Wednesday, April 25, 2012

Bila Ariani Sale!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam baru cerita nak tambah koleksi tudung Ariani, hari ni dah selamat pun membeli belah dekat Ariani. Ariani buat sale separuh harga. K.jah officemate saya pemborong tegar Ariani yang inform Ariani ada buat sale. Dia tanya nak g tak. Setelah menimbang-nimbang n minta permission Mr.Teddy. Mr.Teddy bagi green light saya pun pegila time lunch tadi. Rambang mata dibuatnya. Sebab 1st time kot masuk Ariani jumpa tudung harga RM 40 ++. Pastu tudung yang biasa harga RM 100++ semua jadi separuh harga. Mau tak berpinar mata nak memilih. So, kengkawan jangan ketinggalan dengan sale menarik ni=). Kalau tak silap sampai 30 APril. Isk rasa nak tambah lagi la tudung. huhuhu. Nanti nak ajak Mr.Teddy pulak la.

Tuesday, April 24, 2012

Kisah Tudung

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Mr.Teddy bermurah hati nak memuji wife dia pergi kerja. Padahal bese je pun. Baju kurung, tudung bawal. Dia kata hari-hari lain tu cantik juga cuma hari ni extra sweet. Alahai sweeeeeeeettnya mulut awak tu. hehehe. Bila tanya hari-hari lain tu nape. Dia kata pasal pakai tudung lilit-lilit tu. Tak berapa berkenan la tu. huhuhu. Pastu siap cakap sweet sangat sampai muka pun cam dah ikan bawal. Ches hampeh sebab kutuk tu. Buwekk=p

Ye la saya pun rasa dalam keadaan beranak kecil tak sesuwai nak melilit tudung. Tu pendapat sendiri la. Orang lain saya tak tau.Sekarang ni nak pakai tudung yang menutup dada. Bila saya pakai shawl labuh-labuh automatik jadi serabai. huhuhu. Sebab sebelum ni kalau pakai shawl akan lilit dua kali. Jadi kemas sikit. Tapi bila lilit dua kali jadi singkat pulak. So lilit je la sekali untuk jadi labuh. Rasa cam serabai lak. Daripada cara-cara nak melawa terus jadi meleweh. Tu belum masuk part Ejoy Jr tolong Ummi dia jadi tambah serabai. Nak pakai shawl kekdah Hana Tajima tak tau la pulak saya. Takut-takut kang nak lilit cam Hana Tajima, lilit punya lilit terbelit jadi cam hantu kak limah.huhuhu. Sapa nak menjawab tuh.

So, shawl yang berlambak-lambak tu boleh la simpan wat pekasam je. Nampaknya sekarang perlulah tambah koleksi tudung bawal atau tudung sarung. So, Mr.Teddy please bagi green light untuk i shopping Bawal Exclusive n Ariani yerk. hehehe.Ariani best sebab agak labuh tudungnya n awning sesuai dengan bentuk muka saya. Eh terpromote tetiba lak kat sini.


Monday, April 23, 2012

Bila Demam

Assalamualaikum w.b.t

Bila Mr. Teddy demam patah kaki dibuatnya. huhuhu. Nak-nak lagi bila si kecil pun sama gak meragam. Tak nak tidur. Kekadang nak tidurkan si Ejoy Jr senang je. Letak kat bahu dah terlentok. Kekadang berchenta gak nak tdokan. Dah segala zikir Ummi zanjikan tak tidur-tidur. Hye la anak. Dia pelik kot babah ada kat rumah tapi babah tak main pun dengan dia.

Semalam Mr.Teddy demam+muntah+cirit birit. Ha lengkap package. Sian dia lembik bebenor dah nengoknya. Sebenarnya start hari Jumaat dia dah kena cirit birit. Tapi tak ada lak demam time tu. Semalam tetiba demam panas after kami balik kenduri. Time kenduri pun dia tak makan. Tak leh masuk katanya. Satu apa pun makanan tak boleh masuk semalam. Nasi dagang yang favorite pun tak abis. Kalau makan confirm muntah balik. Memang sian la. Yang si kecil pulak nak berkepit dengan Ummi je. Letak kejap pun nangis. Sian babah dia.

Lepas maghrib tu baru lah si kecil nak tido. Memang waktu tidur dia pun time tu. Barulah dapat jengah babah. Panas betul badan Mr. Teddy time tu. Mr.Teddy jarang demam, bila demam dia jadi extra ngada-ngada sikit. Dah boleh join Ejoy Jr dah. hahaha. Tempekkan cool fever kat dahi dia. Buatkan horlick panas bagi minum. Alang tolong bawa g klinik. Mr. Teddy tak larat nak drive. Alhamdulillah si kecil tidur je sepanjang babah dia ke Klinik. Doktor kata food poisoning. Alhamdulillah tak kena warded. Kalau warded pening gak tu. huhuhu. Mr.Teddy bawa balik banyak gila ubat n dapat mc. hohoho.

Malam tu saya pulak menjangkit muntah-muntah. Tapi bukan food poisoning rasanya sebab perut masuk angin. Makan lambat. huhu. Alhamdulillah si kecil tak merengek malam tadi. Bangun nak minum susu. Tapi saya tido pun tak berapa lena sebab sakit perut. Bangun nak g kerja pun lemah sangat rasanya. Nak-nak lagi bila Mr. Teddy mc.huhuhu. Pagi tadi naik lrt sanggup ke arah Sri Petaling dulu pastu patah balik ke Titiwangsa sebab nak duduk punya pasal. hohoho. Hari ni satu hari badan lemau je rasanya kat office. Telan panadol barula ok sikit. Hope tak berlanjutan ke malam ni.

Supportive

Assalamualaikum w.b.t.

Bertuah rasanya dapat seorang suami yang supportive. Alhamdulillah. Terutama supportive dalam journey breastfeeding ni. Saya pernah baca sebelum ni kat group facebook KIM ada suami yang tak support si isteri nak bf baby. Sian kan.

Semalam kami pergi wedding kawan Mr. Teddy. Pergi dengan lagi sorang kawan Mr. Teddy. Time saya tengah makan tu dengar la dia borak dengan kawan dia tu. Borak pasal Ejoy Jr. Sekali dengar dia promote bf kat kawan dia tu. Siap cerita kebaikan bf segala. Tersenyum saya sensorang. Pastu pulak semalam ada artikel pasal bf dalam suratkhabar Mingguan. Saya tak baca paper lagi pasal tu. Sebab saya baca ambil Pancaindera dulu. hahaha. Mr. Teddy yang bagitau ada artikel pasal bf dalam paper Mingguan. Siap explain artikel tu tulis ape sebab dia tau wife dia malas nak membaca kot. hehehe. Tapi saya baca jugak tau=)

Selain dari supportive bab bf ni, Mr.Teddy gak supportive dalan bab lain. Terutama yang melibatkan penjagaan, kesihatan dan tumbesaran Ejoy Jr. Cam contoh Ejoy Jr. kan dah nak masuk 5 bulan. Pastu dia pulak sibuk nau nak masuk tangan dalam mulut dia. Kekadang sampai satu penumbuk masuk. Ada la suara-suara yang cakap, Ejoy Jr nak makan ni. Tapi kami berdua buat kering. hehehe. Mr.Teddy cakap tunggu 6 bulan. So, sekarang apa je info berkaitan pasal baby kami akan share bersama untuk kebaikan Ejoy Jr. Mr.Teddy rajin bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Tapi dia tak ada la paksa cakap mesti follow ke apa. Dia just bagitau je, kalau rasa boleh terima kami akan follow. Sharing is caring=) Semoga berkekalan sampai bila-bila sikap cam tu k dear. Amin.

Friday, April 20, 2012

Jemput-jemput Cinta

Assalamualaikum

Tajuk entry nak vouge the vass je eh. Ok sila bertenang ni bukan tajuk movie baru yang pelakonnya adalah aaron aziz k. Hehehe

Hari tu Mr.Teddy buatkan pancake a.k.a jemput-jemput. Ntah le dia kata pancake tapi saya tengok cam jemput-jemput je. Tak kisah le tu. Yang penting sedap. Hahaha.

Bentuk jemput-jemput tu comel sangat. Dalam hati terdetik gak wah jiwangnya husband aku ni. Terharu je rasa dia buat untuk saya. Hati dah berbunga-bunga nih. Sekali tunjuk kat dia. Dia macam blur-blur. Dia pun xperasan bentuk tu. Chess terus bunga menguncup balik. Hohoho. Ke saya sorang je perasan bentuk dia cam bentuk love. Ntah. Cer tengok...

Tuesday, April 17, 2012

Family Photoshoot @ Pullman Lakeside,Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t

Hari rabu lepas time cuti pertabalan agung my big family organize sesi photoshoot a.k.a family gathering bertempat di Pullman Lakeside Putrajaya. Bukan dalam Pullman la tapi kat tepi Pullman.

Best gak la tempat tu. Budak-budak leh mandi-mandi,main basikal,lari-lari,main-main pasir. Seronok anak-anak buah saya. So sape yang feeling nak mandi pantai tapi malas nak g jauh-jauh boleh la datang sini. Sebab kat sini siap ada pasir so boleh berangan mandi manda di pantai.haha.

Konsep santai je. Setiap family perlu bawa pot luck masing-masing tapi kalau bawa perut masing-masing je pun xpe gak. Saya bawa murtabak maggie=) Tema warna ikut family. Family saya pilih colour cream biru.

Kami sampai agak lambat. Program start after Asar. Kami keluar rumah dalam 5.15 campur sesat lagi dekat pukul 6 la juga sampai. Yang si kenit Ejoy Jr pulak time awal-awal orang suh tido dia lawan mata tak nak tido. Abang, adik n anak-anak buah lepak kat rumah saya before pergi tu. Ramai orang agaknye dia pun sama sibuk tak nak tido. Bila semua orang dah kuar baru dia tido. Tunggu dia bangun dulu baru leh kuar rumah.

Bila sampai isi perut dulu. Pastu baru start sesi photoshoot. Saya jadi 1st family. Nasib baik. Sebab lepas tu je Ejoy Jr selamat beradu atas bahu babah dia. Let's enjoy the picture.
~Photogroup~

~Orang bergambo dia sibuk study apa ada kat bawah tu~

~Ha baru tegak kepala~

~Alahai sukanya kena agah~

~Port landing terbaik untuk beradu~

Kami gerak balik agak lambat. Silap kitorang jugak la. Balik sampai rumah dah tengah maghrib. Time sampai rumah tu dia ok lagi. Main-main. Pastu dia tido. Tetiba time tido dia nangis. Ngigau agaknya. Pujuk-pujuk tak nak diam. Makin kejat. Badan pun naik panas. Kitorang panic la. Ejoy Jr dah lama x menangis kejat-kejat camtu. Time dalam pantang dulu selalu la. Dia kalau demam pun boleh ajak gelak lagi.

Kebetulan at the same time mak saya message tanya Ejoy Jr ok tak. Mak suruh call Alang saya yang tinggal dekat dengan saya. Bila call Alang, kakak ipar yang angkat. Rupanya diorang yang kat rumah dah call Alang siap-siap n Alang dah otw pun. Alang sampai terus ambil dia Alang urut-urut. Angin rupanya. Dah lega kena urut tu terus tertido atas bahu babah sambil mulut melopong. Pukul 12 dia menangis lagi. Kejat juga. Pujuk-pujuk senyap. Lepas tu setiap sejam dia bangun. Tapi tak ada la nangis sekejat sebelum tu. Badan still panas lagi.

Esoknya Ummi n Babah pun EL la. Bawa g klinik. Sekarang hampir setiap minggu Ejoy Jr duk ulang klinik. Sian dia. Haritu batuk. Ada kahak. Early bronchiolitis. Kali ni Alhamdulillah tinggal sikit kahak, dada tak sempit cuma tekak merah. Doc kata kalau dada sempit perlu ambil neb. Demam pun kebah dah. Ejoy Jr kembali ceria.

Moral of the story jangan bawa anak kuar rumah time Maghrib. Nak-nak lagi hari berangin. So sekarang Ejoy Jr kena kuarantin daripada sebarang aktiviti luar sampai betul-betul dah ok. Ummi pun xde aktiviti hujung minggu dah. Duk rumah je. Kalau x panjang je langkah. Ke Alamanda la, Jusco la.

Friday, April 6, 2012

Dulu & Sekarang - Penangan Si Anak

Assalamualaikum w.b.t

Penangan kehadiran buah hati kesayangan banyak dah berubah dalam hidup ni. hahaha

Dulu tidur bersepah. hahaha. Serious tak tipu. Memang tido sangat lasak. Kakak n adik saya selalu tak nak tido sebelah saya sebab confirm kena belasah. hahaha. Mak je yang tahan. Eh lupa Mr. Teddy pun tahan gak. tapi kekadang dia kejut gak suh ke tengah sikit sebab dia dah nak tergolek ke bawah. hahahaha. Sekarang tido statik. Macam mana tido camtu la bangun. Kalau beralih pun mesti dalam keadaan sedar. Kalau bersepah mau jap lagi Ejoy Jr. lak kejut "Ummi tido elok-elok boleh tak"hahaha. Ha time tu baru terkejut. Tido lasak-lasak takut terpenyek pulak Ejoy Jr. Pasni biar Ejoy Jr la pulak pegang ranking tido lasak. Sekarang gaya-gaya tu nampak dah.

Dulu liat nak bangun pagi. Pasang la alarm yang bunyi cam nak runtuh rumah pun. Memang tido tu indah. Orang lain yang bangun gara-gara alarm saya. Mr.Teddy memang pengejut yang terbaek. Sabo je dia dengan kerenah bini dia yang kuat tidur. Sekarang dah tak pasang alarm hp sebab dah ada alarm natural, Ejoy Jr. Kekadang dia tak nangis pun time bangun. Tapi saya secara automatik boleh terbangun gak. Instinct ibu yang kuat. Sekarang saya pula yang kejut Mr.Teddy.

Dulu feel biasa-biasa je tengok baby. Kecuali yang betul-betul cute je akan tarik perhatian. Sekarang tak boleh tahan tengok baby. Rasa nak geget-geget n gomol-gomol je terutama kalau yang bam bam. Yang jadi mangsa utama sekarang adalah anak sendiri, Ejoy Jr. Ejoy Jr redha je la kena gomol dengan Ummi n Babah.

Dulu memang mudah touching kalau tengok cerita sedih, video sedih. Tengok cerekarama meleleh, tengok movie meleleh. Ntah apa-apa. hahaha. Mudah benor touching nya. Sekarang extra touching terutama cerita pasal kanak-kanak. Hari tu tengok Wanita Hari Ini, pastu ada seorang ibu ni minta donation untuk anak dia. Tengok keadaan si anak dah berjurai-jurai air mata. Pastu yang kisah Faris meninggal. Sanggup godek blog Mazidul baca. Memang air mata laju je turun. Mr. Teddy jadi pelik. hahaha. Nak-nak lagi kalau baca kisah baby yang lebih kurang sebaya dengan Ejoy Jr.

Dulu baca surat khabar baca tajuk je. Kalau part hiburan baru baca secara detail.hahaha. Sekarang baca surat khabar seksyen kesihatan pun layan. Mana la tau ada kisah pasal perkembangan/kesihatan kanak-kanak kan. Pastu kalau ada berita pasal baby lagi lah wajib baca. Berita baby tersedak susu, baby yang kena bedung n tampal mulut kat nursery. Sakit-sakit yang melibatkan kanak-kanak rotavirus, HFMD n semuanya la. Kena alert tu semua.

Dulu time bujang lunch time wajibulghunnah kuar tengahari. G Sogo. Tak pun The Mall ke. Pastu bila dah sarat pregnant tak larat nak dah. Duk office. Tidur. Sekarang lunch time tengahari digunakan sebaik mungkin untuk pump=)

Saya percaya setiap ibu bapa akan mengalamai perubahan 360 darjah dalam kehidupan masing-masing. Terutama yang 1st experience macam saya. Ambil masa untuk menyesuaikan diri. Elakkan merungut. Sentiasa berfikiran positif. Enjoy pengalaman bergelar ibu n ayah=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...