Tuesday, February 28, 2012
Ejoy Jr. - 3 bulan
Monday, February 27, 2012
Peringatan

Sunday, February 26, 2012
Hari Jalan-jalan
Hari Sabtu lepas adalah hari jalan-jalan Ejoy Jr. Jauh betul perjalanannya. Sian anak Ummi. Mesti penat kan. Alhamdulillah dia tak meragam. Tido banyak atas kereta je.
Tengahari follow Ummi ke kenduri kahwin kawan Ummi, Aunty Rina Salleh dekat Kg. Budaya, Taman Botani Shah Alam. First time Ejoy Jr. jumpa kawan-kawan Ummi. Dia baik je depan kawan-kawan Ummi. Tak ada nangis-nangis. Kawan-kawan ummi sume geram dengan ketembaman Ejoy Jr.. Hehehe. First time juga Ejoy Jr. naik tram. Excited je dia. Punyalah penat agaknya sampai terlentok dia atas bahu Ummi.
Lepas tu ke Klang - rumah nenek pulak. Malamnya ada family gathering Ummi kat Bagan Lalang. Pak Long nak belanja seafood. Asalnya Ummi nak pergi kedai Enjoybreastfeed kat Klang. Kedai tu dekat ngan rumah nenek. Rupanya kedai tu tutup. Dah alang-alang tu terus ke rumah nenek. Nenek tak ada rumah. Yang ada Mak Anjang n Pak Long je. Sakan Ejoy Jr. main dengan pak long. Gelak terkekek-kekek. Tunggu Pak Itam balik, gerak sekali ke rumah Mak Uda sebelum bertolak ke Bagan Lalang.
Friday, February 24, 2012
Tamat Sudah
Tamat sudah cuti 3 bulan saya. Next week sudah mula kerja. Arghhh. Tak ada semangat nak mula kerja. Berdebar pun ada. Bimbang kerja tak bergerak selama 3 bulan saya bercuti. Kalau tak bergerak maknanya siapa yang kena? Tidak lain tidak bukan saya yang kena.
Nasib baik la saya dah mula ajar Ejoy Jr. tinggal Nursery walaupun kejap-kejap. Mesti rindu kat bam bam botak bila dah start kerja. Ni cuti kat rumah boleh la ulang tengok. Kalau kat office tu apa yang diulangnya. Ulang tengok gambar je la.huhu. Jangan nakal-nakal ye sayang. Jangan nangis-nangis. Takut ummi yang lebih-lebih nangis. Masa 1st day hantar ritu, Ejoy Jr. relax saya yang meleleh-leleh air mata.
Kalau ikutkan hati nak je cuti tanpa gaji. Tapi apakan daya rezeqi perlu dicari. Dahla sekarang macam-macam kes. Seriau je dengar. Moga jauhkanlah perkara tidak diingini terjadi kat Ejoy Jr. Amin.
Sent from my iPhone
SOKONGAN
Sejak saya mengandung lagi saya berazam untuk breastfeeding anak saya. InsyaALLAH. Inspired by my sister, Uda yang bf Irfan sampai Irfan 2 thn. Moga dipermudahkan urusan saya dan dilimpahkan rezeki untuk Ejoy Jr. Amin.
Alhamdulillah suami saya juga turut memberikan sokongan padu. Terima kasih dear. Saya selalu share dengan dia info berkenaan penyusuan ibu yang saya perolehi dari Group-group FB berkaitan susu ibu . So, dia pun dapatla info bukan saya sorang je. Hehe.
Baru-baru ni Mr.Teddy belikan saya pump baru, Medela Swing n deep freezer untuk simpan susu. Before ni saya pakai pump pureen. Memandangkan saya dah nak start kerja, carilah pump baru. Terima kasih kepada pump Pureen yang dah banyak berjasa. Saya takkan lupakan jasa awak. Hehehe. Beli Medela Swing dengan Mama Q Store. RM 630 (warranty Malaysia). Setakat ni pakai Swing, memang best. Alhamdulillah rezqi untuk Ejoy Jr. Moga berkekalan. Peti ais rumah kami pulak jenis satu pintu. Peninggalan Alang. Tak muat nak simpan susu n lauk-lauk lagi. So, Mr.Teddy belikan la deep freezer kat HLK. Bolehla saya simpan stok susu n tahan lama.
Saya berterima kasih dengan Mr.Teddy yang banyak support saya. Pertahankan azam saya untuk bf bila ada yang cuba bagi FM kat Ejoy Jr. Bagi kata-kata semangat untuk saya bf Ejoy Jr.. Terima kasih sangat-sangat wahai suamiku. I love u so much.
Sent from my iPhone

Thursday, February 23, 2012
PELUPA
Lately ni saya mengalami syndrome pelupa yang kronik. Sampai risau Mr.Teddy. Mr.Teddy duk tanya la saya ok ke tak. Tapi dalam tu duk gelakkan saya gak. Dia kata baru anak sorang dah jadi pelupa.
Haritu saya lupa nak simpan balik EBM Ejoy Jr. yang dah beku. Selamat mencair la jawabnya. Sayang 5oz. Saya susun semua stok frozen EBM dalam container. Tapi stok yang saya terlupa tu tak letak dalam container lagi. Normally dah beku baru saya masuk dalam container. Selalu malam-malam akan keluarkan stok frozen EBM tuk dicairkan. Saya pun letak la stok tu kat atas meja. Kesudahannya lupa nak masuk balik.huhu. Time Mr.Teddy bersiap nak pergi kerja pagi esoknya dia yang perasan. Adoyai.
Hari ni pulak saya tertinggal kunci rumah time hantar Ejoy Jr. Terpaksa la Mr.Teddy lari balik hantar kunci. Masa hantar kunci dia dah buat muka pelik. Macam tak percaya yang saya akan tertinggal kunci kot. Huhuhu. Yang bestnya saya tak perasan pon saya tertinggal kunci. Dah sampai rumah dengan confidentnya seluk poket. Dang!!! Tak ada kunci. Kuar rumah lak sehelai sepinggang. Hp pon tak bawak. Patah balik g nursery Ejoy Jr. pinjam hp akak tu message Mr.Teddy. Sib bek kat situ tak ada kerja kosong, kalau tak boleh saya apply. Lama gak tunggu Mr.Teddy. Kebetulan dia ada kerja. Tunggu je la dah silap sendiri kan.hahaha.
Adoyai baru anak sorang kot. Dah jadi pelupa yang amat. Huhuhu.
Sent from my iPhone
Wednesday, February 15, 2012
Monday, February 6, 2012
Hairstyle
Bersiaran secara langsung dari Slim River. Tak balik-balik lagi ke. Actually dah balik ke Bangi last week. Mentua hantar. Sesaja balik Slim minggu ni. Mengubat kerinduan atuk n opah kat Ejoy Jr. Mentua bercadang nak datang rumah kami hari Jumaat tu tapi saya pulak di Klang sebab kawasan rumah kami black out. Kesian kat mentua yang nak jumpa Ejoy Jr., kami pon balik ke Slim.
Eh dah terpesong dari tajuk. Sila kembali ke pangkal jalan. Ok nak story saya telahpun selamat mengorbankan rambut yang disimpan hampir dua tahun. Hohoho. Sedih jugak la. Dah lama tak simpan rambut sepanjang ni.
Haritu pas kawen pernah bercadang nak potong tapi mak suruh simpan sebab senang nak berpantang. Dah lepas bersalin dengan izin suami saya pun korbankan la rambut ku itu. Senang sket nak urus.
Time potong rambut saya aunty yang potong tu cekak n ikat rambut. Pastu terus zasss. Terasa ringan gila kepala. Best betul. Saya suka new hairstyle ni. Mr. Teddy pon suka. Dia kata cam budak sekolah.
