Friday, March 30, 2012

Ejoy Jr. - 4 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Ada budak tu demam time bday 4bulan...last 2 weeks baru demam. Alhamdulillah xada apa-apa n semalam dah ok.

Time ambil kat nursery hari Selasa,akak tu cakap dah yang Ejoy Jr. cam xsehat. Budak-budak kat nursery pun ramai yang tak sehat. Tapi time tu rasa badan ok je. Tak ada pulak panas. Dia pun aktif cam biasa. Feeding pun ok.

Dalam pukul 3 lebih camtu dia bangun nak nyusu,rasa badan panas dah time tu. Check temperature 38. Kebetulan ada ubat demam lagi bagi la dia makan ubat. Pastu bukak baju,tinggalkan pampers je. Lap badan dia. Tampal cool fever. Dia macam biasa la. Tersengih-sengih. Ajak Ummi n Babah main dengan dia pukul 3 pagi. Alahai Ejoy. Jr.

Bangun pagi esok, ummi el n babah half day badan dah x panas tapi still bawa ke KPMC. Nak check. Dia bila jumpa Dr. Afifah memang gedik semacam. Sampai Dr. pun tanya napa excited sangat. hehehe. Dr check temperature 36. Check telinga clear. Check paru-paru clear. Tak ada kahak. Check tekak merah. huhuhu. Dr. cakap tak ada apa-apa tapi still kena berjaga-jaga juga sebab kalau melarat boleh effect kat paru-paru Dr ada sebut nama sakit tu, tapi tak ingat. Macam mana nak tau dah kena, baby batuk tak berhenti-henti lebih dari 2 hari. Alhamdulillah Ejoy Jr. tak ada batuk-batuk. Hidung je meleleh.

Dr. ada gak tanya Ejoy Jr minum susu apa. Jawab la susu badan. Dr terkejut sebab susu badan pun leh demam. Tapi bila cakap yang duk kat nursery Dr. x pelik dah. Dr cakap memang standard budak duk nursery akan mudah mengjangkit. Dah masuk 6 bulan nanti baru ok. So, Dr suggestkan Ummi makan vitamin c. Dr. bagi ubat selsema n batuk, jika perlu. Ubat demam dah ada, so Dr. x bagi. Antibiotik Dr. kata x perlu sebab Ejoy Jr. minum susu Ummi.

Ejoy Jr. plak telah mewarisi sifat Ummi yan penakut makan ubat. hohoho. Time nak bagi makan ubat cam tau-tau je, time tu la dia merengek. Bila dah bagi makan ubat tu diluahkan balik. Pandai betul. Disebabkan Ejoy Jr. 'hero' makan ubat, Dr suggestkan bagi dia sikit-sikit. Tapi mesti habis within 30 minit. Contoh dose untuk Ejoy Jr. 1.5 ml, bagi 0.5ml, biar dia main-main dulu. pastu 0.5ml lagi,bagi relax pastu 0.5 ml lagi tapi 1.5ml mesti bagi dalam tempoh 30 min.




~Pukul 3 pagi sempat buat muka comel~

~Ajak Ummi n Babah main pukul 3 pagi~

~Ke demam sebab ni...sekarang beria bebenor nak ngiring. Kekadang dah nak tertiarap sangat dah. Tangan sebelah x lepas. Pastu marah. Ummi tak nak tolong. Awak meniarap sendiri~

Wednesday, March 21, 2012

Baby Seat

Assalamualaikum w.b.t




Nak tanya pendapat kengkawan please. Ejoy Jr. sekarang dah pandai angkat badan sendiri macam nak duduk tu. Kalau kita sandarkan dia pada dada, dia tak suka mesti tolak nak bangun n duduk. Persoalannya boleh ke erk bagi dia duduk dah. Tadi borak-borak dengan my friend dia kata baby yang berumur tiga bulan lebih (umur Ejoy Jr.) belum boleh bagi duduk. Tak elok untuk pertumbuhan tulang belakang. Sebenarnya baru bercadang nak belikan Ejoy Jr. kerusi cam kat bawah ni. Tapi kalau tak boleh duduk lagi tak jadila nak belikan. So mommies yang berpengalaman apa pendapat korang yerk. Please tolong advise. Thank you.








Rahsia Pipi Gebu

Assalamulaikum w.b.t



Tadi ada meeting management kat my office. Duduk sebelah my officemate. Orang duk ber'meeting' kami duk berborak cam kat office tak leh borak . Tanya pasal perkembangan anak masing-masing. Borak punya borak dia tanya anak kau makan apa badan semangat. Saya jawab la susu badan. Dia tanya tak campur ke. Saya jawab sekarang memang tak. Fully bf. Tersenyum sensorang bila teringat. Rahsia pipi gebu n badan berketul Ejoy Jr. adalah susu ibu. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk menyusukan Ejoy Jr=)Bersyukur sangat-sangat. Semoga rezeki ini akan terus dilimpahkan. Amin.




~Rahsia pipi gebu saya adalah minum susu Ummi~

Tuesday, March 20, 2012

Trend Membaca & Menulis

Assalamualaikum w.b.t

Entry express before balik. Nak jugak update entry. hahaha=) Saya perasan sekarang trend blogwalking saya dah berubah. Kalau time bujang dulu jarang bebenor blogwalking. Kecuali blogwalking blog member-member yang kenal je. Tak pun jadi silent reader je tuk blog yang best-best. Bila update entry pun ntah apa-apa. Chewah macam la sekarang tak ntah apa-apa Pastu bila dah nak kahwin start blogwalking blog b2b cari idea-idea untuk wedding. Memang best time tu. Banyak gila idea yang segar-segar n best-best. Update entry pulak semua pasal wedding je. NNNNNNNNNNNNN now sejak bergelar ibu saya sangat suka baca blog para ibu terutama mereka yang bf. Seronok baca journey orang lain dalam bf n mendidik anak masing-masing. Selain dapat menaikkan semangat gak untuk terus bf=)

Monday, March 19, 2012

Keperluan Baby - Perlu @ Tidak

Assalamualaikum w.b.t

Si Ejoy Jr. dah nak masuk empat bulan barula Ummi sibuk nak story pasal keperluan baby. Apa lah Ummi ni. hohoho. First experience memang kita tak tau nak buat preparation apa. Saya banyak refer dengan akak-akak, akak-akak ipar, akak-akak office n mereka-mereka yang lebih berpengalaman. N diorang memang banyak membantu.


Ok la macam kebanyakan para ibu di luar sana saya pun ada check list sendiri juga sebelum shopping barang-barang untuk Ejoy Jr. Hasil cedok sana sikit, sini sikit. Dan checklist tersebut banyak membantu. Walaupun banyak barang dalam checklist tu saya tak beli pon setelah dipotong oleh Mr. Teddy. Tarik-tarik muka la gak time tu sebab tak dapat beli kan. Tapi memang betul sekali tekaan Mr.Teddy benda yang kami tak beli tu memang bukan keperluan penting pon buat masa sekarang. Thanx to Mr.Teddy.


Dalam checklist tu kitorang dah siap-siap kategorikan mana barang yang KIV, ON GOING n BEFORE bagi memudahkan nak sort barang apa yang nak beli dulu.

KIV - tak wajib beli. Tengok keadaan dan keperluan dulu.
ON GOING - beli after deliver
BEFORE - Beli before deliver


Almaklum la kitorang ni kan last minute preparation. So, nak beli semua on the spot memang makin gugur rambut Mr. Teddy.hohoho. Kitorang start beli barang time saya dah masuk 7 bulan kot. Memang lambat sesangat. Sila jangan contohi. Ok. Jom tengok saya punya check list. Ni adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Yang kat part quantity tu pon saya tak follow. hahaha. Beli ikut suka je. huhuhu



Feeding Needs





Awal-awal kitorang just beli feeding bottle 2 oz je brand Pureen(BPA Free). Bila dah nak start hantar Ejoy Jr. to nursery barulah saya belikan feeding botol MAM (5oz). Alhamdulillah dia tak menolak. Memandangkan sejak pregnant lagi saya berazam untuk fully bf Ejoy Jr. so milk container tak perlu nak beli. Warmer n sterilizer sampai la ni kami tak beli pon. Selama ni guna air panas je. Tapi maybe nak cari jugak warmer untuk dalam kereta.


Bottle rack pun tak beli. Saya keringkan botol-botol n peralatan mengepam atas tray je. Liquid cleanser saya beli brand Pureen. Memandangkan sekarang Ejoy Jr. belum makan lagi so tak ada lagi keperluan untuk beli feeding set. Nanti bila dah start makan baru nak beli. Bib saya dah belikan sebab air liur Ejoy Jr. dah start meleleh. Kekadang sampai basah baju. Comot jadinya. Bagi mengelakkan baju basah n naik ruam saya pakaikan dia bib.



Nappy Needs



Kami tak beli banyak diapers size new born. Sebab ramai dah pesan baby cepat membesar. Memang betul pon. Ejoy Jr. belum habis pantang dah tukar size. Sekarang dia dah pakai size M pun. Nappy rash cream tak beli pon. Tapi Uda saya bagi yang Irfan punya. Ni guna ikut keperluan. Saya gunakan bila celah kangkang Ejor Jr. dah start merah, saya sapu kan la. Alhamdulillah serasi setakat ni. Detergent pulak saya beli brand Pureen.

Bath & Toiletries




Untuk keperluan mandian n toiletries memang perlu beli before deliver. Kebanyakannya kami beli yang size kecil je. Satu sebab nak try dulu brand yang serasi dengan baby. Sat g beli yang besar terus dah rugi kalau tak serasi. Kedua hadiah banyak orang bagi dapat set toiletries. So, dah jimat di situ. Setakat ni toiletries Ejoy Jr. brand campur-campur. Ada Anakku, ada Johnson, ada Pureen.Macam-macam ada.

Bedding Needs


Untuk set tilam, bantal, bolster saya beli online satu set dengan Wanisashop. Untuk baby cot bercadang nak beli kemudian. Sebab saya fikir dalam pantang mesti baby tido dengan Ummi je kan. Alhamdulillah rezeqi Ejoy Jr. balik rumah Opah n Atuk dah belikan play pen. Mosquito net diperlukan bila kami balik Slim River. Tapi kalau travel mana-mana memang spare bawa in case tempat tu banyak nyamuk ke kan. Kat rumah memang tak guna.


Bouncinette tak beli, tapi kami beli buaian untuk Ejoy Jr. Sebab ada satu masa Ejoy Jr. buat perangai tak nak berletak. Nak berpegang je. Kalau dulu Ejoy Jr. tak ada buaian tak boleh tidur, sekarang dah jarang guna buaian. Asalkan kena kepit dia bawah ketiak dulu. hehehe. Comforter tak beli pon. Dia pun tidur tak berselimut.




Healthcare Needs

Baby wipes tu seeloknya beli la lebih-lebih. Beli yang dalam container n dengan yang pack-pack. Yang container guna bila kat rumah, yang pack guna bila travel. Memang guna banyak. Cotton ball ikut keperluan. Setengah orang tak guna pun. Tapi macam saya guna time bersihkan tali pusat before tanggal tu n time dia poo poo. Spray air dulu, pastu lap dengan cotton ball. Pastu guna wipes. Cotton bud saya beli dua size. Satu kecil satu besar. Yang kecil guna tuk bersihkan hidung. Yang besar guna tuk bersihkan telinga. Kekadang Ummi n Babah pun tumpang sekaki guna cotton bud Ejoy Jr.


Handkerchief elok beli lebih. Memang guna banyak. Yela baby ni kekadang muak la apa la kan. Macam Ejoy Jr. lagi la skang ni dah pandai main air liur. Abis menjejeh-jejeh air liur dia. Nail clipper memang diperlukan. Ejoy Jr. kuku dia cepat panjang. Kuat meneran gamaknya. hehehe. Memang kena potong selalu. Kalau tak abis bercalar muka. Thermometer pun perlu beli gak. Untuk check suhu badan samada demam atau tak. Nasal aspirator tak beli pun. Tak ada keperluan lagi. Grooming set Ejoy Jr. Atuk n Opah yang belikan time rambut dia lebat dulu. La ni dah botak tak ada la guna. Vicks saya beli untuk baby punya. Yang biasa punya tu tak sesuai untuk bayi. Tapi setakat ni macam tak guna pun. Minyak time awal-awal guna minyak Yu Yee. Setelah timbul bebarapa isu, tukar pakai minyak telon sekarang ni.


Wadrobe and Accessories
Part ni paling kritikal sekali. hahaha. Puas tanya orang nak beli berapa helai. Kalau beli banyak takut tak terpakai, kalau beli sikit tak cukup pulak. Ramai yang pesan jangan beli banyak yang saiz new born sebab baby cepat membesar. Ejoy Jr. sekarang dah start pakai size 6-12 months walaupun umur dia baru 3 bulan lebih. Alhamdulillah apa yang kami shopping hari tu cukup n terpakai semuanya. Campur-campur dengan hadiah orang bagi lagi. Saya banyak beli saiz 3-6 months. N last week baru shopping secara besar-besaran beli yang untuk size 6-12month pulak. Size 12-18 month pun ada yang saya beli gak.


Oleh kerana cuaca kita yang agak panas ni banyakkan la beli baju lubang-lubang n sleeveless. Kalau beli lengan panjang/seluar panjang beli yang jenis kain lembut n tak panas. Brand Anakku banyak. Brand Pigeon pun kain dia sejuk.

Saya sangat suka tengok baby pakai romper. So ada la dua tiga helai romper yang saya beli untuk Ejoy Jr. Campur dengan hadiah orang bagi jadi banyak pulak. Banyak lagi belum pakai romper. Sebab Mr. Teddy tak berapa berkenan Ejoy Jr. pakai romper. Susah kalau baby poo poo katanya. Bodysuit pun ada saya beli. Tapi Ejoy Jr. hanya pakai sekali time keluar hospital. huhuhu.


Barut elok sediakan banyak. Tapi saya beli 3 helai je dengan Tasha. Dia ada jual barut n bedung. Tasha ada bagi free satu yang corak-corak. Selebihnya Uda bagi Irfan punya. Kekadang baby poo poo terkena barut, kena tukar sekali. Mittens n booties pun beli lebih. Tapi sekarang Ejoy Jr. dah tak pakai mittens. Booties pulak dah tak muat. So saya pakaikan dia socks. Tiap kali keluar even hantar ke nursery pun saya memang akan pakaikan Ejoy Jr. topi. Kakak nursery tu pulak akan terus masuk dalam baju kotor topi Ejoy Jr. tu so memerlukan lebih gak la topi.


Travelling Needs



Part ni memang kami plan nak beli after deliver. Nak tengok keadaan Ejoy Jr. dulu samada perlu atau tidak. Takut membazir pulak beli kalau tak guna. Setakat ni semua tu memang diperlukan kecualikan baby sling/wrap. Carry basket Atuk n Opah belikan yang boleh buat tilam sekali. So, kalau travel guna yang tu je la. Stroller n car seat abang saya, Alang bermurah hati bagi yang anak dia punya. Alhamdulillah rezeqi Ejoy Jr. Ha bag pulak. Ejoy Jr. ada banyak bag. Campur-campur dengan orang bagi jadi banyak pulak. hohoho. Tapi selalu guna setakat ni dua je. Satu back pack untuk travel. Satu lagi bag untuk Nursery.


Nursing Accessories

Macam yang saya cakap sejak pregnant lagi saya berazam untuk bf Ejoy Jr. Alhamdulillah sehingga sekarang rezeqi untuk Ejoy Jr ada. Saya sentiasa bersyukur dengan rezeqi yang Allah kurniakan untuk anak saya tak kira banyak atau sikit dan semoga akan terus dilimpahkan rezeqi.


Sebelum deliver saya beli breast pump bateri Pureen. Boleh gak guna adapter. Tu je yang bersesuaian dengan budget pada waktu tu. Ikut kemampuan la kan. Takkan la nak beli gak Medela Free Style yang berharga ribuan ringgit tapi kesudahannya terpaksa ikat perut. huhuhu. Risau gak kalau beli mahal-mahal, tak ada rezeqi nak menyusukan. Mana la tau kan. Wallahualam.


Banyak jasa pump Pureen dengan saya. Saya guna time dalam pantang. Time tu tak start buat stock lagi. Saya pump untuk kosongkan cik B. Saya start buat stock bila dah balik rumah sendiri. Agak terlambat la sebenarnya. Lagi 3 minggu nak mula kerja time tu. Mr. Teddy nak belikan pump lain untuk saya since dah nak start kerja kan. Bukan Pureen tu tak bagus yek. Sampai sekarang saya guna tau kalau kat rumah. Before beli tu saya pergi try pump dulu kat Mom's little ones (MLO) Bangi. Saya try Spectra, Swing, FS n lagi satu tak ingat pump apa. Saya pilih Swing yang bersesuaian dengan budget dan keperluan. Saya beli dengan Mama Q Store.


Storage buat masa ni saya guna MLO (5oz n 2oz) dengan Autumz (5oz). Untuk Nursery saya guna MLO 2 oz. Siap-siap agihkan susu 2oz dalam setiap storage. So, akak Nursery tinggal panaskan. EBM frozen saya simpan dalam zip lock storage. Pernah guna brand Autumz, Jingle Jungle n Fiffy. Autumz tak best sangat. Jingle Jungle n Fiffy best. Tapi Jingle Jungle tak ada stock, Fiffy pulak mahal sikit. Ada kakak kat office suggestkan guna bekas dadih. So, saya dah pun beli bekas dadih.


Ice pack saya guna 3 nos brand MLO. Cooler bag pun guna MLO. Nursing bra time pregnant saya dah start pakai. Breast pad saya beli time nak start kerja. Takut leaking. Saya beli brand Pureen, Autumz n Fabulous Mom. Nipple cream tak guna. Setakat ni Alhamdulillah tak ada problem. Nipple wipes pun tak guna sebab selalu guna handkerchief untuk lap.


So, tu je la yang saya nak share. Ni berdasarkan pengalaman saya sendiri yang tak seberapa ni. hohoho.

Tuesday, March 6, 2012

Kedah Pulak

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend kami sekeluarga termasuk la si kecik, Ejor Jr. ke Kedah. Meraikan wedding best friend Mr. Teddy, Gie. Kawan baik dari umur 3 tahun Mr. Teddy cakap. Wajib la pergi kan memandangkan yang belah Gie tak boleh nak pergi sebab clash dengan keberangkatan family saya menunaikan Umrah. Korang memang best friend sejati. Tarikh nikah pon pilih nak dekat-dekat. hehehe.

Hari Jumaat pagi bergerak ke Kedah. Dalam pukul 2 lebih sampai. Memandangkan Gie nikah lepas Asar so kitorang pon check in hotel dulu. Stay kat Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah sepanjang perjalanan si kecik, Ejoy Jr. tak banyak ragam. Tidur je dia. Celik mata hisap nen sambung tidur balik. Masa Gie nikah pun ok. Malam nak keluar makan dia meragam pulak. Penat sangat agaknya. Bila dah meragam tu jawapannya kami makan KFC je la. Kebetulan KFC dekat dengan hotel. Mr. Teddy tapaukan je.

Hari Sabtu Gie sanding. Time sampai pengantin belum bersanding lagi. Kami pun menjamu selera sambil bergilir-gilir pegang Ejoy jr. Mr. Teddy ajak bergambar dengan pengantin dulu before balik. Kitorang pun masuk la dalam rumah. Sementara tunggu turn nak bergambar tu, sebab pengantin bergambar dengan family dulu, tengok-tengok si kecik ni dah terlentok kat bahu babah dia. Alahai siannya. Tidur yang lena amat. Sampai Mr.Teddy pas dia kat saya pun dia tak sedar. Kami bergambar dengan pengantin sambil Ejoy. Jr tidur. huhuhu. Aritu pun sama tau, time wedding Rina tengok-tengok dah terlentok kat bahu saya. Punya la lena tidur, tup tup masuk kereta dia boleh terjaga. Ni la cara-cara depan orang ramai. Cuba tinggal dengan Ummi n babah dia je, tak sumbat nen belum tentu nak tidur.


~Kat wedding Gie~


Lepas tu pergi ke UUM, Mr. Teddy nak tengok projek yang dia jaga dulu. Kami sempat singgah ke Pekan Rabu. Beli ikan pekasam. Ejoy Jr. senyap dalam stroller. Malam tu pulak Mr. Teddy bawa pergi makan kat kedai tak ingat nama Kopi Kampung kot. Malam tu pun nyaris-nyaris nak meragam dia. Sebab dia kan selalu tidur awal. Ni Ummi n Babah nak bawa jenjalan pulak. Mata dah ngantuk. Tapi saya cakap elok-elok kat dia, jangan nangis-nangis. Ummi tak nak makan KFC lagi malam ni. KFC KL pun ada. hehehe.



~Lepas kena pujuk suh jangan nangis. Ummi tak nak makan KFC lagi~


Hari Ahad pagi lepas breakfast terus check out. Perjalanan balik dia tak berapa nak lena sangat. Last-last saya dakap dia barulah tidur lena sampai ke Slim River. Dengan Ummi dia sekali tidur.haha. Petang tu dia mula merengek. Biasa la kan kat rumah Atuk n Opah memang tunjuk perangai 'baik' tu. hehehe. Malam pun sama. Atuk n Opah pujuk pun tak jalan. Last-last bagi nen baru senyap. Terus tidur.


~Sedap tdo dalam keter~

Hari Isnin balik ke Bangi semula. Singgah Port Klang ambil My Kid Ejoy Jr. yang dah berbulan siap. Dah alang-alang singgah ke rumah Nenek hantar ikan pekasam. Sekejap je singgah. Ummi je pon yang turun sebab Ejoy Jr. tidur. Pastu pergi check up 3 bulan dia kat KPMC. Selalu jumpa paed, tapi semalam pergi polyklinik KPMC. Doc tu x check sangat pun. Dia timbang pastu terus cucuk. Menangis jugak la kawan tu. Selalu kalau paed dia akan borak-borak. Sampai terkekek-kekek gelak. Dah la tak menjawab soalan. huhuhu. Tanya akan demam tak after inject, dia jawab kalau demam tak kan inject. Pastu saya tanya balik, dia jawab apa ntah tak ingat dah. Dia bagi ubat demam. Ahdoyai. confused. Dah lepas inject tu Ejoy Jr. meragam. Sengal kesan inject tu agaknya. Malam rasa badan dia cam dedar-dedar sikit. Bila check temperature tak demam. Alhamdulillah. Dia Layan Lawak Ke Der dengan babah. Pagi ni bangun check lagi temperature. ALhamdulillah still ok. Tapi bekal juga la kat Akak Nursery tu ubat in case Ejoy Jr. demam. Call akak nursery tadi cakap ok. Dia tengah tidur. Merengek cam biasa la nak tido n nak susu.

SURPRISE

Dear my LOVEly hubby,

Thanx a lot for the surprise. Terharu sangat. Sehingga meleleh air mata dan air hidung. hahaha. Memang betul-betul surprise hingga luar jangkaan i. Unexpected. Tak sangka my hubby ni pandai gak buat surprise=)

I tak ada apa nak bagi u. I hanya ada rasa cinta, kasih sayang yang dicurahkan untuk u sorang je. Lupa pulak u kena share dengan si hero kecik tu. hehehe. Tapi apa pun u tetap nombor satu di hati i=). Alhamdulillah kita harungi kehidupan bersama yang sungguh indah ni. Moga kebahagiaan kita berkekalan ke akhir hayat. Amin.

Monday, March 5, 2012

Happy 1st Anniversary

FOR THE MAN WHO MEANS THE WORLD TO ME


You've given the best of you and made each year so sweet. I hope u know that every day your love makes me complete. How grateful i have been to share this happy life with you - my husband, my soulmate. Happy 1st anniversary dear. Love you so much.


Sent from my iPhone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...