Monday, March 25, 2013

TASIK CEMPAKA BDR BARU BANGI : RIADAH WITH FAMILY

Assalamualaikum w.b.t
Setelah berzaman duduk Bdr Baru Bangi ni ha, hari Ahad lepas barulah first time jejakkan kaki kat Tasik Cempaka. Dah tu every weekend xlekat kat rumah, mana nak perginya. Kekeke. Saje bawa Afkar beriadah. Sambil-sambil tu bolehla Ummi dan Babah membakar lemak. Ramai jugak orang yang berjogging, beraerobik, berjalan-jalan macam kitorang, berkelah pon ada. Parking kat sebelah Mc D tu pastu letak Afkar dalam beskal dia.
Babah tolak basikal, bersiar-siar la kami di Tasik Cempaka. Afkar dah dapat beskal seronok la dia. Excited. Duduk macam bos-bos je dah kena tolak dengan Babah. Siap tepuk-tepuk tangan lagi. Mulut pun bising bahasa german tunjuk sana sini. hehehe.
~Kita posing dulu~

~Siap tepuk tangan ha. Gumbira betul hati dapat nek beskal sambil menikmati pemandangan~

Pastu berhenti kat satu area ni banyak batu-batu yang boleh buat duduk-duduk. Kitorang pun lepak situ jap. Mr.Teddy turunkan Afkar dari basikal. Dia nampak batu-batu tu dia dah excited. Kemain lebar senyum. Ada la tu ideanya nak buat apa. Pastu yang kelakornye beria nak tolak batu tu. Kekeke. Pilih pulak batu yang besor tak padan dengan size badan tu. Memang sampai bila-bila batu tu tak gerak-gerak ler anak oiii.

~WAH!!!!banyaknyer batu~

~Ok. Kita try tolak yang ni dulu~

~Hiyaaark. Usaha tangga kejayaan~

~Masih mencuba~

~Ummi kita surrender~

~Semua nak buat sendiri sekarang ni~

~Ok gaya dah macam big boy sangat ni~

Dah tak lepas nak tolak batu, tolak basikal pulak. Babah disuruh ketepi. Hai la anak gaya tu macam dah big boy sangat tau. Bila tengok lambat nau Afkar tolak basikal, masukkan balik dia dalam basikal. Kitorang pun patah balik ke parking. Semput dah nak jalan. hehehe. Boleh pulak dia ngantuk dalam basikal. Siap tersengguk. Penat sangat tolak batu yer sayang. Babah pun dukung la atas bahu, kejap je dah berlayor ketiduran. Ngantuk la tu sebab pagi tu dia bangun awal.
~Babah duduk tepi. Biar Afkar tolak basikal~

~Inilah barisan kita~





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...