Wednesday, May 8, 2013

Copy caters

Assalamualaikum w.b.t
 
Hari tu ada tertimbul satu isu dekat group whats app saya berkenaan si peniru. Apa yang ditirunya? Jap g kat bawah saya share. Pastu ada la gang ni bagi term 'copy cater'. Eh macam sedap je kan bunyik nye. Masing-masing share pasal pengalaman masing-masing berhadapan dengan 'copy cater' ni. Scary je dengau. huhuhu.Saya ada tak erk. Ntah ler tak perasan. kuikuikui.
 
Tak tau la korang pernah tak berhadapan dengan situasi macam ni. Ni contoh je la eh yang gang2 kongsikan.
 
Korang beli barang baru - A pun beli jugak barang yang sama brand lain
Korang masukkan anak kelas piano - A pun nak masukkan anak dia kelas piano
Korang pergi sesuatu tempat tuk holiday - tak lama lepas tu A pun pergi
Korang dapat bunga/hadiah tuk anni/birthday dari hubby - A pun dapat hadiah yang sama dari hubby katanya.Tapi kalau beli duit sendiri tak tau la kan. kekeke.
 
Persoalannya adakah satu kebetulan???Chewah macam misteri lak. hehehe. Kalau korang akan buat apa berhadapan dengan orang macam ni. Setakat sama tu tak kisah la kan, tapi masalahnya nak show off pulak tu. Seolah-olah nak bagitau "Ko ada. Aku pun ada tau!!!". Physico ke apa ni. Ko dah kenapa nak sama-sama dengan orang pastu siap nak show off pulak. Tak pandai sangat nak describe sebab tak terkena batang hidung sendiri. Kalau saya scary gak r ada orang nak sama-sama ni. Tapi kan seriously ke ada orang macam ni wujud? Tak paham. Kalau betul-betul wujud nape erk dia jadi macam tu agak-agak.
 
Teringat zaman belajar dulu, ada kengkawan cerita gak ada orang ni pulak dia tak boleh langsung ditiru. Kasut ke baju ke bag ke sampai ke tahap softlan pun tak boleh sama dengan orang lain. Ahdoyai ha ni pulak dah kenapa. Macam-macam la perangai orang ni. Nak gelak pun ada. kekeke. Payah ler pulak kalau dah sampai tahap softlan tak boleh sama.
 
Ni semua mungkin berbalik pada penyakit hati. Jelez?Tak boleh tengok orang lebih dari dia ke?Wallahualam. Harapnya saya tak berpenyakit sebegitu nanti orang tak suka. huhuhu. Senang cerita macam ni orang yang ditiru tu pun tak yah nak cerita/share apa yang dia buat. Tapi kan ada gang yang share experience, diorang tak share/cerita pun tapi si 'copy cater' yang akan stalk sendiri. Pastu akan cuba show off juga barang dia/apa yang dia buat. Lagi scary=(
 
Hari tu tengok Semanis Kurma tajuk "Cinta menunjuk-nunjuk". Rasanya agak relevan dengan isu ni. Sekiranya tak ada yang menunjuk, mungkin tak ada yang sakit hati menengok. Tapi saya sendiri kekadang suka gak share dengan IG/FB apa-apa yang dibuat/dibeli/hadiah. Bagi saya sendiri bukan niat nak menunjuk pun tapi lebih kepada rasa teruja. Ye la bukan selalu dapat hadiah kan.Bukan selalu dapat g tempat best-best kan. hehehe. Bila dah dapat tu terus rasa nak lompat bintang, pastu upload kat IG/FB. Lepas tengok Semanis Kurma tu, terdetik juga mungkin betul macam yang dibincangkan ada orang yang tak suka tengok apa yang kita share. So, saya cakap kat diri sendiri lepas ni sebaiknya dielakkan. Kita share pasal Afkar je la eh. hehee.
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...