Thursday, July 26, 2012

Saya dan Kerusi 'Moo moo'

Hye kawan-kawan Ummi,

Pekabar semua...Sekarang Ummi dah tak rajin nak update entry...Ummi minta tolong Afkar yang updatekan...boleh kannnn...Hari ni Afkar nak cerita pasal kerusi 'moo moo' kesayangan Afkar. Tima kasih kat Ummi n Babah belikan Afkar kerusi 'Moo moo'. Walaupun aritu Ummi hampir kena yipu. Kerusi 'moo moo' ni dah jadi port favorite Afkar sekarang. Afkar suka sebab boleh duduk cam bos kat situ. hehee. Selesa sikit nak tengok TV bila duduk kat kerusi 'moo moo'.



Tapi kekadang Ummi letak Afkar dalam play pen tapi tak suka la. Sebab tak bebas. Sebab tu Afkar akan merengek kalau Ummi letak dalam play pen lama-lama. Afkar tau Ummi mana boleh tengok Afkar nangis/merengek.heheee. Pas Afkar merengek, Ummi pujuk-pujuk pastu letak Afkar kat kerusi 'moo moo' lak. Yeah. Kalau duduk kat kerusi 'moo moo', agak-agak boring Afkar boleh turun sendiri. Main laci rak TV ke...Panjat sofa ke...cari Ummi kat dapur atau bilik ke. Senang nak merayap.hehehe.

Ummi n babah beli la lagi banyak-banyak toys untuk Afkar. Afkar dengar Ummi dapat bonus kan. Boleh la belanja Afkar n Babah. Aritu Afkar pasang telinga Ummi n Babah borak, Ummi nak belikan Afkar Bumbo seat tapi Babah tak setuju sebab Babah cakap nanti duduk kejap je. Pastu Ummi tengah cari idea lain nak belikan Afkar apa untuk Afkar duduk senyap time Ummi n Babah berbuka. Afkar bukan apa. Saje je nak manja dengan Ummi n Babah.

~Afkar~





Tuesday, July 24, 2012

Budak SUka Makan

Hye kawan-kawan Ummi,

Nama saya Afkar. Saya anak kesayangan Ummi n Babah. Cucu manja atuk, opah n nenek. Saya dah nak masuk 8 bulan. Saya sangat suka hisap nen Ummi n makan makanan yang Ummi masak. Yummmmmmmeh. Boleh buat saya kenyaaaaaaaanggggg. Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni. Time ni atuk yang suapkan saya. Bila atuk suap saya makan laju je. Saya siap nganga mulut lagi. Saya suka usik Ummi n Babah saya time makan. Bila Ummi n Babah suap saya makan sikit je sebab saya lagi suka kalau Ummi n Babah layan saya main. Tapi sian kat Ummi saya dah penat-penat masak kan. Jadinya saya makan la jugak. Sebab tu la saya sihat n kuat. Terima kasih babah n ummi. Sayang babah n ummi banyak-banyak.


~Afkar~

Ramadhan Bertiga

Assalamulaikum w.b.t

Ramadhan tahun lepas saya si bam bam Afkar dalam perut lagi. Ramadhan tahun ni bertiga pulak. Walaupun semalam dah 3 Ramadhan tapi semalam first day kami berbuka bertiga. Sabtu n Ahad berbuka di rumah Mentua. Hari first Ramadhan Afkar bangun sahur sekali dengan kitorang. Pak mertua tolong pegangkan time saya bersahur. Time berbuka lak Mak mertua pegangkan. Saya makan sket dulu wat lapik perut, pastu tidokan Afkar. Tapi dia tak mo tido. Mr.Teddy jaga lak dia. Saya sambung makan. Hari kedua Ramadhan Afkar tidur time kami bersahur. Mr.Teddy habis sahur nak tengok dia, tengok-tengok dia dah merayap sampai ke ruang tamu. Senyap-senyap je wat kije. Sib baik memang tido bawah. Pas kes jatuh katil aritu memang tido bawah kat rumah mertua. Risau. Time berbuka mak mertua pegangkan Afkar. Budak tu memang cucu manja atuk n opah. Mengada lebih. Pastu terfikir ahdoyai ni ada mertua boleh la bergilir pegang Afkar. Kalau kami berdua camno la kesahnyer. huhuhu.

Time kami bangun sahur tu Afkar tidur lagi so saya alihkan dia masuk buai. Hope tidur lena la. Ummi dah upah susu kan tadi. Mr.Teddy dah perhangat lauk. Saya layan dia tidur dulu. Bila tengok dia dah lena bangun la nak hidang lauk. Mr.Teddy lak amik giliran layan dia tidur. Mr.Teddy nak bersahur dalam bilik sebelah buai dia. Saya pun join la sekali. So, hari pertama bertiga time bersahur Afkar lulus. Yeah. Waktu berbuka pulak. Kami sampai rumah agak lambat. Juadah berbuka beli je kat Bazaar. Angkut sekali dia g Bazaar. Sebab akak Nursery dah pesan suh amik anak awal bulan Ramadhan. Jalan dari Putrajaya - Bandar Baru Bangi jammed lak. Jadinya lambat gak. Sampai rumah pun dekat Azan dah. Kelam kabut la sikit jadinya. Bior dia melayan TV dulu sambil kitorang nak berbuka. Datang lak mood dia tak nak tengok TV time tu. huhuhu. Last-last Mr.Teddy suh saya buka dulu sambil dia layan Afkar. Bergilir la kami berbuka. Hari kedua bersahur dia tido gak lagi. Tapi kali ni time nak alihkan dia ke dalam buai dia terjaga. Terus tak nak tido. Mr.Teddy sahur dulu pastu saya lak.

Bila dah bertiga ni memang kena la bergilir. Afkar kekadang mood dia ok, elok je layan TV. Takpun duk main sorang-sorang. Time tu buat je la apa pun kerja memang dia duk ralit buat hal sendiri je. Tapi bila datang mood dia nak melekat ngan kita tu memang tak laku la TV ke toys ke. Nak suh duduk dekat dia. Kadang bukan suruh riba pun tapi dia nak ada orang kat sebelah. Saje mengada tau.

Semalam gak adalah first day pam time Ramadhan. Sabtu n Ahad tak pam. Afkar melekat je. Kalau bukan Ramadhan pun memang weekend saya tak pam. Direct feeding je. Sahur makan nasi, lauk ayam n udang mak mentua bekalkan , air horlicks n kurma. Air mineral bergelen minum hover tau. Tak ada r sampai bergelen tapi banyak la . Dah set insyaALLAH rezeki untuk Afkar ada hari ni. Positive thinking. Alhamdulillah hasil seperti biasa. 20oz=) Hope hari ni dan hari-hari seterusnya seperti biasa jugak. Amin.

Monday, July 23, 2012

AL FATIHAH - Arwah Siti Khuzaimah

Assalamualaikum w.b.t

Ketika umat Islam menyambut hari pertama Ramadhan saya dikejutkan dengan pemergian rakan seperjuangan selama 3 tahun di UTM - Siti Khuzaimah Annuar yang terlibat dalam nahas helikopter terhempas Jumaat lepas. Al fatihah. Takziah buat keluarga Arwah. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. ALLAH lebih menyayangi Arwah.

Jumaat malam tu ketika saya otw balik kampung, Slim River tergerak hati nak check FB. Seorang rakan sekuliah yang juga teman rapat Arwah update di group batch kami, mohon doakan keselamatan Arwah. Tertanya-tanya kenapa pulak ni. Ada yang letak link ni. Bila saya baca memang terkejut habis. MasyaALLAH. Pagi esok baca kat FB update terkini bahawa mayat Arwah telah ditemui [Link]. Saya baca artikel ni membuatkan hati tersentuh.

Kali terakhir bertemu dengan Arwah ketika majlis perkahwinan classmate UTM, Rina Salleh. Masih teringat lagi senyuman dan gelak tawa Arwah. Bermain dengan Afkar. Cubit-cubit pipi Afkar. Arwah yang dikenali memang seorang happy go lucky n sangat murah dengan senyuman.

Ajal tidak mengenal usia. Semua itu adalah ketentuan ILAHI. Mati itu pasti cuma tidak tahu bila giliran kita dijemput ILAHI. Kita yang tinggal haruslah meneruskan hidup dan bersedia untuk menghadapi kematian. Dengan mengingati kematian kita akan lebih mendekatkan diri ALLAH s.w.t. Mengamalkan perintah dan meninggalkan larangannya. Apa pun yang terjadi, ALLAH lebih mengetahui.

Saturday, July 21, 2012

KETERLALUAN???

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang bakal saya tuliskan ni adalah ikhlas dari pandangan saya, seorang ibu kepada anak lelaki yang baru nak menginjak 8 bulan. Saya sendiri masih dalam proses pembelajaran dalam hal keibubapaan. Oleh itu saya perlu banyakkan membaca untuk meningkatkan pengetahuan tersebut terutama dari sumber internet. Teknologi di hujung jari katakan. Untungnya hobi saya suka membaca=)

Kebelakangan ni saya sering terbaca/terjumpa orang yang TERLALU menekankan sesuatu perkara sehingga merasakan sekiranya orang lain yang tidak berbuat perkara yang sama telah melakukan KESALAHAN yang besar Kalau yang bukan keterlaluan tu x yah terasa eh. hehehe Siapa lah kita untuk menghukum sesama manusia atau melabel manusia yang lain dengan sesuatu gelaran yang tidak elok. Ni berkaitan dengan hal perkembangan anak-anak la terutamanya. Sekadar menamakan beberapa contoh dalam hal ni : penggunaan buaian, walker, breastfeeding, solid food, vaksin. Sebagai seorang ibu pastilah kita hendak yang terbaik untuk anak-anak. Tambahan ibu baru seperti saya, banyak lagi yang perlu belajar. Anak pun baru hendak menginjak lapan bulan. Masih jauh perjalanan dan perjuangan sebagai seorang ibu. Sebagai ibu yang baru belajar kekadang saya jadi takut pula nak bertanya bila perlukan sesuatu penjelasan. Sebab risau disalah tafsir. Risau terOOT. Tapi if tak bertanya takut tersesat jalan pulak. 

Penggunaan Buaian dan Walker

Ramai yang menekankan a BIG NO! to penggunaan buaian dan juga walker. Tidak elok untuk perkembangan anak-anak. Saya SAMA SEKALI TIDAK menafikan kenyataan tersebut. Tapi sekiranya itu sahaja jalan penyelesaian yang ada bagi ibu-ibu kenapa kita harus menidakkan. Zaman ibu bapa kita dahulu turut menggunakan medium yang sama dalam mendidik anak-anak. Daripada melihat anak kita menangis tak keruan, lebih baik memilih pilihan yang ada. Situasi setiap orang berbeza. Tidak sama. Kita tak boleh nak bersuara/mengeluarkan pendapat sekiranya kita tidak berada di tempat orang yang memilih pilihan tersebut. Contoh kenyataan yang saya pernah dengar "Eiii ko ajar anak engkau berbuai ke. Tak elok la. Nanti bergegar otak. Susah nanti ko nak pergi mana-mana kena berangkut buaian segala". "Tak payah la ajar anak guna walker nanti tulang bengkok sebab ko bagi duduk sebelum masanya. Ni nak senang kerja la ni eh". 

Saya percaya sebagai ibu kita bukan sengaja memilih pilihan tersebut sekiranya kita ada pilihan lain. Saya mula menggunakan buaian untuk Afkar kalau tak silap dalam umur dia sebulan lebih rasanya. Time tu dia dah mula pandai. Bila menyusu elok je dia tidur atas riba kita. Bila letak atas play pen mata mula buka seluas-luasnya. Pastu kena mula semua proses semula. huhuhu. Akhirnya mertua mencadangkan untuk membelikan Afkar buaian. Saya tiada halangan sekiranya itu penyelesaian yang ada untuk membuatkan dia tidur lena. Ternyata buaian selesaikan masalah saya pada waktu itu. Tetapi tidaklah saya mengayun buaian sekuat hati sehingga mengakibatkan gegaran otak. Nauzubillah. Minta dijauhkan perkara tidak dingini.


Apabila makin Afkar membesar makin Afkar tidak memerlukan buaian. Yang penting kena kepit bawah ketiak Ummi. hehee. Budak manja. Saya tidak lagi bergantung kepada buaian sepenuhnya. Sehingga kini buaian digunakan sekiranya saya tinggal seorang di rumah dan perlu membuat kerja rumah pada masa yang sama. Bila masukkan dalam buaian Afkar akan tidur lena lebih dari biasa. So, saya boleh siapkan kerja rumah pada masa yang sama. Sebagai ibu yang berkerjaya saya hanya ada masa di hujung minggu untuk menyelesaikan kerja rumah yang tertunggak. Buat masa sekarang walker belum dicuba lagi. Tapi sekiranya keadaan terdesak dan tiada pilihan lain saya tiada halangan untuk membenarkan Afkar guna walker. Sekarang ni kami ajar dia main dalam play pen dia dahulu atau biarkan dia duduk dalam kerusi 'moo moo' dia. Tengok sampai bila dia mampu bertahan. hehee.

Breastfeeding

Saya bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan ALLAH dan juga peluang serta kesempatan yang diizinkan ALLAH untuk saya menyusukan Afkar. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah. Ramai lagi di luar sana yang tidak berkesempatan untuk menyusukan atas sebab-sebab tertentu. Yang kita sendiri tak tahu sebab kita tidak berada di tempat mereka. Tetapi kita sebagi ibu yang berkesempatan ini janganlah sesekali melabelkan perkataan yang tidak elok kepada mereka yang tidak berkesempatan itu. Baru-baru ini saya terbaca ada yang melabelkan ibu yang beri FM (susu lembu), perangai anak nanti macam lembu. Perlu ke kenyataan tersebut. Tercalar perasaan ibu yang beri FM mendengarnya. Termasuk saya yang pernah suapkan FM kepada si kecil saya. Kita sepatutnya memberikan sokongan bukan memperkecilkan sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Janganlah kita pandang serong kepada mereka yang tidak berkesempatan seolah-olah mereka itu begitu zalim atau kejam. Tidak prihatin dengan khasiat terbaik untuk anak. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak masing-masing. Paling tidak mereka tidak membiarkan anak kelaparan. Jangan lah kita yang diberi kesempatan ini terlalu berbangga dengan rezeki tersebut. Hak penyusuan itu hak anak, rezeki daripada ILAHI. Siapalah kita [read : yang berkesempatan] hendak mendabik dada aku mampu! Mungkin hari ini rezeki melimpah ruah esok lusa wallahualam. Hilang nikmat itu menangis tak berkesudahan. Saya bersyukur dengan rezeki ini walaupun saya tidaklah seperti mereka yang lain-lain beratus-ratus atau beribu-ribu stok yang ada. Semoga rezeki ini akan berkekalan dan terus dilimpahkan. Amin. Jauh lagi perjalanan saya ni. Doakan yang terbaik untuk saya k.

Begitu juga kepada ibu yang tidak berkesempatan itu. Tidak perlulah mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk berhenti dalam perjalanan penyusuan. Tidak perlulah menggambarkan mereka-mereka yang berkesempatan ini dengan perkataan yang tidak baik seperti : "outdated la ko ni breastfeeding anak. Ko tak rasa rimas ke anak mengempeng je. Nanti nak tinggal anak susah la. Sekadar contoh yang saya pernah dengar ". Kita sama sahaja. Ibu kepada anak-anak kita. Bersama-sama lah kita berazam untuk memberi yang terbaik untuk anak masing-masing. Bersama-sama lah kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak masing-masing.

Solid Food

Sekali lagi saya ulang kita sebagai ibu pastinya hendak yang terbaik untuk anak masing-masing. Pastinya kita hendak memastikan yang anak kita mendapat semua khasiat terbaik yang ada di dunia ini. Ramai yang menekankan makanan yang mengandungi khasiat adalah makanan yang dimasak sendiri di rumah. Homemade. Saya SAMA SEKALI  BERSETUJU kenyataan tersebut. Tetapi janganlah kita pandang rendah kepada mereka yang tidak mampu menyediakan semua itu untuk anak masing-masing. Sekali lagi kita tidak berada di tempat mereka. Kita hanya menyarung kasut kita sendiri. Tidak berada di kasut orang lain yang berkemungkinan tidak sama saiz dengan kita. Ada seorang sahabat bercerita pada saya "Tak kisahlah anak aku makan CERELAC sekalipun. Yang penting dia nak makan. Daripada aku masak bubur atau puree tapi dia luahkan. Nanti dia jugak yang lapar. Sian anak aku." Nampak tak kat sini ibu tersebut memikirkan perkara yang terbaik/terpenting adalah anak dia makan. Pernah terjumpa  " Eh ko bagi nestum? Nestum tu manis la. Dah la tak berkhasiat. Malas la ko ni. Masak je la bubur ke puree ke. Bukan susah pun." Terkebil-kebil si ibu tadi. Mana la tau ibu tadi mencuba tapi si anak yang menolak seperti sahabat saya tadi. Pengalaman saya sendiri, setakat ni Alhamdulillah Afkar masih menerima bubur atau puree yang saya sediakan. Harapnya dia akan terus menerima. Jika tidak haruslah saya memikirkan alternatif lain. 


Vaksin


Ada seorang kawan Mr.Teddy di FB yang baru melahirkan 'berkempen' untuk tidak membenarkan anak beliau diberikan suntikan. Kenyataan-kenyataan beliau saya rasakan keterlaluan. Ibaratkan ibu-ibu yang memilih untuk memberi suntikan ni zalim nak menyumbat benda-benda tak sepatutnya ke dalam badan anak sendiri. Saya tiada sebarang masalah sekiranya beliau memilih pilihan itu, tetapi janganlah pulak beliau memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada ibu-ibu yang memilih memberikan suntikan.

*********************************************************************************

Apa yang saya perhatikan juga, pelbagai konflik akan timbul akibat daripada sikap 'KETERLALUAN' tersebut. Terutama dengan ibu bapa or mertua. Biasalah orang-orang tua akan cuba menerapkan cara didikan yang diamalkan bertahun kepada anak-anak juga. Saya tak ambil contoh orang lain. Contoh mak saya sudah la. Mak saya agak konservatif Ampun mak . Mak saya tidak pandai nak melayari internet untuk tahu perkembangan terkini. Kalau artikel keluar surat khabar tahulah beliau.  Jika tak ada memang tak tahu. So beliau tak tahu yang bagi air masak kepada baby tu tak digalakkan. Tak tahu ada pelbagai kaedah bagi ibu bekerjaya untuk terus breastfeeding bila dah naik kerja. Dan yang lain-lain la. Mak saya hanya seorang suri rumah beranak 10 dengan cucu 12 orang. Beliau menggunakan buaian, walker dalam proses mendidik anak. Anak ada sepuluh orang. Yang semua sihat-sihat belaka.Alhamdulillah. Siapalah saya yang baru anak seorang ni untuk menidakkan pengalaman mak saya yang beranak 10 itu.  Otai tu. hehee. Kalau saya membantah secara terang pasti dialog mak saya "Ala, aku besarkan anak-anak aku 10 orang elok je minum air masak, makan nestum, berbuai, naik walker. Gemuk-gemuk gak masing-masing. Pandai-pandai gak  masing-masing." Contoh je ni. hahaha. Saya dah boleh agak dialog mak saya

Ni saya terjumpa dalam FB jugak bila konflik timbul ramai yang menasihatkan untuk berterus terang. Itu kan anak kita. Ikut kitalah nak besarkan macam mana. Betul anak kita, yang juga cucu mereka. Orang tua kan sensitif. Takkan la kita sanggup nak melawan mereka, bercakap kasar dengan mereka demi menegakkan pendirian kita. Saya tak sanggup. Anda saya tidak pasti. Tak sanggup nak tengok mak saya berkecil hati. Walaupun dulu saya kaki melawan paling tegar Tapi sejak jadi ibu naluri tu berubah. Dalam sesetengah perkara kita tidak mampu untuk membantah pandangan orang tua secara terang. Saya dan Mr.Teddy selalu gunakan cara ni bila dengan mak saya atau mertua: "Aritu kan mak kitorang pergi check up Afkar kan. Doktor nasihatkan bla bla bla." Saya tak tipu sebab saya setiap kali jumpa doktor, saya memang akan tanya pasal artikel yang saya baca. Sahih ke tak. Sumber pun dari internet. Perlu la memastikan kesahihannya.

Apa-apa pun pendirian kita dalam hal mendidik anak biarlah jangan keterlaluan. Teruja tak salah. Saya sendiri teruja dengan kelahiran Afkar. Pengalaman pertama la katakan. Tetapi janganlan keterlaluan sehingga mengecilkan hati pihak lain dengan kenyataan kita. Ini pandangan saya sendiri seorang ibu baru. Kalau ada yang membaca terasa saya menyusun sepuluh jari mohon maaf. Wallahualam.











Thursday, July 19, 2012

Group Whats App

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa bulan group ni ditubuhkan. Whats app xleh add reramai, so ahli pun x ramai. Saya sangat suka group ni sebab kitorang boleh share apa2 sahaja. Oot pun tak pe. Sesetengah group kat FB x boleh oot kan. Nanti kena peringatan la segala. Siap ade ajar cara nak comment camne.huhuhu. Kekadang kita yang first time jadi mak ni mana la tau ade group lain kan yang berkaitan. Tu yang semua nak tanya. Sekali OOT tidak dibenarkan.

Kat group ni adalah sukahatikorang la nak up ape2 topik walaupun asal diwujudkan dari satu group 'tett' kat FB. Pasal bf ke, solid food ke, babywearing ke, perkembangan anak-anak ke, kira semua la lump sekali dalam satu group. Hahaha. Response dari group member memang cepat. Sebab tu saya suka tanya diorang. Sharing adalah berdasarkan pengalaman masing-masing.

Baru-baru ni kitorang ada lah buat meet up kat IKANO. Kat playgym tingkat atas sekali. Meraba gak la nak mencari sebab kitorang tak familiar sangat IKANO. Selalu gi Ikea je. Saya pun angkut la Mr Teddy n Afkar sekali. Sambil mak-mak bergossip sambil anak-anak main-main. Tiga orang ahli je tak dapat turun. First meet up ok la gak. Borak-borak santai gitu. Jom tengok gambo. Sila abaikan saya yang gemuk itu. Huhuhu. Jelez dengan Pizah. Badan slim melim walaupun dah ada anak dua.

~From left : K.Intan, K.Qim, Zam, Wana, K.Rozie, Me n Fiza.~
Tiada dalam gambo : K.Has, K.Zetty n K. Jujue

Friday, July 13, 2012

Breastfeeding Time Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t

Minggu depan dah start Ramadhan. Pertama kali ni menyabut Ramadhan sambil breastfeeding. Pernah dengar orang bercerita, production agak merudum time berpuasa. Tapi ada jugak orang yang macam biasa. So far cubaan berpuasa production macam biasa (Alhamdulillah) sebab mengepam seperti biasa cuma dahaga tu extra banyak. Sebab dah biasa minum banyak kot. Hope bila Ramadhan nanti tak ada kesan kepada production susu. Amin. Saya terjumpa artikel di bawah ni. Jom baca. Sumber Artikel daripada sini.

Panduan Penyusuan Ketika Berpuasa

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat. Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian. Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payudara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payudara.
Perlu anda maklum bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang terkumpul di dalam payudara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila banyak FIL berkumpul di dalam payudara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payudara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payudara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payudara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbingan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa. Sebaliknya tekanan yang anda alami itu mengahalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payudara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payudara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika bersahur. Hal ini kerana susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Bersahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
Info
Penyusuan anak lelaki memerlukan lebih tenaga. Jadi, makan lebih banyak nasi ketika bersahur. Bagi anak perempuan pula, anda boleh kurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan buahan dan sayuran.

Nampak tak saya siap bold, higlight n besarkan font sebagai tanda penekanan bahawasanya penyusuan anak lelaki memerlukan lebih tenaga. Silalah bersiap sedia ya Puan Airen. Apa yang penting kena terus positif, pam secara konsisten (sila jangan skip jadual ye puan Airen Ahdoyai sekarang ni pun dah ke laut jadual pam) n ambil makanan yang seimbang. Semoga perjalanan penyusuan saya dipermudahkan sepanjang Ramadhan ni.Amin. 


Rahsia Elak Obesiti

Artikel dipetik dari sumber : Berita Harian 

Ibu beri susu badan sukar obes

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym. Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus. 

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.
Agensi
**********************************************************************************

Cuba tengok point yang di'highlight' kuning tu. Sekarang saya dah menyusukan EJoy Jr 7 bulan setengah. Patut r ade orang tego saya dah kurus sikit.Pang diri sendiri sedas Balik nanti nak timbang betul tak hilang 0.9 kg. Takut-takut bertambah 5kg je. hahaha. Saya rasa saya tak termasuk dalam golongan 740,000 wanita tu sebab memang berat saya tak turun pun. Makin naik adalah. Dah selera cam raksasa sangat. Lepas directfeeding atau pump memang lapar n dahaga. Time lunch n dinner memang melantak kaw-kaw. Breakfast nasi lemak. Memang makin berlemak la jawabnyer.

Berat saya turun time dalam pantang je. Thanx to bengkung yang mak buat. Memang berkesan mengempiskan perut. Time tu dah senyum lebar la kan. Lepas pantang dah tak ada pakai bengkung berat naik balik. huhuhu. Nasib baik baju kurung ada yang muat lagi. Baju kebaya dengan baju kurung moden kirim salam je la eh. Muat tu muat tapi tang cik b tu ketat semacam. Sakit mata pulak orang tengok nanti. Saya sendiri pun tak selesa.  

Tapi kajian yang disebut di atas memang betul. Sebab ramai je kawan saya yang breastfeed kurus. Cuma saya la yang tak tergolong dalam golongan tu. hahaha. Tapi saya tak ada la sampai tahap obesiti. Cuma tak capai cecah berat sebelum pregnant je, 49kg. Saya naik hampir 20kg before deliver Ejoy Jr. Sekarang berat saya rahsia. hahaha. Mengada. Pang sedas. Tapi still bawah 55kg r. Cer teka. Kalau betul tak ada hadiah pun.


Wednesday, July 11, 2012

Upgrade Swing Kesayanganku

Assalamualaikum w.b.t

Saya pasti bila tanya kebanyakan breastfeeding mom pam idaman hati adalah Medela Freestyle. Termasuk saya sendiri. Semasa proses pencarian pump dulu memang berangan abis nak FS tapi saya ada kekangan dari segi budget. Walaupun memang berbaloi beli tapi kalau beli pump lain yang ikut kemampuan pun ok jugak kan. Masih boleh memenuhi fungsi utama mengepam tu. Jadinya saya buat keputusan untuk memilih Medela Swing setelah mencuba beberapa jenis pump lain. Terjatuh hati dengan Swing. Selama berkhidmat ni Alhamdulillah saya berpuas hati dengan Swingku itu.TERIMA KASIH SWING!!!

Setelah menggunakan Swing dalam empat bulan  lebih ni impian untuk mendapatkan FS tak pernah pudar. Sebenarnya impian untuk mendapatkan double pump yang suction best n hands free = FS. Boleh buat kerja lain sambil mengepam. Kalau guna single pump masih boleh juga tapi sebelah tangan buat kerja, sebelah tangan lagi pegang botol. Kalau malas nak pegang botol saya letak je atas peha. Lagi satu kenapa nak double pump, bila saya pump belah kanan, belah kiri akan kuar susu jugak. Apa yang saya buat sekarang saya tadah dengan botol yang sebelah lagi atau marmet sebelah kiri walaupun x pandai marmet sangat.huhuhu

Tetiba saya terjumpa kat groub fb KIM (Kump. Ibu Menyusukan) ada mommies yang upgrade Swing jadi double pump. Saya pun terus wah ni idea yang baik ni. Kalau dapat upgrade boleh jimat banyak ni. Tak yah dah berangan nak FS lagi. Tapi tapi tapi saya tak pandai nak buat tube tu. huhuhu. Kebetulan saya terjumpa dengan sorang kakak ni yang memang jual tube upgrade swing jadi double pump. So, apa tunggu lagi. Order je la. hohoho. Kalau boleh buat sendiri mesti lebih jimat.

Bila dah dapat tube tu untuk melengkapkan fungsi double pump swing saya tu saya perlu beli medela connector, breastshield, valve head n membrane. Saya beli semua tu dekat One Baby World (OBW). Saya beli jugak Hands Free Double Pumping Bra brand Simple Wishes kat OBW Tak nak beli pun tak apa . Yang penting kos semua tak semahal untuk dapatkan FS. Jimat duit.

Alhamdulillah tube yang saya beli dari akak tu berfungsi dengan baik. First time pump guna double pump sangat excited. Lebih excited bila hasil lebih dari biasa. Alhamdulillah. Sebab pump secara serentak kedua-dua belah cik b boleh stimulate cik b antara satu sama lain. Penggunaan Hands Free Double Pumping Bra memang sangat membantu. Saya boleh buat kerja lain sambil mengepam=). Senyum sampai ke telinga. Mr.Teddy pun turut senyum lebar sebab tak perlu keluar duit untuk dapatkan FS.

Hands Free Double Pumping Bra

Swingku yang dah upgrade jadi FS double pump

Monday, July 2, 2012

EJOY JR - 7 BULAN

Assalamualaikum w.b.t

Ejoy Jr dah 7 bulan. Alhamdulillah. Sekarang ni makin aktif. Sejak-sejak dah menjulur laju ni abis sepelusuk rumah nak diteroka. Sib baik r rumah kami ni sekangkang kera tak de la penat nak control dia. Tak banyak ruang yang boleh dia explore. Kalau balik rumah atuk n opah pengsan nak mengejor. Abis r rumah atuk n opah xboleh nak melawa dah. Kalau kat rumah nenek pun sama. Menjerit-jerit nenek takut terhantuk kat lantai kepala tu kalau tak berlapik. Masalahnya budak bertuah ni akan pergi gak kat lantai yang tak berlapik tu walaupun dah disediakan comforter untuk dia bergolek. Pastu pandai pulak tu nak landing kepala slow-slow je kat lantai. Bijak bijak. Nenek duk ulang cakap kat Ummi, senang ko kalau letak dalam walker. Ummi n Babah tak beli pun lagi walker. Buat masa ni rasa bukan keperluan lagi untuk ada walker.

N baru-baru ni dapat peel baru membebel. Kekadang tergelak-gelak dengar dia membebel. Ntah apa la yang dibebelkan tu. hahaha. Terutama time nak tidur n nak minum susu. Kekadang sambil minum susu tu pon duk "Emm...emmm". Yummy eh sayang. hehehe. Sangat comel awak tau tak anak oii. Puji anak sendiri nampak . Lepas case dia jatuh katil hari tu memang saya sentiasa berhati-hati sekarang ni. Apa yang diperhatikan dia makin lasak tidonye tu. Mungkin dah kena buka katil kot. Tinggal tilam. Mr.Teddy suruh ajar tidur dalam play pen dia. Tapi cam tak sampai hati je. Huhuhu.

Pastu kalau Ummi hilang dari pandangan mata confirm menangis. Kekadang ummi dah cam pencurik lak nak buat kerje. Kena menyorok. Kalau tak nampak ummi elok je main sensorang. Terpaksa la babah jadi clown tak berbayar nak bagi dia gelak n leka. Tak ada la melekat dengan Ummi je.

Terus membersar bagaikan juara k sayang. Ummi n Babah sayang awak sangat-sangat. Doa Ummi n Babah sentiasa mengiringi awak agar membesar menjadi anak yang soleh, bijak, cergas n cerdas. Amin. Semoga awak sentiasa dilindungi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan. Amin.

ELC Blossom Farm Sit Me Up Cosy

Assalamualaikum w.b.t

Masih ingat entry saya before pasal shopping online. Punya la gigih mencari ELC Blossom Sit Me Up Cosy tu through online. Siap berbulan lagi kena tipu. Rupanya kat area rumah saya ni ada satu kedai yang jual ELC ni. Kat Wafa Closet, Bndar Baru Bangi. Harga saya beli RM135.

~Sumber : Google Image~

Rupanye bendealah ni kena isi ingin. Struggle Mr.Teddy tiup. Tapi tak kembang-kembang. Saya tiup lagi la tak kembang langsung. hahaha. Kebetulan hari Sabtu tu family saya ada buat birthday celebration untuk bulan Jun tengok adik saya ade guna pump untuk pump belon. Lebih kurang cam kat bawah ni la pumpnya. So kitorang pinjam pump tu untuk pump bendealah ni.

 
~Sumber : Google Image~

Gambar tak sempat nak amik sebab ngah excited. huhuhu. Pas dah siap pump tu terus letak budak kecik Ejoy Jr. Tapi cam tak berapa nak stabil sangat la. Kena letak bantal kat lubang tengah-tengah tu. Budak ni dah la tak duduk diam. Jadi tinggi sangat. Maybe kena kurangkan sikit angin tu. Pastu cakap dah kat Mr.Teddy kena stand by beli pump  macam ni.

Sekarang ni toys Ejoy Jr. makin bertambah. Penuh dah ruang tamu Ummi dengan permainan dia. Sian Ejoy Jr, ruang tamu yang sekangkang kera tu la jadi tempat mainan dia. Tak macam orang lain yang berlomba-lomba nak menghias bilik mainan anak masing-masing. Ruang kat rumah sekarang ni terhad tuk tujuan play area khas Ejoy Jr. InsyaALLAH kalau ada rezeki lebih kat rumah sendiri nanti boleh dipertimbangkan kot play area ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...