar betik yang potong dia luahkan. Tapi kitorang biar je dia makan sendiri. Banyak buang daripada makan la. Pisang yang dah siap blend belum suap dia dah sembur air liur. Camno la Ummi nak buat awak ni. huhuhu. Prune tak bagi lagi sebab Mr.Teddy kata tak sedap.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...