Wednesday, May 15, 2013

Jemputan K.Intan : Housewarming & Kenduri Akikah

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas K.Intan gang whats app jemput ke kenduri Akikah baby Muhammad dan housewarming rumah baru. Mula-mula macam tak dapat pergi sebab MIL nak buat kenduri gak. Sekali MIL tukar kenduri minggu ni, so ajak la Mr.Teddy pergi. Berkonvoi ler dengan gang whats app yang lain. Tak ramai pun. Wana n K.Has je pun yang ada. Kitorang ni memang buta jalan. Kekadang pakai GPS pun leh sesat. Saya lah tu xreti baca. Kuikuikui. Tu yang nak follow K.Has. Kebetulan Wana pun ada kat Semenyih so gerak ler sekali.

Lepas Zohor dalam pukul 2 kami gerak dari Kajang. K.Has lead kitorang follow belakang. Ikut LEKAS Highway, so memang lekas la sampai. hehehe. Sampai time tu tengah Marhaban. K.Intan suh kami makan dulu. Kitorang pun ape lagi melantak ler. Daging salai masak lomak oii sape nak tolak. Dah makan-makan semua masuk dalam nak jumpa Muhammad. Baby Muhammad sangat behave. Senyap je dia. Comel lak tu. Gebus lagi. Dah lama tak pegang baby rasa kekok lak. kekeke. Kena practise balik ni. Eh. hehehe
 
Bila mak-mak ni sakan berborak, yang pak-pak pun sakan berborak gak. Yang anak-anak lak sakan bermain. Afkar kemain lagi. Semua orang dia nak usik. Sian Piya (anak Wana) n Ukasyah (anak K.Has). Dorang ni lebih kurang sebaya je. Terjerit-jerit Ummi awak tau Afkar. huhuhu. Bila dah tak larat, Babah please rescue Ummi. Mula-mula tu berebut hand phone dengan Piya. Piya pegang hand phone mommy dia, selamba kodok je dia amik. Menangis la Piya. Saje nak menyakat. Bila Piya nangis lagi dia suka nak usik. Alahai. Pastu boleh dikejarnya Ukasyah semata-mata nakkan buah oren yang Ukasyah pegang. Mencecet Ukasyah lari kena kejar. Tak dapat dia tariknya baju Ukasyah. Last-last Ukasyah tak larat nak lari dicucuk mata Afkar pastu dibaginya plastik kat muka Afkar. hahaha. Cute je dorang ni bermain. Dah puas nyakat Ukasyah pergi kacau Piya balik. Kali ni Piya lebih ready free-free Afkar kena side kick. Cool giler Piya. Muka dia slumber je time tu kekeke. Terus menangis. Hahaha. Tadi macho sangat kan awak. Kena dengan awek terus nangis.
~Ummi n Afkar in red~

~Our Driver : Babah~

~Baby Muhammad yang gebus~

~3 sekawan~

~Ni bukan nak ngorat awek yer, tapi cubaan nak membuli awek.
Sekali awek bagi side kick terus leleh~
 
~Afkar n Ukasyah~

~Mommies~

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...