Tuesday, March 5, 2013

Happy 2nd Anniversary My Dear Husband

Assalamualaikum w.b.t

Dua tahun lepas pada waktu ini, hati saya sedang berdup dap dup dap nak tunggu lepas Asar untuk disatukan dengan Mr.Teddy. hahaha. Nervous u olls. Banyak-banyak zikir n solawat untuk tenangkan hati=).

Alhamdulillah tahun kedua kami bersama sebagai suami isteri. Suka duka ketawa gembira menangis semua bersama. Saya bahagia menjadi isteri kepada suami saya, Mr.Teddy bukan nama sebenar. hehehe. Daripada berkawan menjadi kekasih dan kemudiannya suami isteri.

Wahai Suamiku,
 
Cintamu pelengkap hidupku
Kasihmu mewarnai diriku
Sayangmu menerangi jiwaku
Riangmu penawar dukaku
 
Wahai Suamiku,
 
Terima kasih untuk kasih yang dicurahkan
Terima kasih untuk sayang yang diberikan
Terima kasih untuk cinta yang dilimpahkan
Terima kasih untuk bahagia yang dihulurkan
 
Wahai Suamiku,
 
Yang sudi menerima diriku seadanya
Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke Jannah
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-2
 

 
Gambar nostalgia=) 


2 comments:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...