Friday, January 25, 2013

First Outing Afkar setelah mula jalan + without stroller

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entry dah macam content dah...panjang kemain. hahaha. Semalam family kecil saya (Mr. Teddy, Afkar n me) pergi bersiar-siar di KL. chewah. Kebetulan Mr.Teddy nak jengah site kejap Tu yang sayang lebih tu, hari cuti pon nak g kije. Sib bek dah amik hati tolong kemas rumah. Pas balik site tu Mr.Teddy tanya nak pergi mana. Ajak r g Sogo. Dah dekat kan. First time la Afkar ke Sogo. Selalu dia main Alamanda je. Dah nama pun kebetulan xplan apa2, Mak n Apak Afkar is lengang kangkung je la tak bawa stroller mahupun basikal dia. Selalu stroller memang ada dalam kereta, tapi hari tu nak balik kampung Mr.Teddy dah kuarkan stroller.

Dah r saya p bawa jalan jams time otw ke Sogo tu. Sorry r 'mata' tak ada semalam tak dapat nak tunjuk jalan yang benar, anak bujang tarik time otw nak ke Site babah dia lalu patah terkulai. Spec baru memang dah patah last week time saya kena himpap palang  kat access gate. Eh tak cite erk kat sini. Jap nak gelak dulu. Pagi tu kitorang nak g keje. Naik motor Mr.Teddy nak hantar kat comuter. Time nak kuar tu dah betul2 dekat dengan gate boleh pulak pak guard yang sengal g turunkan palang gate. Mr.Teddy tak sempat nak brake, palang tu kena la saya. Sib bek pakai helmet. Tapi bergegor gak r. Palang tu pon bengkok gak r. AGaknya time tu spec terhimpit ke ape ntah jadi longgar. Malam balik umah saya terlanggar apa ntah terus patah. Mr.Teddy repair dah elok boleh pakai. confuse jap, cite Afkar outing ke spec patah ni Pastu semalam time main dengan Afkar dia tarik spec saya patah balik kat tempat yang sama. Berjalan dalam kerabunan la semalam kiranya.

Tapi ok gak tempuh jalan jams, sempat la Afkar kenal kenderaan kat jalan. Selalu tak sempat Ummi nak tunjuk dah berdesup. Dia pun jadi pelik tengok bas banyak-banyak. hehehe. Bangun tido terus nak berdiri tengok luar. Nampak bas kereta segala terus excited. heheh.

Bila dah sampai ke Sogo, masa untuk SHOPPING!!! Afkar Mr.Teddy dukung. Ummi is surrender. hohoho. Afkar kalau dengan saya tak duduk diam. Dia tau kot Ummi dia senang dibuli. Sob sob sob. Mr.Teddy dengan confidentnya lepaskan anak dia. Afkar dah dapat jejak lantai shopping mall jangan harapla nak dapat pegang tangan dia. Ke mana-mana arah ntah dia belasah jalan. Very active n energetic. Duduk bawah baju la. Nampak baby dalam stroller pergi tegur la. Wah dah macam abang-abang sangat tau. Awak tu baru setahun dua bulan nak. Terkedek-kedek la dia jalan dengan bag pororo kat belakang lagi. Ramai la akak-akak yang berkenan. Nak pegang la. Nak cubit pipi la. Ko jangan jadi romeo dah besar nanti dah r eh nak.Kalau saya jaga dia saya lebih rela dukung dia tak larat nak kejor. huhu. Dia lak jenis tak takut orang. Main redah je. So bahaya. huhuhu. Tapi tu r dia dah xsuka didukung sangat skang ni. Seboleh mungkin akan lembikkan badan sampai kita turunkan dia. SO saya cakap Mr.Teddy pasni memang kena bawa la basikal or stroller dia. Sementara dia nak duduk ni. Esok-esok dah tak nak duduk dalam tu ikhtiar cara lain pulak.

Penat sangat gamaknya menjelajah kawasan jadi 'abang kawasan' kahkahkah balik terbongkang tido. Dari Sogo sampai ke rumah. Balik umah sambung tidur lagi. Babah dia berhenti kat pasar malam pun tak terjaga. Memang penat sangat la tu. hehehe.

Bila Afkar explore sana sini tetiba terasa sekejap nya anak Ummi dah besar. Dah boleh jalan-jalan. Pasni boleh jadi bodyguard Ummi. hehehe. Babah lak x sabar nak ajak Afkar g memancing. Ummi jeling je la.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...