Monday, May 13, 2013

April's Birthday Celebration : Kelab Tasik Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t

Ni kisah basi. Bulan 4 punya cerita. Uda saya baru upload gambo, baru sedap nak cerita ada gambar. 20 April lepas, family besar saya buat makan-makan. Kitorang memang selalu every month akan ada celebrate birthday secara beramai-ramai. So, untuk bulan April ada yang bermurah hati sponsor buat kat luar : Kelab Tasik Putrajaya . Alhamdulillah. Semoga dilimpahkan rezeki untuk orang yang sponsor dan keluarga=) Selalu akan buat kat rumah mak je. Untuk bulan 4 ni, kami meraikan Birthday my Lovely Mom, K.Cik (kakakku), Luqman Hakim (anak buahku). Pada hari kejadian, saya bawa pavlova yang ditempah khas dengan ex-schoolmate. Pavlova tu awal lagi dah tempah sebab ingat buat kat rumah, boleh wat tambah-tambah menu. Sekali dah tukar venue, xpe la dah tempah kan, proceed je la.
 
 
Kitorang sampai lambat sebab ada tragedi buah epal time nak ambil pavlova tu. huhuhu. Demi nak menjamu selera semua orang ku tempuhi jua. Chewah. Tak ada lah drama sangat tau ai ni. Pada hari kejadian dah deal dengan kawan saya tu nak lepas maghrib. Sebab event akan start pukul 8. Petang tu kitorang ambil kakak ipar saya dulu kat Bandar Seri Putra. Dah lepas ambil tu time tu dah pukul 7, dah alang-alang kat luar ni kitorang pun plan nak ambil dulu pavlova. Sekali jalan. Whats app kawan saya tu gtau nak ambil dia cakap xready lagi. By 7.20 baru siap sume. Kira-kira perjalanan ke meeting point tu lebih kurang 20-30 min gak. So saya pun cakap la kitorang gerak je, by the time sampai dah ready la kan. Kitorang sampai lebih kurang 7.20 call kawan saya tak dapat-dapat. Nak nangis dah time tu tau. Bekali-kali call xangkat. Saya, Mr.Teddy, kakak ipar call tak dapat-dapat. Time tu kitorang tak siap lagi. Sebab time g amik kakak ipar tu pakai ala kadar je la. Mr.Teddy dengan seluar g pntai lagi. Kahkahkah. Panic dah ni. Dekat 20 min kitorang tunggu, xdapat-dapat call kawan saya tu. Whats app xreply. Pukul 7.40 kitorang gerak balik rumah untuk bersiap solat semua. Sampai rumah pukul 8.00 memang express gila buat serba serbi. Pukul 8.30 keluar balik rumah pick up pavlova kat Petronas Uniten terus ke Putrajaya. Eh ni nak cerita tragedi pavlova ke April birthday celebration ni. Jauh dah melalut.
 
 
Ok back to story. Menu malam tu memang macam-macam la kan. Nasi putih, ikan tiga rasa, udang butter, sotong tepung, daging masak kicap, sup, sayur. Ha banyak kan. Puas makan weyh. Dah kenyang semua tu saya belasah lagi pavlova. Demi pavlovaku perut yang kenyang ku sumbat gak. Selit-selit je la. hehehe. Cake je dah x rasa. Tak ada ruang nak selit dah. hehehe. Menu yang dihidangkan semua sedap-sedap belaka. Memang menyelerakan. Rugi tak rasa semua. Lepas tu dengan view yang menarik lagi pulak. Afkar pun selesa je. Berangin. Pastu kawasan lapang gak, sebab meja kitorang yang paling hujung so budak-budak leh main kat situ. Enjoy ler Afkar berkejar-kejaran dengan sepupu yang dah besar-besar. Lepas sesi melantak-melantak sesi potong cake. Pastu ada sesi bagi-bagi hadiah untuk orang yang diraikan. Kitorang tak beli hadiah apa-apa pun. huhuhu. Tak sempat nak carik hadiah sume. Tak apa pavlova tu kira hadiah gak la yerk. RM4/ seketul tu. hehehe.


Ok la tak nak panjang-panjang cerita, sila lah enjoy gambar-gambar semua.
~Anak Ummi yang semakin aktif~

~birthday cake~

~Pavlova ku yang penuh drama~

~Yang diraikan. Terselit Farzana sorang~

~Sesi menyampaikan hadiah~

~Budak 2 orang ni wajib dapat hadiah2 tiap bulan. Sebab tiap kali celebrate birthday dorang pun nak hadiah jugak. Nak potong cake jugak. Jadinya birthday dorang adalah setiap bulan. hahaha~

~Group Photo~


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...