Friday, March 22, 2013

Renung-renungkan dan Selamat Beramal

Assalamualaikum w.b.t

~Cuba fikirkan kembali tujuan asal kita ke pejabat~

Ok kembali kepada ayat tersebut. Ok apa tujuan asal kita? To be frank mestilah sebab nak gaji kan. Nak tanggung kehidupan kita dan keluarga di zaman serba moden ni. Yang taraf hidup makin lama makin meningkat. Betul tak. Sapa yang jawab "eh tak ada saya bekerja untuk berkhidmat kepada masyarakat". Kalau doktor, nurse, bomba, ahli politik atau bidang tugas yang sememangnya untuk masyarakat boleh la terima kan.

Ni ada satu kisah nak share, seorang lecturer tanya kat student yang bakal-bakal doktor. Kenapa anda nak jadi doktor? Ada yang jawab sebab nak berkhidmat kepada masyarakat. Sebab minat. Sebab mak ayah saya doktor, diorang pun nak saya jadi doktor gak. Lecturer dia jawab first setiap orang ada impian. Impian kita semua mesti dasyat-dasyat. Nak rumah besar, kereta mahal. So, camna nak bagi impian kita tercapai? Mestilah kena dapatkan kerja yang bergaji besar. Kerja apa yang bergaji besar. Salah satunya adalah doktor. Dengan itu, ramaila yang bercita-cita nak jadi doktor untuk dapat gaji besar bagi merealisasikan impian masing-masing. Pastu belajar la rajin-rajin sampai dapat result gempak demi nak mencapai cita-cita kita. Kemudian bila dah belajar baru lah datang semangat yang perlu ditanamkan untuk selamatkan nyawa manusia, berkhidmat untuk masyarakat dsbnya.

Saya cakap terus terang time mula masuk tempat kerja saya ni, saya tak sedar pun benefit yang bakal saya dapat nampak sangat tak baca suratkhabar . Bila panggil interview, pergi interview. Bila dapat offer semua cakap wah untung la dapat kerja gomen. Saya pun terfikir-fikir apa yang untungnya. Sebab tak banyak kerja ke. wahaha. Penaakulan tersebut salah sama sekali, sebab kerja saya berlambak je Pastu saya ingat sebab security. Ye la kan ada pencen jaminan sampai ke hari tua. Pastu saya ingat sebab confirm-confirm takkan kena buang. Perubatan pun ditanggung kalau spital kerajaan. Kalau gatal-gatal nak pergi private, tanggung sendiri la. Eh tapi IJN cover tau. Sampaila satu ketika kakak saya, K.Cik tolong kirakan gaji yang saya bakal dapat termasuk elaun semua. Terus mata jadi bling bling RM time tu. hahaha=D. mata duitan betul Patut la ramai yang nak kerja gomen. Banyak benefit rupanya.

Bila dah start kerja takkan la kita hanya fikirkan aku masuk office, cukup bulan on time gaji masuk gak. Yang ni serious mengaku. Gaji memang on time berbeza sangat dengan kerja saya yang sebelum ni. Sokmo miss gaji. huhuhu. So, tak yah la nak serabut-serabut fikir aku buat kerja ke tak buat kerja ke camna sekali pun gaji tetap masuk. Kerja tak siap yang kena marah boss bukan aku. Buat apa nak serabut kepala?Sampai bila kita nak ada mentaliti yang macam ni. Tepuk dada tanya hati.

Datang office rutin harian, pukul 8.00 pergi sarapan. Pukul 10 minum pagi Tak tau beza sarapan dengan minum pagi ni. huhuhu . Pukul 4.00 minum petang Padahal ada yang pukul 4.30 nak balik umah dah . Dah jadi macam tradisi lak kat pejabat gomen. Sorry kalau sapa yang terbaca terasa. Tapi ni hakikat kan. Ni Selalu la gak dengar orang complaint pasal staff-staff gomen.

Bila boss bagi kerja berlambak, mula tarik muka. Mula merungut-rungut sampai esok pun tak sudah. Macam dia sorang je banyak kerja Mengaku. Yang ni saya pernah buat. Stress gak woo bila boss macam nampak muka kita sorang je untuk buat kerja-kerja tu. Balik-balik orang yang sama jugak kena. Tapi yang ni saya dah ada strategi macam mana nak elak.hahaha. Bersimpati gak dengan kengkawan yang workload berlambak.  Boss kena la main peranan untuk agihkan workload seadilnya. Takkan la mereka yang tak dibagi kerja tu nak volunteer. Mana ada yang nak mengaku kerja masing-masing tak banyak. Semua pun akan cakap masing-masing banyak kerja termasuk saya. Cumanya if boss bagi redha je la buat. SYMP kan. Tapi bila fikir-fikir balik. Kita dibayar gaji untuk apa? Buat kerja kan. So, kenapa perlu merungut?Kenapa perlu tarik muka? Tak nak buat kerja tapi nak gaji = makan gaji buta la jawabnye. Ada boss saya pernah keluar statement "Tak apa la kalau nak buat perangai macam tu. Jawab la nanti kat Padang Masyar". So sekarang ni saya layan je kalau boss bagi kerja. Buat la mana yang termampu. Tak mampu siap sambung esok.

Ada kes jugak Boss bagi kerja sebulan kemudian baru siap kerja tu. Yang ni kadang-kadang sebab terlalu banyak sangat kerja sampai kita tak terkejar nak siapkan on time. Tapi mungkin jugak sebab kita suka kumpul kerja finally jadi bertimbun-timbun. Masuk office surf internet. FB, blogging macam saya sedar pun.Ye la internet laju dan free. Tapi sekarang ni banyak website yang dah kena block. Ada ke orang begitu tekun sekali sampai tak pernah buka website lain selain dari untuk tujuan kerja.hohoho. Tak salah nak surf internet tapi janganla terlalu leka sampai kerja office pun tak bergerak.

Tu yang cerita staff. Yang cerita boss pulak bermasalah dalam nak buat decision. Ada yang susah nak buat decision. Ada pulak yang main langgar segala prosedur mak nenek. Ada yang terlalu nak menjaga nama masing-masing. Meeting yang agak-agak kena bambu hantar staff pergi. Jadi boss pun kena bijak main peranan. Berlaku adil dengan staff. Bijak dan cepat buat keputusan yang betul. Jangan la semua nak lepas kat anak-anak buah. Tetiba rindu kat boss lama. Sob sob sob. Kalau anak-anak buah tersalah buat decision camno. Tak mampu weyh nak bayo surcharge abis duit pencen.

Tak kisah sebenarnya apa sekalipun benda yang nak dibuat luar daripada skop kerja tapi apa pun kerja hakiki tu sempurna kan dulu. Kita dibayar gaji untuk buat kerja tu. Update kat fb status kemain Islamik. Tapi audit diri sendiri dulu, kita ni dah cukup sempurna ke. Satu jari menuding ke arah orang, empat jari menuding ke arah diri kita semula.

Pernah dengar Dr Muhaya pernah cakap kalau gaji kita RM 1,000, usaha kerja kita harus sama juga dengan RM 1,000. Sekiranya gaji RM 1,000, usaha kerja kita bersamaan RM 500 baki RM 500 secara sedar tak sedar akan hilang. Tak kira apa cara sekalipun. Kereta rosak, anak sakit, diri sendiri tak sihat.

Kepada yang membaca jangan terasa hati. Saya susun sepuluh jari dulu minta maaf. Apa yang saya coretkan kat atas adalah melalui pengalaman saya sendiri dan juga perkongsian dengan rakan-rakan yang lain. Kebanyakannya saya sendiri pun pernah buat. Cuma bila dah sampai satu saat dan ketika kita akan bertanya kepada diri sendiri sampai bila aku nak jadi macam ni. Ramai lagi kat luar sana yang nak kerja tapi tak berpeluang. Kita yang dah ada peluang ni, kenapa nak sia-siakan. Bekerja la dengan ikhlas untuk keberkatan dan diredhai ALLAH s.w.t. Sama-sama lah kita mengaudit diri sendiri.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...