Saturday, May 4, 2013

PRU13

Assalamualaikum w.b.t

Lama nya tak update blog. Tak ada idea nak share apa. Ok la memandangkan sekarang ni tengah hangat dengan demam PRU13 demam panas kata orang kita pun nak cerita pasal PRU13 la jugak. Kawan-kawan mengundi tak kali ni? Ke tak daftar ni? Haip sorang-sorang ni. Biasa dia. Warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun boleh mendaftar untuk mengundi. Yang tak cukup umur tunggu 21 tahun okies.

Ni kali kedua saya mengundi. Nak tau saya undi apa???Eh mana boleh bagitau, undi kan RAHSIA. hehehe. Saya mengundi bagi DUN Pelabohan Klang dan Parlimen Klang. Kali pertama mengundi bujang trang tang tang lagi. Pergi mengundi Abang yang hantar. Kali ni mengundi dah ada anak pun. Tak tau lagi samada nak usung Afkar sekali atau tinggal Afkar kat rumah Mak je. Perancangannya maybe akan balik Slim dulu Mr.Teddy mengundi pastu baru balik ke Klang turn saya pulak.

So, kawan-kawan Selamat Mengundi pada 5 Mei 2013. Buat keputusan yang bijak demi menentukan masa depan negara. Siapa pun yang anda sokong, siapa pun yang anda undi semuanya buat Malaysia negara tercinta. Harap-harapnya semuanya berjalan lancar dan tidak ada perkara tidak diingini berlaku.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...