Wednesday, March 20, 2013

My Komuter : Ladies Coach

Assalamulaikum w.b.t

"Ladies Coach is a coach specially reserved for lady passengers as an option when using KTM Komuter Service." source - website KTM Komuter

Ok boleh faham kan. Lady only. Macam mana nak kenal Ladies Coach. Cuba tengok icon kat bawah ni.
 
 
 
Sekiranya korang tergolong dalam salah satu dari icon kat atas ni boleh la naik Ladies Coach. Yang ada tanda palang tu faham-faham je la k. Icon ni selalu dilekatkan kat bahagian luar tingkap dan pintu komuter. So, kebiasaan dari luar memang akan nampak secara terang-terangan sticker icon ni.
 
Sesiapa yang naik komuter mesti dah sedar dan tahu tentang kewujudan Ladies Coach. Bukan sehari dua wujudnya. Tak ingat sejak bila, tapi memang dah lama ada. Kalau yang baru-baru naik or tak biasa naik pun mesti akan perasan. Sebab, satu : Sticker yang terang-terangan terpampang tu. Dua : Dah rasa-rasa diri tu satu-satu je 'kumbang' dalam ladies coach tak ke rasa pelik. So maknanya dah tersalah naik coach. Kalau dah rasa tersalah tu, apa patut buat pergilah ke coach yang sebetulnya. Komuter sekarang bukan ada pintu pemisah pun antara coach tu so boleh seberang coach bila-bila masa. Tapi kalau coach penuh dan sesak, tak boleh nak seberang ke coach biasa boleh turun di next stesen untuk tukar coach. Mudah kan???
 
Tapi masih ada lagi yang tak faham or sengaja buat-buat tak faham. Bila ada lagi yang masih boleh buat 'derk' walaupun dah tersalah naik coach. Siap dapat duduk lagi. Pastu boleh pulak baca paper dan tido dengan senang lenangnya. Tak rasa bersalah langsung dengan ladies yang ada dalam coach. Naik pulak dengan gf ke tunang ke isteri ke tak tahu la tu kan. Meleser je la kijenye. Kalau yang jenis tersalah naik coach kita faham la jugak, so next stesen sila la ko tukar ke coach biasa kalau lah tak boleh nak cross coach. Tapi pernah gak tengok ada kakak-kakak yang tegur mereka-mereka yang salah naik ladies coach ni tapi kena herdik balik. Boleh tak???
 
Korang yang travel dengan pasangan tu dicadangkan naik la coach yang biasa tu. Kalau yang perempuan tak nak, berpisah la kejap sorang naik ladies coach sorang naik coach biasa. Lagi satu kalau ditegur tu hormat la sikit tak payah nak kerek sangat macam ko tengah buat benda yang betul. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...