Monday, April 22, 2013

Aquaria KLCC

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni dah agak basi yer kengkawan. hohoho. Haritu dalam beberapa minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Aquaria, KLCC. Weekend tak tau nak buat apa, so berjalan la kami. Mula-mula Mr.Teddy ajak pergi Zoo. Pastu saya lak cakap dari g Zoo better kita g Aquaria. Aircond. Zoo panas. kekeke. Nampak tak betapa puteri lilinnya ai. Prffttttt. Pang diri sendiri laju-laju. Sebab tu lah ko lebih suka aktiviti riadah dalam shopping mall kan berbanding kat taman.hehee.
Kitorang lunch dulu kat Suria KLCC. Lama gila kot x datang KLCC. Adalah dalam beberapa tahun. Ye la kitorang zaman couple stok dating Jusco. Tu ha Jusco Cheras Selatan. Tak jemu-jemu. Dah boleh jadi duta. kekeke. Dah lunch kenyang-kenyang g la ke Aquaria. Ni first time saya, so agak excited r. Mr.Teddy dah pernah pergi, so hari tu kita lantik dia jadi tourist guide. Harga tiket : RM38/pax tuk dewasa. Afkar tak kena bayar.
Masa awal-awal sampai ni Afkar macam ngantuk-ngantuk sikit. So, tak ada mood sangat. Bila duduk dalam stroller muka pun boring je. Ummi yang teruja lebih. Tapi bila masuk yang dalam macam terowong tu ha baru excited dia. Tu la first time dia sebut fish. Kalau sebelum ni tengok ikan kat kolam atuk pun dia boleh belasah panggil "meow". hehehe. Tapi kan tak banyak sangat la gambar. Sebab guna hp Mr.Teddy amik gambo. Gambo banyak kat dia. Dalam hp saya ciput je.
~Anak dan bapak~


~Ngantuk. Muka monyok je~

~Cantik~

~wahhhhh!!!!~

~Lari!!!ada shark~

~Korang tengok sape ntah yang lebih teruja. kekeke~

~Dah tak boring lagi. banyak betul fish~

Dah puas berjalan dalam tu kami pun berangkat pulang. Afkar pun dah super duper ngantuk n dah mula nak tunjukkan tanda nak ngamuk. Sebelum satu KLCC bergegar moh le kita pulang. Tapi time dah nak balik tu tiba-tiba mood tune ok. Tapi Ummi n Babah dah set nak balik, balik je la. Pastu esoknya dia demam, then HFMD.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...