Wednesday, December 26, 2012

Afkar's First Bicycle

Assalamualaikum w.b.t

Setelah hampir sebulan birthday Afkar berlalu baru semalam Ummi n Babah sempat belikan hadiah. Busy nau Ummi n Babah awak Afkar.kekeke. Hadiah yang orang bagi kat Afkar kebanyakannya toys. Baju bajan n kasut pun ade gak. So semalam Ummi n Babah menambah koleksi toys Afkar. Dah lama dah aim nak beli. Tapi memanjang tak sempat. Dah berapa kali gak Afkar test drive tapi Ummi n Babah tak beli-beli. Finally semalam Afkar dapat juga apa yang Ummi n Babah hajatkan as 1st year birthday present.

~Test drive dulu before beli~



~Melawat Kawasan~


Semalam kami meronda Alamanda dengan Afkar naik basikal ni best la jugak. Baru beli dekat Manjaku Bdr Baru Bangi terus rasmi kat Alamanda. Happy je dia duduk dalam tu. Pastu buat muka "like a boss" sangat tau. Being recommended la jugak kepada sesiapa nak beli. Luas la sikit pemandangan dia. hehehe. Memandangkan Afkar still tak pandai kayuh lagi so Babah la yang jadi tukang tolak. Afkar jadi boss besar. hehehe. Bila dah pandai kayuh nanti boleh cabut yang kat pinggang tu n handle yang Babah pegang. So kiranya boleh guna long term la jugak ni. Lepas ni boleh meronda dekat taman pulak. Kitorang beli brand My Dear. Ada button tuk play lagu. Lagu biasa-biasa je la pun. hehehe. Dekat Manjaku ada sale sekarang ni so g la grab cepat-cepat. Ada macam-macam pilihan ada.


Kamus Afkar version 1.0

Baba n mama
Mimmi-ummi(blh pggil time nangis shj)
Naanak-xnak
Naaaak-nak
Naanen-nak susu(sambil selak baju ummi)
Meow-kucing

Monday, December 17, 2012

Afkar @ Goldcourse Morib

Assalamualaikum w.b.t

Sehari lepas Majlis Hari Jadi Afkar, kitorang join family saya bercuti-cuti Malaysia dekat Goldcourse Morib. Kat situ kan ada Water Theme Park. Biasa-biasa je bagi saya. Kitorang beli under promo ape ntah. Akak saya yang uruskan. Saya tak mandi sangat pun. Mr.Teddy yang layan Afkar mandi. Budak kecik tu bila jumpa air kemain lagi koooo. Tak nak naik. Siap berkuak lentang lagi. Kalah abang Irfan dia yang dah 3tahun lebih tu. isk...isk...isk...

Mula-mula mandi dekat kolam kanak-kanak. Pastu ada budak kecil perempuan agah dia. Kemain beso gelak. Terlebih peramah ni anak Ummi.

~Yeah dapat pegang air~

~Main dengan Akak baru kenal. Kemain suka akak agah dia~

~Babah layan anak bujang

Pastu join yang lain-lain mandi kat kolam orang dewasa. Dah kesejukan tapi still tak nak naik gak dia. Dah lama-lama tak nak duduk dalam pelampung. Babah pakaikan pelampung kat tangan, siap buat kuak lentang lagi. Bila dah tengok dia kesejukan sangat kitorang bawak la dia naik tapi mata still ke kolam. Abang saya lambai-lambai, dia lambai-lambai balik suruh ambil.

~Kesejukan~



~Tak nak pakai pelampung. siap kuak lentang~

~Ramai2. Baru nampak muka Ummi~

~Tak nak naik~

Malam tu kitorang makan dekat Pantai Morib. Punya la penat dia sampai tertidur atas bahu saya malam tu. hehehe. Tak berkuit-kuit. Esoknya sambung mandi lagi. Check out pukul 12. Singgah makan dekat pekan Banting pastu terus balik ke Bangi.


Wednesday, December 5, 2012

Afkar's 1st Birthday


Assalamulaikum w.b.t
Hari Sabtu lepas bersamaan 1 Dec 2012 kitorang buat birthday celebration Afkar. Buat kecik-kecik je. Panggil kawan-kawan n family tuk memeriahkan majlis. Buat dekat Restoran Sharifah Seksyen 7. Restoran Sharifah ni boleh dikatakan restoran favorite kitorang. Malam sebelum saya deliver kitorang sempat makan kat Restoran Sharifah dengan family saya. Kat Seksyen 7 Restoran Sharifah ni ada dua kitorang buat dekat Restoran Sharifah yang sebelah saloon rambut. Yang ni ruang dia agak besar sikit coz dia ambil dua unit kedai. So kitorang ambil the whole area yang ada aircond tu. Tak kacau orang lain dah. Ruang besar dan selesa. Catering kitorang siap sekali order. Senang cerita. Cuma part decoration kena buat sendiri n makanan yang kita bawa guna bekas sendiri. Ok la tu kan. Overall saya memang berpuas hati.
Perancangan majlis saya start sebulan sebelum. Siap checklist bagai. Tapi mula ambil tindakan rasanya 2 minggu sebelum kot. hahaha. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Nak share gambar masa majlis saya tak ada sekeping pun gambo. Busy la katakan. Tunggu dapat dari OP k nanti saya update lain. Chewah OP siap ha. Akak n abang ipar saya je pun yang jadi OP.hehehe. Saya share je la gambo yang saya ada k. Kebanyakan adalah hasil DIY. Terbawa2 time preparation wedding dulu, birthday anak pun sume nak DIY. hohoho. Tema adalah caca marba. Colouful la kira. kahkahkah.
~Badges. Siapa tulih guestbook dapat satu~


Badge ni asalnya nak letak dalam goodies. Pastu konon macam nak buat lucky draw letak nombor. Last-last letak kat meja guessbook tuk siapa yang sign boleh dapat satu. Yang pasti Ummi n Babah tak dapat pun. huhuhu. 

~Guestbook~

Guestbook di atas pun adalah DIY. Beli huruf-huruf kecil tu. Buku saya guna drawing pad yang size A4 sahaja. Pastu balut elok-elok guna kain felt. Tak perlu nak tempah dah. hehee.

~Doilies~

~Paper clips yang juga boleh dibuat as bookmark~


~Doorgifts~

Sticker tuk Doilies dan bookmark kat atas ni saya design then hantar printing. Terima kasih kepada adik-adik Ipar, La n Tyra tolong tampal kat bag. Bag tu beli banyak-banyak kat kedai hardware. Save.hehee. Asalnya nak letak raisin, party pack n note book/kipas dalam pastu Angah yang baik hati nak sponsor chocolate. Tq Angah.  Raisin malam before majlis bar Mr. Teddy pergi beli. Sebenarnya kitorang terlupa. kekeke. Ada setengah yang dapat note book n ada setengah yang dapat kipas sebab notebook tu xcukup. Borong kat GM. Party pack pun borong kat GM.

~Balang candies~


Saya google Candy Bufet semua guna bekas Kaca yang vouge d vass nak letak candies. Ai mana ada bekas-bekas tu. Tetiba dapat idea guna je la balang plastik bekas kuih raya beli. Pastu deco cantik-cantik boleh la guna as balang candies.
~Menu lable~

 Lable kat Balang n Menu saya design minta tolong Mr.Teddy printkan. Tq dear.


~Welcome Signage~

Welcome signage sama macam Guestbook. Beli huruf. Guna cardboard yang keras tu balut dengan kain felt. Easel guna yang wedding punya. Kitar semula. kekeke.

~Buffet~

 Menu untuk hari tu ada macam-macam. Yang kitorang order dengan Sharifah nasi goreng, bihun goreng, popia, cocktail, nugget, jeli kelapa, air oren + soda, buah tembikai. Yang order n bawa sendiri red velvet cupcakes (order dengan Pak Lang Mr Teddy), brownies (K.Cik sponsor), puding marble (Angah sponsor), puding caramel (K.Cik sponsor), pulut kuning (MIL sponsor), karipap (MIL sponsor), apam pisang (order dengan Angah.), cake birthday n candies.

~Decoration~

Decoration saya serah bulat-bulat dekat Adik Ipar sebab saya sampai lambat. Saya just bagitau dia idea macam mana yang saya nak untuk decoration. Uruskan pengantin eh birthday boy kat umah. Birthday boy mula-mula tak nak tido bila nak gerak baru la nak tidur. Saje je budak ucuk ashem ni. Alhamdulillah birthday boy be a good boy je sepanjang majlis. Tak meragam sangat. Sempat la tido atas bahu Babah. Upah belon helium kat tangan. Senyap dia main belon. hehehe.


~Birthday Cake~

Birthday cake so yummy. Birthday cake ni Babah Afkar yang design. Tepuk tangan sikit. Kalau harap kat Ummi design jadi lain.kekeke. Kitorang order kat Seksyen 4 Bandar Baru Bangi recommend by SIL. Memang memenuhi apa yang kitorang banyangkan. N paling penting sedap. Nyum nyum. Ayah mertua sempat gak la suap kan Afkar cake sambil Ummi terkebil-kebil tengok. hehehe. Tapi Afkar luahkan balik cake. hehee.


Birthday boy sibuk dengan belon. Nak bagi dia leka. Bila belon terlepas kecoh betul dia. hehehe. Main la dia dengan belon tu ha. Buat cam main layang-layang. Boleh la nak asalkan awak gembira tak meragam. hehehe. Ummi senang hati

~Presents. Thanx all~

Alhamdulillah banyak juga hadiah yang Afkar dapat. Kebanyakannya toys. Ada jugak baju bajan n kasut. Koleksi toys ni memang boleh buat main lama la. Birthday boy suka Ummi n Babah super duper suka. Terima kasih semua untuk hadiah-hadiah. Kitorang kuar sket-sket dulu. nanti dah boring boleh tukar toys lain pulak.

~Wish from Ummi n babah~

Last but not least ucapan Ummi n Babah untuk birthday boy. Dah dekat rumah barulah Ummi n Babah sempat tulis dalam guestbook. Yang lawak nya time nak tulih tu siap sorok-sorok lagi. Ummi tak bagi babah tengok, Babah tak bagi ummi tengok. Alahai macam la tak boleh nak tengok lain kali. kekeke.

Sekian sahaja Entry sambutan Majlis Hari Lahir yang Pertama Putra Sulung saya. Keseluruhan kitorang berpuas hati dengan semuanya. Terima kasih bebanyak yang sponsor=) Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir sama-sama memeriahkan majlis. Terima kasih kepada semua family yang banyak menolong terutama adik ipar saya La n Tyra daripada Jumaat malam bertungkus lumus tolong buat door gift and also decoration.

Tuesday, December 4, 2012

Breastfeeding Journey : 1 Year

Assamualaikum w.b.t
27 November Afkar genap setahun. Alhamdulillah maknanya setahun sudah perjalanan penyusuan saya. Semoga berkekalan hingga ke dua tahun. Semoga perjalanan penyusuan ini dipermudahkan. Amin. Banyak yang saya dah kongsikan permulaan perjalanan penyusuan saya di dalam entry ni dan ni.
Bila makin besar makin banyak gaya menyusu Afkar. Freestyle. hahaha. Ingat pump je ke ada freestyle. Ikut suka dia la nak menonggeng la, nak menyenget la, sambil berdiri la. Macam-macam gaya. Memang mencuit hati. Dan saya pasti moment ni la yang akan paling saya rindu. Mr.Teddy selalu tergelak bila tengok anak dia menyusu. hahaha. Dah tak ada makna nak baring setempatnya.
Part paling adventure chewah padahal orang lain lagi adventure xkecoh bila Afkar dah pandai mengasah gigi. Pergh. Memang boleh menitik air mata. Tak tau r nape dia suka sangat asah gigi dengan menggigit Cik N saya. Time first time kena memang berdesing telinga. Sakit kot. Benda yang paling saya takut dah jadi. huhuhu. Pastu saya pun carik la cara nak selesaikan. Ada yang suruh picit hidung. Alhamdulillah cara tu berkesan dengan saya. Lama-lama Afkar dah stop asah gigi. Lagi satu saya tak biasakan dia gigit jari saya ke, tangan saya ke. Mr.Teddy pun saya tak bagi biarkan. Kadang-kadang dia geram dia gigit gak kitorang. Memang kena picit hidung la. Mula-mula dulu Mr.Teddy biarkan gak bila Afkar gigit jari dia. Saya tak bagi. Nanti dia jadi terbiasa sedap menggigit.
Setelah setahun perjalanan penyusuan ni stok susu adalah naik turunnya. Daripada 3x pam sehari kat office sekarang dah jadi 2x je. huhuhu. Meeting sokmo. Terkejar-kejar gak kadang-kadang tu. Tapi saya pastikan akan pam juga. Kalau tak dapat ikut jadual sekalipun akan pam bila free. Kekadang rasa malas. Syoh jauh-jauh boleh tak rasa malas tu. Kata nak bf sampai dua tahun. huhuhu. Semangat kena kuat. Komitmen kena tinggi. Terima kasih kepada Mr.Teddy yang terus bagi sokongan dekat saya samada dari segi moral dan juga fizikal.
Alhamdulillah dengan rezeki yang masih ada untuk Afkar. Tak banyak sikit pun dah bersyukur sangat. Semoga rezeki ini akan berterusan sehingga Afkar dua tahun dan juga terus dilimpahkan untuk rezeki anak-anak yang lain juga. Semoga segala urusan saya dipermudahkan. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...