Wednesday, June 27, 2012

Bapa dan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Semalam pas balik keje, Mr.Teddy ambil saya kat ERL then terus pergi ke Alamanda. Nak settle bil Maxis. Sorry Ejoy Jr Ummi n Babah ambil lambat sikit yerk. Jangan majuk k. Nanti Ummi upah susu. Time kitorang kat Alamanda, ramai betul pasangan yang bawa baby. Rasa yang lebih kecil dari Ejoy Jr. pun ada. Dan kebanyakannya semua si bapa yang pegang si baby tu. 

Time saya pergi SOGO pun sama. Tengok ramai bapa yang sedang malayan baby masing-masing sambil si ibu shopping. Ada sorang bro ni saya jumpa mula-mula kat floor barang-barang baby. Baby dia tengah nangis. Pastu dia pujuk-pujuk baby dia. Bila saya turun bawah nak beli baju Mr.Teddy, jumpa dia lagi. Baby dia dah tertidur pun dalam carrier sambil dia shopping. Tabik spring kat bro tu. hehehe.

Kitorang pun macam tu. Kalau pergi mana-mana samada jalan-jalan, shoping atau wedding, Mr.Teddy yang akan dukung Ejoy Jr. Kalau time shopping, Mr.Teddy dukung Ejoy Jr, saya akan shopping. hehehe. Tu la namanya kerjasama. hahaha. Kalau letak dalam stroller pun selalunya Mr.Teddy yang akan tolak stroller. Ejoy Jr akan di'pass' kepada saya time nenen. Yang tu Mr.Teddy tak boleh nak handle. hahaha. Ok tak kelakar. Bila Ejoy Jr dah tertido akan di'pass' kembali kepada Mr.Teddy. N selalunya dia akan makin lena tidur atas tilam VONO babah dia.

Semalam borak dengan Mr.Teddy pasal hal ni. Mr.Teddy cakap mak sekarang tak larat nak dukung anak Merujuk kepada anak kami yang Alhamdulillah semangat .  Saya rasa bapa-bapa sekarang lebih memahami. Maybe kalau dulu tanggungjawab untuk menjaga anak tu terletak di tangan ibu, dan bapa pula mencari rezeki. Contohnya mak saya yang seorang suri rumah menjaga 10 orang anaknya. Masing-masing dengan macam-macam kerenah, macam-macam perangai. Sekarang ibu juga turut keluar untuk mencari rezeki. Jadinya sama-sama mencari rezeki, sama-sama menjaga anak-anak, sama-sama buat kerja rumah barulah namanya kerjasama dalam rumahtangga Ok saya bukan perunding keluarga n rumahtangga  

Monday, June 25, 2012

Ejoy Jr & Abang Irfan

Assalamulaikum w.b.t

Ejoy Jr ada sebelas orang sepupu di sebelah saya. Dia cucu yang ke-12. Belah Mr.Teddy belum ada lagi. Dia yang first. Tu yang manja terlebih dengan atuk n opah dan juga mak-mak sedara dia.

Sebelum Ejoy Jr lahir, sepupu dia yang sorang ni boleh dikatakan buah hati pengarang jantung saya jugak. Geram dengan keletah dia time kecik-kecik dulu. Sangat la comel. Saya selalu gak share cite pasal die kat sini. Dekat 3 tahun la dia mempertahankan gelaran sepupu paling kecil dalam family. Ada lagi sorang sebaya, Farzana tapi Farzana jarang ada kat rumah Mak saya. Yang selalu ada dia ni la si Muhammad Irfan. Irfan dah besar skang ni. Makin banyak cakap. Makin pandai menjawab. Cara cakap dah gaya orang tua je. hahaha. Dengan tak pelatnya dia. Selalu tanya soalan-soalan susah nak jawab. Selalu tergelak tengok aksi dia. Paling tak tahan bila dia jelez dengan Ejoy Jr. Ye la orang tak ada adik. Pastu selama ni orang beri perhatian kat dia sorang je selama dekat 3 tahun. Bila Ejoy Jr balik rumah nenek haruslah jelez kan. hahaha.

Apa yang Ejoy Jr buat dia pun sama nak. Nak nenen macam Ejoy Jr.  Padahal dah berzaman tak hisap nenen Nak didodoikan macam Ejoy Jr. Suh zikir cam saya selalu zikir kat Ejoy Jr. Nak tido dalam buai macam Ejoy Jr Sampai dah melendut ke bawah cecah lantai dah buai tu . Bila orang lain layan Ejoy Jr mula la dia pun sama nak dilayan. Kelakar la Irfan ni tau. Kuat betul jeleznye tu. Camna nak ada adik ni. Tapi yang peliknye tiap kali kalau saya call rumah dia yang angkat, mesti soalan pertama dia "Afkar mana?". hehehe. Yang Ejoy Jr pun boleh tahan kemain lagi. Macam seronok pulak menyakat Abang Irfan dia. Cuba tengok gambo-gambo kat bawah ni.


~Alahai sweetnya berpegangan tangan dengan abang Irfan~

~abang Irfan senyum lebar, Ejoy Jr muka tak koser~

~Ejoy Jr. watpe kat Abang Irfan tu~

~Ejoy Jr peluk bebear yang lagi besar dari dia~

~Wah kemain menganga anak Ummi ni~

~Apa la yang Abang Irfan belek tu~

Si Bujang Pojaan Hati Saya

Lama tak share picts si bujang sorang ni. Si bujang yang dah nak menjengah 7 bulan. Si bujang yang berat dah cecah 8kg. Si bujang yang semakin aktif sampai kekadang Ummi angkat bendera putih. Si bujang yang makin kuat bebel sampai tak paham ape yang cuba disampaikan. hehee. Rindu ngan awak la si bujang sayang.


~Cubaan nak mengorat anak dara orang~

~Tu la tujuan dia. Cuba mencabut mitten Dania~

~I'm the boss. Baik punya landing atas riba babah. Perut kasi cover sket~

~Ummi nak pergi mana?~

~Ni bila dia tidur. Kemain lena~

~Suka pose senget macam ni skang~

~Ni ngigau karoke ke ape~

~Pose feveret sambil tengok TV~

~Saya baru bangun tidur~


Tidur Lasak

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend kitorang balik kampung:Slim River. Memang every weekend tak duduk rumah la. Ada je aktiviti. Minggu ni nak ke Melaka pulak ada kenduri kahwin. Ok tak nak cerita banyak pasal aktiviti weekend kitorang. Just nak update pasal ada budak tu jatuh katil semalam. Tidur makin lasak sekarang, tu yang sampai jatuh katil. Ikut sape la gamaknya. Mr.Teddy kata Ejoy Jr tido sebijik saya. Hampeh tau babah dia. Yang buruk sume follow Ummi.

Kebiasaan waktu dia bangun tidur memang si bam bam ni suka sangat bergolek. So, kalau dia dah bangun tidur tu memang kita kena la bangun sekali. Saje tak nak bagi chance ummi golek-golek lama sikit di hujung minggu tau. Paling tak saya memang akan kepung dia kaw kaw dengan bantal. So tak boleh la dia nak bergolek. Bila dia tersekat daripada nak bergolek tu dia akan marah n secara tak langsung kejutkan saya dari tidur. Dah dia tepuk-tepuk kita. Takpun tarik baju. Takpun sondol-sondol. Mahu tak bangun. Ntah semalam camne boleh jatuh pun tak tau la. Padahal babah dia dah kepung ngan bantal. Jatuh tu pulak ke arah bertentangan daripada posisi tidur dia. Maknanya dia dah bergolek tanpa disedari oleh Ummi dia. Tau-tahu terdengar bunyi Dumm...Pastu Huwaaa...

Punya la terkejut. Terus bangun n angkat dia. Time tu dia dah terlentang kat atas karpet. Pak Mentua dah tunggu depan pintu bilik nak sambut cucu dia yang nangis. Pujuk-pujuk ok senyap. Pak Mentua check condition dia tak ada bengkak kat mana-mana. Bila dah habis nangis dia pun aktif cam biasa. Feeding pun cam biasa. Alahai anak. Boleh buat gugur jantung Ummi. Tapi rasa bersalah tu tetap ada. Sebab Ummi leka. Tak jaga Ejoy Jr. betul-betul. huhuhu. Dah la kejadian di rumah mertuaku. Oh habis reputasi Ummi.
Ok parents sekalian. Sila pantau tanda-tanda berikut jika anak anda terjatuh.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan


sumber: Pakar kanak-kanak Saiful


Alhamdulillah. Ejoy Jr tak mengalami satu pun tanda-tanda yang dinyatakan di atas. Hope tak ada apa-apa la. N sekarang Ummi n Babah decide untuk ajar Ejor Jr tidur dalam play pen dia. Kalau tak berjaya nampaknya katil perlulah dicabut. Tidur atas tilam je la kita nak.

Friday, June 22, 2012

HB Mr.Teddy!!!

Assalamualaikum w.b.t

Lama kot tak update blog. Cam la busy sangat. hahaha. Baru balik kursus sebenarnya. 3 hari tak masuk office. Bila tak masuk office tu pepaham je la eh. Line 3g kat umah yang cam haremm. Kat living hall je ade coverage 3g. Dalam bilik harap maaf. Tak dak internet nak update blog. Nampak sangat ko kaki curik tulang kat office. Dang kantoi.

Nak share la cerita ni. Yang dah agak basi. Last Sunday, 17 Jun 2012 adalah birthday Mr.Teddy. Kitorang sefamily celebrate kat Secret Recipe, Bandar Baru Bangi je. Celeb la sekali ngan Fathers Day. First time Mr. Teddy celebrate as Babah to our beloved son:Ejoy Jr. yeah. Tak dan nak amik gambo. Si kenit tengah cergas. Semua nak dipegangnya. Padahal kalau kat rumah time-time tu confirm dah merengek-rengek ajak tido. Bila kat luar kemain cergas dia. N dapat perangai baru tak mo duduk dalam stroller. Ahdoyai Ummi n Babah dah belikan stroller tu. Tak nak pulak dia duduk. Duduk kejap je. Pastu dah minta angkat.

Tak de pun beli cake besar-besar. Beli 1 slice je banana chocolate. Nak makan berdua je pon. Nak open table tengah bulan pulak. Dah paras-paras hidung jerk. Birthday sape pun tak tau la kan. Order cake ikut my taste. N saya gak yang tukang pelahap cake tu dulu. Nnnnnnnnnnnn saya gak tukang abiskan cake. hoyeah. Saya la si raksasa itu.

Hadiah pun tak ada. Ye tak ada. Tu la sape suh birthday tengah bulan lagi. Hadiah postpone akhir bulan eh Dy. Tapi Mr.Teddy tak nak hadiah beli, dia request hadiah lain yang wat i touching. huhuhu. Ok xpe. Tapi my birthday still i nak hadiah tau . Oleh kerana tak ada hadiah, so si isteri ni kelam kabut wat-wat surprise konon-konon cam ada hadiah. Kotak n card pun kirim kat orang. Memang x senonoh tau. Buat ala-ala treasure hunt. Tapi tak aci sebab Mr.Teddy dapat teka semuanya dengan cepat. Nampak nau xpandai nak buat treasure hunt. Mr. Teddy pun cer la berlakon cam susah sket nak cari clue. Ni tak laju je dia dapat jawapan. APTB.

"HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY MR.TEDDY"
"SEMOGA PANJANG UMO N DILIMPAHKAN REZEKI"
"TERIMA KASIH MENJADI SUAMI N BABAH TERBAIK UNTUK I DAN ANAK bakal anak-anak. hahaha."
"I LOVE U SO MUCH" 

Monday, June 11, 2012

Orang Kita Kurang Sensitiviti?

Assalamulaikum w.b.t

Orang kita sekarang dah makin kurang sensitiviti ke erk?Mungkin terlalu mengejar perihal dunia sampai terlupa dah nak hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Wallahualam.

Ini kisah pagi tadi. Perjalanan ke pejabat. Semua orang berpusu-pusu turun ERL termasuk seorang pemuda yang sedang bertongkat. Jarak saya dengan pemuda tersebut agak jauh tapi jelas di mata saya apa yang terjadi. Pemuda tersebut menggunakan tongkatnya untuk dijadikan petunjuk perjalanannya. Tetapi tidak bermakna dia tidak memerlukan bantuan orang lain walaupun dia ditemani setia tongkatnya. Teraba-raba si pemuda dalam kegelapan menggunakan tongkatnya mencari arah. Dalam perncarian arah tu, si pemuda telah tersalah hala tuju. Tiada seorang pun menariknya untuk berada di jalan yang betul. Kemudiannya si pemuda terlanggar escalator. Barulah dia sedar yang di telah tersalah arah. Sedangkan di sekeliling pemuda tersebut waktu tu ramai orang. Tiada seorang pun yang sudi menghulurkan bantuan.

Pemuda tersebut meneruskan perjalanan. Saya bercadang untuk follow di belakang pemuda tersebut sekiranya dia memerlukan bantuan saya akan cuba untuk membantu. Masa nak keluar dari stesen ERL tiket saya tersangkut pulak. Uzur la mesin tiket ERL ni. Selalu telan tiket orang tau. Saya tertinggal agak jauh ke belakang. Bila saya dah sampai stetsen LRT, pemuda tadi dah tak ada. Saya pun fikir Alhamdulillah, ada juga hamba ALLAH yang sudi bantu pemuda tadi.

Semasa saya turun tangga LRT saya terlihat kejadian yang lebih menyayat hati. Saya terlihat pemuda tadi. Tongkatnya tersepit di pintu LRT dan ketika itu dia masih di luar LRT. Dia sedaya upaya menarik tongkatnya dan tidak melepaskan tongkatnya. LRT pun berlalu pergi bersama tongkat pemuda tadi. Terlihat di wajah pemuda tadi kerisauan yang tidak bertepi. Bagaimana nak meneruskan perjalanan tanpa teman setianya itu. Sekali lagi tiada seorang pun yang membantunya ketika itu. Saya terfikir kenapa tiada seorang pun yang mengutamakan pemuda tadi untuk masuk ke dalam LRT terlebih dahulu. Atau kenapa tiada seorang pun yang membantu untuk melepaskan tongkat pemuda tadi sebelum tersepit dengan pintu LRT.

Salah siapa orang kita makin kurang sensitiviti. Sebelum ni berhadapan dengan orang yang tidak mengutamakan OKU termasuk orang tua dan ibu mengamdung duduk dalam LRT. Kali ni hal ni pula. Sungguh menginsafkan. Sebagai kesedaran untuk diri sendiri jugak. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Cuba bayangkan kita berada di tempat si pemuda tadi. Dahla tak ada orang yang nak tolong. Tongkat si peneman setia turut di bawa pergi LRT. Fikir-fikir kan dan selamat beramal.

Baru Betul Riuh Sekampung

Assalamualaikum w.b.t

Last week balik Slim River, wedding cousin Mr.Teddy. Kitorang laki bini ni setiap kali balik kampung, tak kira Klang or Slim River macam ada satu penyakit ni tau. Penyakit pelupa bawak pampers. hahaha. Padahal tu la yang penting sekali kan. So, memang tiap kali balik kampung Ejoy Jr akan dapat pampers baru. Kali ni balik nasib baik Ummi memang ada sparekan beberapa keping pampers dalam back pack Ejoy Jr. Tu pun tuk kegunaan malam n pagi tu je la.

Time keluar rumah nak g wedding tu baru lah singgah beli. Selalu kalau g mana-mana memang akan siapkan baju spare, pampers, baby wipes, spray, napkin dalam hand bag in case kalau dia terbuang hajat ke apa. Bagpack dia tetap ada gak tapi selalu akan tinggal je dalam kete. Oleh kerana baru beli pampers time nak keluar rumah tu, so dalam hand bag Ummi tak ada la spare Ejoy Jr punya pampers. Pampers dalam kereta. Nak di jadikan cerita budak bam bam busyuk ni telah melepaskan hajat baik punya. hahaha. Nak lagi best time tu Babah dia boleh pulak missing is action. Dua-dua orang pulak tu tak bawak hand phone. Tak boleh nak call Babah.

Kebetulan ada anak sepupu Mr. Teddy kat situ, saya minta dia tolong carikan Mr.Teddy sebab Ejoy Jr dah poo poo. Semua orang ditanyanya ada nampak Mr.Teddy tak. Jadinya semua orang pun cari Mr.Teddy. Baru betul riuh sekampung Ejoy Jr poo poo. Rupanya Mr.Teddy pergi masjid. Ada cousin Mr.Teddy pergi masjid jumpa dia bagitau yang orang sume tengah duk carik dia. Kelam kabut balik. Mr.Teddy kata sepanjang dia jalan tu orang yang nampak dia sume gitau dia yang orang kat rumah tengah kecoh carik dia. hahaha. Ejoy Jr poo poo riuh sekampung. Apa la busyuk Ummi ni.


Monday, June 4, 2012

First Solid Food

Assalamualaikum w.b.t

Hari Ahad 27hb hari tu Ejoy Jr dah 6 bulan. So dah boleh makan. Yummeh. Hari Ahad Ummi n Babah bawa Ejoy Jr. g kenduri kawen kawan Ummi n Babah. So, Ummi start bagi Ejoy Jr. makan hari Isnin. Ummi siap ambil cuti lagi untuk jadi orang pertama yang suapkan Ejoy Jr. makan. Semangat betul Ummi.

Seawal pukul 7.30 pagi Ummi dah mula memasak untuk Ejoy Jr. Biarkan je dalam slow cooker. Ummi masak apa eh. Ummi masak bubur nasi. Ada yang cadangkan kat Ummi bagi first solid food puree. Tapi bila Ummi check dengan PAED yang selalu check Ejoy Jr., Dr. Afifah suggestkan bagi solid food yang berasaskan beras. So Ummi pun masakkan la bubur nasi untuk Ejoy Jr. Rajin bebenor Ummi. Ala bukan susah pun.hehehe.
Camna rupanya Ejoy Jr makan. Wah kemain budak tu. Memang sangat suka makan. PAtut r suka masuk tangan dalam mulut. Tak sempat nak amik gambo. Sebab Ummi malas nak sarung tudung. huhuhu. Bagi dia makan tengahari. Mula-mula makan excited je. Nganga je Ummi suap. Pastu Babah pulak suap. Pastu Ummi pulak. Bila-bila dah lama sikit dia dah ngantuk. Cuba nak capai mangkuk makan dia. Bila tak bagi dia mula la mengamuk. Skang dah dapat peel gitu pulak. Dia nak apa-apa kalau kita tak bagi mula melentingkan badan. Ahdoyai anak oii ikut perangai sapa tu. Terus mood lari tak nak makan dah, nak tido. Ummi pun nenkan dia terus tertido. Sedih Ummi. Excited nak bagi anak makan, anak wat perangai pulak. huhuhu. Ok la dia makan tu tapi tak habis la sebab dah mengamuk.

Esoknya Ummi bekalkan juga bubur nasi untuk Ejoy Jr. ke Nursery. Ummi siap-siap letak dalam flask.  La Gourmet lagi tu  Balik time ambil dia, akak Nursery cakap dia sangat suka makan. Siap bertambah dua kali. Sampai akak tu pulak naik takut nak bagi lagi. Takut dia kenyang sangat. Alhamdulillah anak Ummi boleh terima bubur yang Ummi masak. Next time kita try lain pulak k.

Tapi buat masa sekarang Ejoy Jr terpaksa direhatkan dari makan untuk seketika. Sebab dia batuk sekarang ni. Pergi check tak ada apa-apa. Cuma doktor advise stop sekejap, nanti bila dia dah ok sambung balik bagi makan. Tapi dia batuk bukan sebab makan ni. Before bagi makan dia dah start batuk. Saya agak maybe ebm thawed yang dibekalkan dipanaskan kejap. Sebab aritu dia dah baik batuknya. Bila bagi thawed ebm start batuk balik. Ummi n Babah terus bekalkan warmer kat nursery. Hope batuk anak Ummi cepat baik. Memang la doktor kata tak ada apa-apa, tapi sian tengok dia batuk-batuk tu. Terutama waktu pagi.huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...