Monday, April 8, 2013

Afkar Setahun Empat Bulan

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama xshare kat sini berkenaan perkembangan bujang sorang ni kan. Sekejap ke masa berlalu dah besar dah anak bujang Ummi sorang ni. Makin besar makin keletah, banyak akal, menguji kesabaran. Hehehe. Tengah berusaha tuk mempertingkatkan tahap kesabaran ni. Huhuhu. Istighfar bebanyak.
  
Setahun Empat bulan - mulut riuh sekampung. Tapi masih bahasa german. Buat borak sedap tapi sedaya upaya cuba memahami apa yang cuba disampaikan. Sekarang ni makin kuat membebel kadang-kadang berbutir jugak cumanya tak tahu la yang Afkar maksudkan betul-betul ke atau sekadar terkeluar dari mulut dia. Cuma perkataan simple-simple tu boleh la Afkar. Peel Afkar pulak kalau sebut satu perkataan sekali tu je la. Spontan gitu. Suruh ulang banyak-banyak kali memang kirim salam.

Meow - kucing.

Fish - fish. Bawa jenjalan g Aquaria terpacul dari mulut Afkar.hehee. pastu suh ulang yang ado.
Tu, we, geeeee - satu, dua, tiga. Ni tiap kali nak pergi rumah bs, akan lalu kat anak tangga dlm 3 step macam tu. So tiap kali nak turun/naik saya pun kira satu, dua, tiga lama-lama die ikut. Tiap kali nk lalu kat situ die akn kira "tu, we, geeee". Kalau kira one, two,three sampai ten pulak dia akan follow tapi bahasa german la, yang dia follow dengan betul adalah intonasi kita kira tu. hahaha.


Jap - kejap. Kalau nak buat apa2, kita nak tolong buatkan Afkar akan jawab "jap...jap" tak bagi kita buat nak buat sendiri. Kalau tak boleh gak baru la "Ma..." sambil hulur apa yg dia nak buat tu.

 Car - car. Ni pun kalau suh ulang banyak kali die x mo.

Ayer - air

Mama - ummi. Puas le membetulkan ummi...mama gak yg disebutnye. Kekadang bergaduh 2 beranak. Saya "Ummi" Afkar "Ma"... Saya "Ummi" Afkar "Ma". Sampai dua2 penat.haha

Nenen - susu. Skang kalau nak susu die akan cakap "nak nenen" sambil menyelak apa yang patut.

Muah - kiss or flying kiss. Kalau saya cakap muah Afkar akan kiss. Kalau mama (bs) cakap muah samada Afkar akan kiss saya atau buat flying kiss kat mama sambil cakap muah.

Pah - Opah

Awahbar - ALLAHUAKBAR sambil angkat takbir tinggi2 n sebut awahbar kuat2. Pastu rukun solat follow sujud ngan berdiri je...hehee...xpe yer nak slow2 kita belajar yer.

No...no...no...-sambil angkat jari telunjuk goyang kiri kanan

Ammm - Amin. Bila nak makan baca doa makan dah abis doa afkar akan "Amm" sambil meraup tangan ke muka

Yang paling clear Afkar sebut Babah n Mama. Ummi merajuk la Afkar macam ni. Sob sob sob.

Kalau bagi instruction simple, boleh dah follow sikit-sikit. Contoh:-

Ummi : Afkar tolong ambilkan botol air tu.
Afkar akan bangun dan ambil botol air yang kita tunjuk sambil terkedek-kedek pastu minum air sambil baring/duduk/cangkung. Ikut dan dia je la.


Ummi : Afkar tolong kejutkan Babah.
Afkar akan bangun sambil capai permainan menuju ke bilik dari luar dah "Bah...bah...babah" Babah tak bangun lagi. Masuk bilik lagi sekali " Babah" Ait. Tak bangun lagi Babah ni. Panjat katil duduk sebelah babah main toys yang dia bawak. Confirm Babah bangun dengar bunyi bising. Tak tenang nak tido. Hahaha. Afkar berjaya kejut Babah.


Ummi : Siapa budak bijak. Angkat tangan.
Afkar akan bersorak riang angkat tangan. Kekadang baru kat bijak dah angkat tangan. Kekadang baru kat budak dah angkat tangan.hahaha.


Kalau handphone berbunyi, minta tolong Afkar ambilkan, dia akan ambil dan pass kat kita atau dia tengah main tetiba handphone berbunyi dari jauh dah "Ma...ma...ma...ma" sambil hulur handphone.


Mengajar/tunjukkan orang buat sesuatu
Atuk guna hand phone Mr.Teddy tak tau nak slide macam mana Afkar yang tunjukkan. Opah n mak anjang tak tau nak buka tutup botol air Afkar yang tunjukkan nak tekan kat mana. Yang part Afkar ajar mak anjang tu lawak siap kira "tu,we,geeee"



Kuat berangan/kuat meniru
Kalau pegang hp akan berangan bercakap dalam hand phone atau ambil gambar. Babah lak tak bagi Afkar main hand phone, so belikan la hand phone permainan tuk dia buat berangan. Tapi tu pun kekadang Afkar campak ke tepi, hp ummi gak yang jadi pujaan. Kalau mandi dapat botol sabun pun boleh jadi bahan berangan. Pantang jumpa botol bedak atau losyen - buat-buat letak kat tangan pastu tepuk-tepuk pastu sapu kat badan. Sebiji macam mana kita buat kat dia tu. Tak pun amik tapak tangan kita, suruh kita buat macam dia. Jumpa sikat - sikat rambut sambil bernyanyi riang.



Suka berjoget
Pantang dengar lagu, memang joget saja. Lagu PSY Gangnam Style tu memang lagu favorite la. Hahaha. Pantang dengar. Pandai lak pilih tang korus je dia joget. Joget ni tak payah ajar kot, semua baby pun mesti suka joget. hehee.



Kuat merajuk
Sekarang ni dah pandai merajuk/protes/tantrum kalau sesuatu yang dia nak tak dapat. Kalau dia nak sesuatu, kita tak bagi dah pandai protes. Lepas tu merajuk bawa diri. Kalau melarat lagi dia akan nangis sambil bergolek kat lantai. So far perangai ni dia tunjuk kat rumah je. huhuhu. Tapi Afkar ni kalau nangis setakat ni Alhamdulillah masih senang dipujuk. So in control lagi la. Kekadang tu tak pujuk pun, buat derk je dengan dia. Nanti dia akan datang menggeser balik dengan kita ataupun buat-buat lawak tuk tarik perhatian kita. Memandangkan Afkar ni masih kecil tapi dah pandai tantrum memang menguji kesabaran. huhuhu Nak pukul memang tidak le sama sekali. So Ummi n Babah memang banyak kena belajar untuk mempertingkatkan tahap kesabaran dengan bujang sorang ni.

Nak upload video tapi tak lepas-lepas. Nape ntah. huhuhu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...