Thursday, March 14, 2013

Cameron Highlands : Cuti-cuti Malaysia

Assalamualaikum w.b.t

 5Hb haritu kan kitorang punye anni. Selalu kalau anni ada jalan-jalan ke mana-mana. Bukan la hari biasa tak boleh jalan-jalan tapi Mr.Teddy kan pekerja yang berdedikasi dan komited choi susah nak coti. So amik la opportunity anni tuk berjalan-jalan. alasan je tu Padahal rasanya tahun ni banyak kali dah kot cuti-cuti Malaysia. 

Plan asal nak ke Bandar Melaka, memandangkan cuaca sekarang yang panas macam tak sesuwei pulak untuk aktiviti dengan Afkar. Sian anak Ummi.Anak ai kan putera lilin. Hahaha. Padahal mak die yang mengada tak nak panas-panas sabitkan anak pulak. Kekeke. So jom kita ke tempat sejuk. Yeah. Barulah nyaman. Kami decide ke Cameron Highlands.  Weekend aritu pergilah kami sekeluarga ke Cameron. Jumaat malam balik ke Slim sebab kalau bergerak dari Bangi rasa jauh nau je. Pagi tak pagi sangat la dalam pukul 11 hari Sabtu bergerak dari Slim River. 

Nak dijadikan cerita time tengah nak naik Cameron tu boleh pulak Afkar 'berry' u olls. Dah satu hal pulak. Mana nak berhenti. Tak kan nak tumpang rumah orang asli kot. Hehee. Perangai dia pulak kalau dah 'berry' kena cepat salin kalau tak dia cranky tak selesa + geli. Tu pun dia dah bising-bising nak tarik seluar. Hai la anak dengan Ummi awak mabuk naik kereta jalan pusing-pusing boleh pulak awak melepas. Bau dah r 'harum' yang amat. Dah ngamuk-ngamuk tu kepit dia dengan Ummi sekali baring kat belakang-sumbat susu-tidur. Sekian.

 Kitorang tak de pun book hotel awal-awal sebab sampai ke hari Jumaat tu Mr.Teddy tak sure boleh pegi ke tak. Kalau korang nak tau baju Afkar pun siap bawa dua bag so in case kalu tak jadi pergi tak ada la kepanasan pakai baju untuk tempat sejuk. Kalau jadi pergi lak tak ada la kesejukan sebab pakai sleeveless je. Kekeke. Sweater pun beli bila dah sampai cameron. Memang aci redah je la. Kalau tak ada hotel silalah kembali ke kampung terchenta Slim River. 

 Sampai Cameron terus carik hotel memandangkan Budak kecik sorang ni dah 'berry'. Jumpa la hotel kat area Tanah Rata, Bird's Nest Hotel. Baru 3 bulan hotel ni. RM95/night je. Tapi comel kecik je bilik die. Berlaga-laga montot tau. Aum. Tapi tak sure kalau dia ada bilik lebih besar tak. Untuk kami 3beranak memadai dah. Dekat je dengan pekan Tanah Rata. Lokasi agak tersorok sikit sebab dia kena masuk simpang kat Hotel Planter's Heaven baru jumpe. Bersih n selesa la untuk kami 3 beranak. Untuk tidur n rehat-rehat je pun. Hotel baru.


Ni time nak balik kat luar hotel


 Dah selesai check in dan bersihkan budak 'berry' keluar balik pergi carik makanan tuk isi perut yang dah kebulur. Makan dekat area Tanah Rata je sebab perut dh nyanyi segala lagu yang ada. Ha lupe pulak nak cerita sebaik je sampai Tanah Rata hujan pun turun. Lagila sejuk u olls. 

 Lepas makan tu kami pun menuju ke Brinchang. Dah hujan-hujan nak g mana la erk. Saya ni tak ada la teror sangat area Cameron. Pergi pun barulah berapa kali je. So sekali lagi kitorang aci redah. Hahaha. Kitorang kalau cuti-cuti Malaysia memang suka cam gini. Pakai belasah je tak ada planning bagai nak pergi mana pun. Dah sampai destinasi baru pikior. Alahai kita-kita je pun.hehehe. 

 Kitorang singgah ke Butterfly Park. Tak pernah pergi walaupun peminat butterfly. Tapi butterfly kat situ tak de la cantik-cantik sangat. Selain butterfly ada gak benda-benda lain. Afkar teruja tengok macam-macam ada. Paling dia suka chipmunk. Lepas selesai kat Butterfly Park kami ke Strawberry Farm. Mr.Teddy nak petik sendiri tapi boleh pulak strawberry dah habis. Kekeke. Hancus hati Mr.Teddy. pastu round sampai ke Kea Farm tapi tak singgah pun. Hujan. Balik tu lalu kat Pasar Malam Brinchang pun tak dapat nak singgah sebab hujan. Balik hotel je la kita. Biar Afkar rehat puas-puas. 


Afkar + Babah + Bunga raya beso

With Ummi

Tengok rabbit

Hip hopper in town yaw

Excited tengok chipmunk

Semua tempat nak tunjuk...Teruja


 Dah rehat-rehat, si kecil pun dah cukup tido keluar cari makan malam pulak. Mr.Teddy teringin steamboat. So kitorang pun layan steamboat kat Hotel Titiwangsa. Lalu pulak kat Pasar Malam tengok cuaca dah tak hujan. Kitorang pun singgah. Afkar sampai je pasjar malam tertidur atas bahu Babah. Sejuk kot. Kalau boleh kita pun nak tidur gak atas bahu Babah. Tettttttt. 

 Hari kedua pukul 9.30 kitorang dah check out. Tak nak lambat-lambat nanti ramai orang n jams. Breakfast kat Brinchang. Pastu ke Kea Farm. Kat Kea Farm tak sah kalau tak borong sayur. Kitorang pun beli la sayur. Saya beli gak fm yang kawan-kawan ade kirim. N beli strawberry. Lepas dah settle kat Kea Farm ke Bharath Plantation pulak.

Kea Farm lengang lagi

kena dukung tak boleh lepas.


Rasanya kalau pergi Cameron memang wajib singgah Bharat Tea ni. View ladang teh sangat best. Hijau. Nyaman. Tenang. Terpegun Mr.Teddy kekeke. Afkar pun enjoy. Sempat la lepak-lepak sambil minum teh tarik. Hahaha. Macam la kat bawah tak ada kan. Kat bawah ada teh tarik tapi tak ada cemeron valley. Hehehe. Tapi tak turun pun ke ladang tehnya. Amik gambo dari atas je. Sempat le jugak beli teh. 

Cameron Valley nice view

My cheeky boy

Family potrait. Abaikan pompuan gemuk tu eh. Gems gile saya. Sob sob sob.




 Pastu kitorang pun bertolak balik. Penuh bonet dengan hasil beli belah. Balik singgah slim dulu. Hantar barang untuk mak. Petang sikit baru balik Bangi. Alhamdulillah Afkar ok-ok je sepanjang kitorang cuti-cuti Malaysia ni. Next xtau mana pulak destination.

2 comments:

  1. akak. hotel tu selesa tak. akak amek yg standard room ke? mmg kecik sgt eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi akak selesa je. Sebab kami 3 beranak je kan. Tak sure time tu ada bilik jenis lain x. Sebab husband akak yang uruskan time nak check in tu.

      Delete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...