Friday, September 28, 2012

Grand Lexis, PD

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend kami sekeluarga : Me, Mr.Teddy n Afkar pergi PD. Saja nak holiday. Release tension. Amende yang tension pun xtau.hahaha. Asalnya ajak Mr. Teddy pergi Melaka. Bawa Afkar jenjalan rivercruise ke, menara Tamingsari ke. Tapi Mr.Teddy tak mau. Dia kata penat. Dia nak holiday yang betul-betul rest. Tak mo jalan-jalan. Fikir punya fikir PD je la. Kalau cameron pun kena jalan gak. Nak lagi x mo jalan pilih hotel yang agak harga tercekik nak sebut confirm ko duduk hotel je. Memang tak kuar. Dengan itu kami memilih untuk stay dekat Grand Lexis, PD Memang tercekik .
Grand Lexis ni ada private pool dalam setiap unit. Mr.Teddy xcaya cakap saya mula-mula. Dia kata kalau tak ada dia nak suruh saya korek pool sendiri. Nyampah tau. Dah kata tak nak penat jalan-jalan kan. Amik i pilih hotel yang ada private pool tuk u. Berkubang la dalam tu lama-lama. hahaha. Grand Lexis ni ada banyak jenis. So silalah korang pilih ikut kesesuaian korang. hehehe. Kitorang amik Garden Pool Villa. Memang Villa sangat hokey. hehehe. Asalnya saya nak amik Deluxe Pool Villa. Above the sea. Paling penting tu la yang paling murah. hohoho. Tapi dah habis. Tu yang kitorang amik Garden Pool Villa.
Port Dickson accommodation,budget accommodation Port Dickson

Port Dickson accommodation,budget accommodation Port Dickson

 Sumber : website Grand Lexis

Budak kecik tu pun sekali kitorang bagi dia berkubang dalam pool. Tapi kejap-kejap je la. Bila dia dah terketar-ketar bibir tu terus angkat. Dia pon seronok je dapat main air. Pasni boleh la mandi kat pool rumah kita lak. Babah kena bawa. Mula-mula seronok dia siap kocak-kocak air. Tergelak-gelak. Pastu lama-lama senyap dah. Nape lak aiiih. Tengok-tengok bibir dah terketar-ketar. Sejuk. Nak gelak pun tak boleh dah. hahaha. Pastu tidur pon lama gila. Penat kot main air. hehehe.

Overall Grand Lexis memang best. Bagi sesiapa yang betul-betul nak release tension dan tak kisah berbelanja lebih sikit tu memang dicadangkan la. Kitorang memang puas hati kat sini. Bilik sangat besar n cantik. Order makanan for room service pun cepat sampai n yummeh. Sedap. Breakfast banyak pilihan. Ade wifi for each unit. Password lain2 ok. Pastu macam-macam aktiviti boleh buat : cycling ke, memanah ke, karaoke ke, nak g spa ke. Korang pilih je. hehehe. Kitorang xbuat pun any outdoor activities. Lepak bilik je.

 ~Bersantai di pantai bersama Ummi~
~Kejar ombak bersama Babah~


~Babah yang tak percaya ada private pool~

 ~Private pool so private~
 ~Practise swimming~

~Finally dapat main air. Yeah!!!~


Thursday, September 27, 2012

FB oh FB

Assalamualaikum w.b.t

Disclaimer : Saja nak update pasal ni. Jangan ambil hati ok sapa yang terasa. Minta maaf siap-siap. peace=)

Sekarang ni saya percaya kebanyakan orang ada akaun FB. Walaupun sekarang ramai yang lebih 'in' dengan Instagram termasuk saya . Tapi BB user tak ada instagram. hahaha. gelak jahat. Saya start join FB 2008 kalau tak silap. Time sambung master kat UTM. Sebelum tu social networking yang saya ada macam-macam Friendster r, High5 r, Myspace r. Paling aktif Friendster. Bila FB dah ada bubye Friendster. hahaha. Pastu yang lain-lain terus xaktif. Aktif FB je sampai skang n start berkecimpung dengan Instagram lak.

Start tahun ni kan FB dah tukar kepada timeline. Lucu tak hengat bila baca status diri sendiri lama-lama. hahaha. Malu giler. Semua benda pun nak update kat FB. Happy la, marah la, bengang la. Time tu kalau tak FB sehari cam tak lengkap je hidup. Ntahapa-apantah Pastu terjebak main game kat FB. Bercucuk tanam bagai. Leka betul la. hahaha.

Makin lama guna FB makin kurang update status. Tak caya g check status FB saya. hehee. Tak tau nak update status apa sebenarnya. Saya jadi tak tau sebab apa tau. Bila saya baca status kengkawan saya terdetik dalam hati "Takkan la benda ni pun ko nak cerita kat FB kot".Pastu gelak sorang-sorang. padahal suatu ketika dulu saya pun pernah jadi macam tu. hahaha. Gelak kat diri sendiri. Sila jangan ambil hati. Apapun fb account tu korang punya so sukati korang la nak update ape kan. Sibuk-sibuk lak den ni.

Kadang-kadang bila nak update something saya mesti terdetik tak perlu kot, simpan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja. Nanti orang kata menunjuk lak Saya fikir benda yang sama . Bila semua ko nak update apa yang tinggal privacy untuk diri sendiri. Pastu kekadang saya terfikir gak mana la tahu ada yang x berapa senang dengan life kita buat benda yang tak elok. Wah budget retis ke ko. Eh tidak. Mana la tahu kan. Hati orang. Sejak tu saya sentiasa mengingatkan diri sendiri tak keterlaluan dalam update apa-apa kat FB. Biar biasa-biasa je. Dekat Fb sekarang banyak saya upload gambar si kecil je. Mana la tahu tetiba handphone buat hal ke, pc problem ke. Adalah back up gak kan. Ni bukan la bermakna saya jelez dengan any updates korang tapi ni pandangan ikhlas dari saya seorang yang pernah buat benda yang sama dulu kala. Tapi kalau nak share kat blog xde hal. Sila lah saya suka baca. hahaha.

Pastu yang case update status fb emo-emo. Boleh buat gaduh woo bila dah tersalah faham. Kita tak tau status tu dituju kepada siapa. General je statement orang tu update kat fb secara berkias. Tak ada mention nama sesiapa. Siapa yang makan cili terasa pedas. Tetiba ada yang terasa. Padahal bukan tuju kat dia pun. Dah bermasam muka pulak. Dah tak bertegur sapa pulak. Dulu ni pun saya buat jugak masa muda mudi Wah macam dah tua benau je ko eh . Share kat blog je la eh. Pastu jangan kecoh2 ko ada blog. So lantak le nak kutuk sape pun. Tak ada yang kecil hati. Unless kalau memang sengaja nak bagi orang terasa dengan statement ko.hehee.

Tu satu kisah pasal update status. Yang ni lagi satu benda dengan fb yang buat saya rimas. Kengkawan lama tetiba add ko balik pastu penuhkan wall ko dengan promosi produk perniagaan. What the????Annoying tau tak tuan2 puan2. Ni siap tag2 gambar. Lenguh kot nak remove tag. Orang buka fb nak tengok gambar kita, gambar anak kita PERAhSANtan betul. Pang laju-laju ni buka fb penuh produk pelangsingan je. hahaha. Tak yah la gigih nau nak add kawan2 lama semata-mata nak promote perniagaan. Kekadang ntah sape pun yang ko add. Saya memang menapis setiap friend request. Tak adala sewenang-wenang nak approve je. Memang daku remove la orang-orang yang add nak promote barang. Unfriend terus. Puas hati. kahkahkah

Thursday, September 13, 2012

Bekalan EBM to Nursery/Pengasuh

Assalamualaikum w.b.t

Tergerak nak buat entry berkenaan bekalan EBM untuk ke Nursery atau pengasuh sebab baru-baru ni ada kawan saya, Deck yang bertanya. Saya bukan pakar laktasi ye. Ambil kursus pun idak. Ni berdasarkan yang saya baca, bertanya dengan mereka yang berpengalaman n pengalaman saya sendiri. Deck dah start masuk kerja after bercuti 3 bulan. Bestnyer Deck. Eleh cam la ko dulu x cuti 3 bulan eh. Nak jeles2 pulak.


Saya ada sedikit masalah untuk menganggar sehari Afkar minum berapa oz EBM sehari sebab saya tak praktikkan dia minum botol sepanjang hari ketika saya masih bercuti. Masa dekat rumah mertua tu la ajar dia guna botol tapi bukan sepanjang hari. Time malam bila saya tidur n mil/fil tolong jaga Afkar tu je la dia minum botol. So awal-awal pun saya ada persoalan ni.

Saya baca dalam buku Panduan Penyusuan Ibu Berkerjaya boleh jadikan 1kg berat baby = 5oz sebagai asas. Saya juga turut post di group FB Kump. Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kuala Lumpur dan Putrajaya berkenaan kemusykilan saya ni. Berikut adalah jawapan yang saya terima.



Berdasarkan jawapan yang saya perolehi seperti di atas, saya mula bekalkan Afkar 2oz setiap botol. Untuk percubaan saya hantar Afkar awal seminggu ke nursery. Selain untuk tengok dia serasi atau tidak saya juga nak pantau sehari dia minum berapa oz. Hari pertama di Nursery saya bekalkan 5botol x 2 oz = 10oz dari pukul 9pagi - 5 petang. Berdasarkan prinsip 1kg = 5oz, berat Afkar ketika itu anggaran dalam 6kg kalau tak silap. 6kgx5oz = 30 oz/24hrs = 1.25oz/hrs x 8hrs = 10oz. Bila saya mula start kerja saya bekalkan 8botol x 2oz = 16oz dari pukul 6.30 pagi - 7.00 petang. Kebiasaan ada berbaki satu botol. Apabila Afkar menginjak 5 bulan die mula minum 20 oz. Bila masuk 7bulan, kuantiti Afkar minum berkurang jadi 18oz. Dan sekarang dia minum 16 oz sehari di Nursery. Oleh sebab dia dah mula makan saya tak risau dengan kuantiti yang menyusut tu as long as berat naik macam biasa n buang air seperti biasa. Ada seseorang pernah berpesan dengan saya " Utk bjaya dlm bf, jgn risau tanpa sbb, if ank ok, x meragam x sakit, ok jek". Time tu saya tanya xpe ke Afkar minum sikit.

Ok dalam jumlah yang saya bekalkan tu berapa pulak chilled EBM dan berapa pulak frozen EBM.  Pada awalnya saya bekalkan kesemua chilled EBM. Pastu terfikir juga kalau bagi chilled, bila pulak nak gerak yang frozen. Saya baca dalam Buku Panduan Penyusuan Ibu Berkerjaya mengatakan bekalkan chilled EBM lebih daripada frozen EBM memandangkan frozen EBM telah mengalami kehilangan antibodi semasa proses pembekuan. Walaubagaimanapun still berkhasiat.

Apa yang saya buat selama ni, saya bekalkan 8/10 botol EBM kepada pengasuh. Saya labelkan mengikut nombor 1-8/10 seperti berikut:-


Botol 1: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 2: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 3: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 4: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 5: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 6: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 7: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 8: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)

Botol pertama saya bekalkan yang chilled EBM. Biarlah Afkar mulakan hari dia di Nursery dengan EBM yang fresh. Memandangkan frozen EBM ni ada lain sikit dari segi rasa n bau. Tapi bukan bau basi ye. Botol ke-2-4 fozen yang telah siap-siap dicairkan. Nursery tinggal panaskan sahaja dalam warmer. Tak letak sebagai nombor akhir sebab frozen EBm yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam dan tak boleh dibekukan semula. Botol 5-8/10 chilled EBM. Sekiranya tak habis, baki EBM tersebut saya akan terus masuk dalam deep freezer untuk dibekukan. Di waktu tertentu seperti Afkar tak sihat batuk atau demam saya akan bekalkan semua chilled EBM.
Sekian sahaja perkongsian saya. Betulkan saya jika ada sebarang kesilapan dalam pengedalian EBM. Mungkin anda ada cara yang berbeza. Jom share. Sharing is caring.

Monday, September 10, 2012

Kecemasan : Bila ice Pack Tiada...


Assalamulaikum w.b.t

Kejadian ni berlaku dalam minggu lepas. Dimana saya terlupa nak masukkan ice pack dalam deep freezer. Akibatnya ice pack pun mencair. Kebiasaannya balik dari pejabat samada saya atau Mr.Teddy akan simpan susu hasil perahan kat pejabat di dalam peti ais dan juga simpan ice pack di dalam deep freezer. Ntah kenapa hari tu saya boleh tak simpan ice pack dalam deep freezer.

Pagi-pagi sebelum ke pajabat akan masukkan botol-botol dan ice pack dalam cooler bag. Mula-mula cari ice pack dalam deep freezer. Eh tak ada. Ah sudah mana pulak perginya ni. Tengok-tengok ice pack masih dalam cooler bag. Sah-sah dah cair. huhuhu. Tak pe la nanti sampai office la terus masuk dalam freezer kat office.

Bila sampai office lagi sekali terlupa nak simpan terus ice pack dalam freezer. Masukkan ice pack dalam freezer after first pumping session kat office. Time tu pukul 10. Bila tiba time nak balik, saya akan kemas bag pam pukul 5.00. Tengok-tengok ice pack tak beku pun. Beku sikit je. Masih dalam keadaan gel. Panik attack. hahaha. Camno nak buat ni ha. Perjalanan balik naik train plus traffic jams semua mau makan satu jam setengah. Confirm susu tak boleh maintain sejuk dengan keadaan ice pack camtu.

Fikir punya fikir. Bling dapat idea. Beli ais cube kat cafe bawah.akak cafe bagi free je ice tu tapi bahagikan ice cube tu dalam 3 bungkus camtu. Sumbat la ice cube dalam cooler bag sepadat-padatnya, jangan keluarkan dari plastik. Saya padatkan dengan ice pack yang still caior tu. Kalau ada towel kecil or surat khabar ok jugak. Sat g mencair, mengalir lak air dari cooler bag. Orang tertanya-tanya air ape tu. hahaha. Alhamdulillah susu maintain sejuk bila sampai ke rumah.

Kisah Raya 2012 - Gambar Raya

Assalamualaikum w.b.t

Dah nak habis raya baru nak upload gambo raya. Ada budak tu walaupun demam gambar tetap banyak. Kalahkan Ummi tau. Ummi tak banyak pun gambo. Babah lagi la. hahaha. Tak pe...tak pe bagi chance kat orang first time beraya. hehehe. Sila click gambo untuk tumbesaran berganda yerk. hehee

~Persiapan before raya : Daging, limpa, hati untuk rendang rempah or rendang mak janda anak 10 sukati saya bagi nama sebab cam iklan petronas tapi tu janda anak tujuh, rendang ayam, ketupat~

~Sesi bersalaman~

~My big family~



~Family potrait. Kopiah Afkar senget dah. Keje Babah la tu~


~Lepak atas tilam Vono Mak anjang~


~Si manja Ummi~


~Mulut melopong tengok apa ntah~



~Proses untuk tidur si budak kecil yang manja~


~Bergambar dengan ibu kesayangan. Rambut Mr.Teddy serabut.Isk isk. Afkar kasut lagi seblah dah tercabut~

 ~Berposing dengan Onyang~
~Amboi hensem anak ummi eh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...