Friday, January 11, 2013

Afkar jadi Orang Klang

Assalamualaikum w.b.t

Hari Khamis lepas suami BS Afkar telah kembali ke rahmatullah. Alfatihah. Takziah buat BS Afkar sekeluarga. Kebetulan saya memang bercuti hari Jumaat tu memikirkan yang BS Afkar perlu jaga Arwah suami yang sedang sakit di ward ketika itu. Kesian pulak dengan K.Emy terkejar-kejar nanti so saya pun cuti. Siap dah plan nak bawa Afkar balik Klang naik komuter. Mesti dia suka. hehehe.
So pagi tu bangun macam biasa. Saya ni lak bukan jenis bangun tidur terus kena check hp. Kebiasaan akan buat benda lain dulu baru check hp. Mr.Teddy dah keluar rumah pergi office baru check hp. Tengok ada sms daripada BS Afkar yang bagitau dia cuti sebab husband dia meninggal. Terus call Mr.Teddy inform dia. Mr.Teddy patah balik rumah nak ziarah jenazah Arwah. So hari Jumaat tu jadi la kami laki bini cuti. Masa saya pergi ziarah jenazah sedih betul tengok keadaan K.emy. Dia nangis time saya salam dan peluk dia. Dia minta maaf bagi pihak Arwah dengan Afkar. Arwah memang suka melayan anak-anak yang Kak Emy jaga.
So bermula la episod kebuntuan kami. K.Emy baru kehilangan suami, mestilah akan bercuti juga. Mana la kitorang nak letak Afkar ni. Saya plan nak bawa je Afkar pergi office. Tapi Mr.Teddy tak setuju Afkar kena bersesak-sesak dengan orang ramai dalam Komuter dan LRT. Pastu cakap kat Mr.Teddy cuba try tanya jiran mak saya kat KLang, K.Ana. Dia mengasuh budak jugak. Sekarang ni dia baru ada jaga sorang baby. Buat sementara kan. So hari Sabtu kami balik ke Klang. Jumpa K.ana, K,Ana setuju nak jaga Afkar. Alhamdulillah. Afkar jadi orang Klang la pulak. hehehe.
Hari Isnin tu saya hantar Afkar kat K.Ana. Kejap-kejap saya call. Tak call Mak call K.Ana. Alhamdulillah Afkar baik-baik je. Tak meragam. Petang K.Cik saya tolong ambil. Sebab saya sampai rumah Mak lambat. Afkar duduk dengan K.Ana sampai hari Selasa. Hari Isnin K.Emy kembali bekerja. hehehe. Afkar seronok duduk dekat Klang sebab ramai melayan dia.  Macam2 peel baru dapat. Menari Gang Nam Style la. Usik Abang Irfan dia la. Ada ke Abang Irfan dia tengah tengok lap top dia pergi duduk kan screen lap top. Menangis kawan tu. Pastu saja je jeling Abang Irfan nak usik lagi. Pastu K,cik letak dia kat seat depan sebelah driver sementara tunggu mak bersiap nak ambil saya. Ada ke patut time nenek nak naik kereta dia tak bagi naik tapi dalam bahasa dia la. hehehe. Saya balik rumah macam-macam la cerita saya dengar dari Mak, K.Cik n K.Ana. Alhamdulillah Afkar cepat sesuaikan diri dengan orang baru, pandai bawa diri n dia jens tak kisah siapa pun yang ambil. Mak saya kata ikut perangai saya kecik-kecik. hahaha. Saya kecik-kecik kan banyak mak pastu jenis suka ikut orang berjalan. Nasib baik zaman dulu tak banyak kes culik. Kalau adapun penculik pikir 2-3 kali sebab budak ni comot benau. hahaha. Tapi once dah nampak kelibat Ummi n Babah memang tak pandang orang lain dah la. Afkar good boy la so next time boleh kena tinggal lagi dengan Ibu Ana kalau emergency cam ni=) 

2 comments:

  1. Innalillah...

    Alhmdlh mudah dpt org jg Afkar sementara smua settle

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...