Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013

Assalamualaikum w.b.t

Gelak dulu. hahaha. Orang dah masuk 2 hari Tahun Baru ko baru nak welcome 2013. kekeke. Tak ada pun nak review untuk 2012. Fokus kat budak kecik sorang tu je ha. Tengok bilangan entry pun merosot. Nampak nau tak produktif. hahaha. Eh bukan r kita busy jadi Ummi n isteri tau. Mithali katakan Tangan di bahu mata ke atas hehehe.

Alhamdulillah satu permulaan yang baik untuk tahun 2013. Semoga segala urusan kami dipermudahkan. Amin.Semangat tahun baru ni. Chewah. Apakah dia. Eit korang janganlah kepochi sangat tau. hehee. Biarlah rahsia dulu. Nanti dah confirm don't worry mesti kita share kat sini. hehee.
 
Banyak gak perancangan untuk 2013. Yang tertangguh untuk 2012 pun kena laksanakan jugak. Apa pun juga kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Yang penting usaha tawakal untuk laksanakannya. Jangan cakap je tapi satu apa pun ko tak buat, hujung-hujung ko yang gigit jari. Tu cakap untuk diri sendiri bukan orang lain pun
 
Actually tak ada spesifik pun azam tahun baru. Hello saya bukan budak sekolah hokey. Ingat dulu-dulu bila masuk sekolah je cikgu tanya apa azam baru. kekeke. Macam-macam la dulu kan. Bila makin meningkat usia ni azam setiap tahun tetap sama: Menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Menjadi isteri yang lebih baik untuk suami yang terchenta. Menjadi Ummi yang lebih baik untuk anak tersayang. Menjadi anak yang lebih baik untuk Mak dan Mertua. Menjadi pekerja yang lebih baik buat majikan. Serba serbi la nak jadi yang lebih baik. Semoga tercapai. Amin.

2 comments:

  1. azam adlh bykkkk tpppp xtau la boleh capai ke idak uhuks

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...