Monday, May 27, 2013

Afkar is turning 18 months old






Assalamualaikum w.b.t
Hari ni genap Afkar 18 bulan = Setahun Enam bulan. Alhamdulillah. Ummi dan Babah terus diberi kesempatan melihat Afkar membesar di depan mata. Ummi dan Babah bersyukur sangat dikurniakan Afkar pelengkap hidup Ummi dan Babah.
Afkar 18 bulan - Mulut tetap riuh sekampung. Ada beberapa perkataan yang boleh disebut. Tapi sebenarnya berat gak mulut ini budak. Lebih banyak bahasa german.hahaha. Tak pe lah ye nak Ummi n Babah buat-buat faham. Kalau pesan apa-apa kat dia, selalu sangat buat respond faham pastu siap reply in bahasa german. Ahdoyai. Ummi kena ambil kelas ler ni. hehehe. Ada sesetengah arahan/ayat memang dia faham dan akan buat apa yang disuruh. Kekadang dia pula lebih advance daripada kita. Siap nak ajar orang lagi.
Afkar 18bulan - Makin macam-macam keletah, perangai yang ditunjuk. Kalau depan orang lagi ler suka show off perangai tu. Kekadang tergelak je dengan apa yang Afkar buat. Memang penghibur dula lara sungguh. Tersangat ler aktif. Tak reti duduk diam. Suka mengusik orang. Dah dua-tiga orang tegur yang Afkar lasak. huhuhu. Semua benda dia nak explore. Kalau keluar rumah atau balik kampung lagi la banyak benda nak explore. Kat umah sendiri dah boring kot. Tapi yang pelik Ummi n Babah tak jugak kurus-kurus kejar Afkar. hehehe. Nak tengok dia diam time tidur je la kot tak pun time kusyuk layan tv. Sekarang ni lagi la dah pandai berebut remote. Kalau tukar channel lain selain kartun mula protes dengan cara tutup tv atau tutup dekat dekoder astro. Ummi nak tengok Masterchep anakku. Cepat tiru apa yang orang buat. So dah tak boleh nak buat bukan-bukan depan dia. Ummi n Babah kena tunjuk contoh yang baik.
~Babah kena paksa minum air masak dengan Afkar. hahaha.~
~Ummi jom pergi pasar~
~Dalam kereta pun tak duduk diam. So Babah suh Ummi n Afkar duduk belakang~

~Main dengan Ukasyah~
~Ni muka bila kena tegur dengan Ummi~
Afkar 18 bulan - Gigi lapan batang, geraham empat (atas bawah). Sodap tu kalau menggigit.  Ni dah hilang dah peel suka menggigit. Aritu risau gak takut dia gigit kawan-kawan dekat rumah mama. Alhamdulillah tak pernah terima aduan. Dia yang kena gigit adalah. Tapi tersangat la susah nak gosok gigi. Orang bagi berus gigi dia buat main je. Skang ni Babah kena demo dulu depan dia baru dia ikut. Tu pun ikut mood. Berat tak sure sebab dah lama tak timbang. Tunggu g injection baru timbang. Tapi kalau dukung tu boleh tahan la terasa. Alhamdulillah lepas baik HFMD aritu kembali berselera makan. Air wajib adalah air masak. Afkar jenis tak suka manis-manis or masam-masam. Terselamat Ummi di situ bila part orang menyuap yang manis-manis, masam-masam dia akan luahkan balik. Ye la Ummi n Babah ni jenis tak ada keberanian nak cakap tidak. Kitorang tak ada la strict mana. Itu tak boleh ini tak boleh. Kalau sekadar nak bagi Afkar buat-buat rasa tu, tutup mata je la.  Tapi Afkar sendiri yang luah. Dalam hati Ummi lega=) Ada gak yang cakap sebab itulah Afkar cukup susah nak dibagi makan ubat. Berchenta hokey. Betul ke yerk?
~Saya suka makan~

Afkar 18 bulan - Alhamdulillah masih diberi rezeki menyusu badan. Syukur. Walaupun tak ada la semeriah dulu. Stok pun asyik keluar je tak ada masuk-masuk terutama untuk bulan 5 ni. Memang tak banyak dah. Alhamdulillah tercapai target Setahun Enam bulan. Semoga terus dipermudahkan urusan untuk next target. Ni pun dah start tanya-tanya dekat Mr.Teddy cadangan terbaik as back up plan sekiranya rezeki Afkar sampai di sini. Terutama dekat rumah pengasuh la. Macam sekarang memang tak ada stand by apa-apa masih bekalkan ebm sepenuhnya. Tapi kalau one day dah betul-betul habis stok n stok pam hari ni tak cukup untuk esok. Kena la mula memikirkan back up plan. Buat masa ni masih mengusung bag susu dan pam ke mana sahaja. Sepanjang perjalanan 18 bulan ni. Bukan mudah. Berliku. Ada naik turun. Belum campur gaya-gaya dia time menyusu. Menggigit, melanyak badan sampai sakit-sakit badan Ummi. Tapi demimu anak Ummi bertahan selagi mampu. Bila cerita part menyusu ni memang Afkar dah macam-macam gaya. Ingat pam je ada freestyle ke. Gaya menyusu pun freestyle hehehe. Yang pastinya saya akan merindui momen-momen indah ni sekiranya Afkar dah berhenti menyusu. Semoga terus diberi kesempatan dan peluang untuk merasai momen-momen indah ni. Terima kasih tak terhingga untuk Mr.Teddy yang sentiasa menyokong apa yang saya buat demi permata hati kami. Ini lah perjalanan kami. Saya, Afkar, Mr.Teddy.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...