Tuesday, March 19, 2013

Tailor oh Tailor

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share pasal kisah tailor. Kalau orang lain saya tak sure apa kriteria tailor yang korang pilih. Kalau saya, saya nak yang sedap pakai (xbesar, xketat dengan saiz badan kita), kualiti jahitan kemas dan elok (tak ada asyik nak duk tetas je baju, pastu kelim terbuka la, butang tercabut la), harga berpatutan. Saya ni bukan jenis cerewet tapi asalkan dapat memenuhi kriteria kat atas ni dah memadai. Puas hati dah rasa. Tailor ni everytime saya tempah baju dia akan ambil ukuran. Time ambil ukuran tu la mention kat dia nak alter kat mana-mana. Macam saya, selalu highlight kat dia tak nak ketat-ketat. Upah dia pun tak ada la mahal sangat RM55 untuk baju kurung, RM 60 untuk kurung moden.

Sebelum terjumpa kedai ni saya ada satu tailor lain.  Murah memang murah. Kalau korang rasa tailor favorite saya tu murah yang ni lagi murah la kira. Zaman berzaman tempah dengan akak ni. Masa tu belasah je la. hehehe. Zaman belajar orang yang bayokan, so redha je la tempah kat mana pun kan. kekeke. Lagipun bukan duit kita yang bayar kalau tak sedap ke apa ke bukan duit kita yang kuar. Boleh tak pk macam tu. huhuhu. Tapi bila dah keje, bayar tempah baju guna duit sendiri time tu dah pandai demand. Ye la kita keluar duit tak kira la murah ke apa, tapi perkhidmatan yang disediakan tu dibayar ok. Ooooo time orang bayo ko tak fikir semua tu. Ulang lagi sekali saya bukan jenis cerewet. Terima seadanya apa yang disponsor. chewah. Akak ni nak jahit everytime akan cakap dia ade ukuran. End up jadi la baju ko terbesar or terkecik. Tak tau ukuran mana dia guna. Ada sekali tu dia tertukar baju saya dengan baju mak. Sedih tak. Yang lagi sadis bila ada sekali tu saya tempah baju kurung moden, labuh kurung moden tu adalah kat paras atas peha. Nak bagi anak sedara pakai pun tak muat. huhuhu. Pastu memang merajuk terus nak tempah dengan dia.
 
Bertahun tak tempah dengan dia sampai la baru-baru ni saya tempah balik dengan dia. Tahun-tahun sebelum semua dengan tailor favorite. Last year saya tempah online customade sebab nak baju kurung nursing. Jahitan tak kemas sangat. Bape kali pakai kelim dah tercabut. Dengan harapan setelah bertahun lamanya tak menampah hope kejadian tak diingini tak jadi la. Memandangkan ada lima pasang kain kalau hantar kat tailor favorite saya memang terkencet nak bayo so nak tak nak hantar la kat dia. Saya bagi baju contoh yang saya sedap pakai dengan berbekalkan nota catitan untuk rujukan dia supaya tak tersalah jahit memandangkan saya nak alter sikit kain baju tu.
 
Saya tempah baju kurung moden dan baju kurung biasa. Dia buat dua kali siap. Maknanya dua-tiga. Untuk baju kurung moden Alhamdulillah tak ada masalah. Mengikut ukuran yang saya nak seperti saya tulis kat nota. Saya tak suka ketat-ketat sangat so baju tu ok la kat badan saya tak ketat sangat tak besar sangat. Untuk baju kurung biasa bila dah siap baju adalah oversized. Padahal saya tulis kat nota besarkan pinggang kain sahaja. Baju adalah seperti baju contoh. Kain zaman anak dara haruslah dah tak muat dengan badan saya yang makin mengembang skang ni. Eh tapi ada gak yang still muat lagi tau. Ok la redha dan bayar sebab baju besar still boleh pakai. Dia cakap dekat Mak, dia besarkan sebab takut saya tak muat. Sementara yang set kedua belum siap saya ulang balik pesanan sepertimana saya tulis ka nota. Kain je besarkan. baju ikut sebiji baju contoh. Pastu set kedua siap, 3 pasang. Check baju dulu sebab haritu dah terbesar. Ok tengok tak besar muat-muat. Tak try kain sebab confident muat. Sekali korang tau tak kain adalah ketat. Sob sob sob. Rugi woo tiga pasang kain. Tapi saya selamba badak je pakai. Ketat pun ketat la. Dah bayar tuuuu.
 
Kesimpulannya, tak kisah la bayar lebih asalkan puaskan hati dari segala segi. Daripada bayar murah tapi jahit ntah apa-apa. Dia jahit kemas tapi tu la selalu problem dari segi ukuran. Sob sob sob. Nasib ler kain bukan yang jenis mahal-mahal. Kalau tak memang saya tuntut gantirugi. So, tahun ni punya baju raya kembali tempah dengan tailor favorite.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...