Friday, January 27, 2012

Ejoy Jr. - 2 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah 27 Jan genap Ejoy Jr. 2 bulan. Alhamdulillah makin sehat anak ummi berkat susu ibu. Berketoi- ketoi dah tangan. Hehehe. Geram rasa nak geget-geget je tau. Semoga membesar dengan sihat, cergas dan cerdas ye sayang.

Dah dua bulan ni Ejoy Jr. dah kurang meragam macam awal-awal dulu. Banyak sangat dah kurangnya. Alhamdulillah. Asalkan perut kenyang, tidur cukup tak ada masalah la dia. Buat la ape je kat dia. Terutama depan orang lain memang tunjuk baik. Drama king la bujang ummi ni. Tidur malam pun dah ok. Tak ada la Ummi jadi burung hantu lagi. Haritu adala sekejap dia tak nak tido bawah. Masa tu baru dapat buai. Syok sangat gamaknya benda baru. Skang ok dah tido bawah. Mandi pun dah tak nangis. Kalau tak dialah champion. Kat pintu bilik air dah nangis. Cam tau-tau je.
Dalam 2 bulan ni dah pandai mengagah. Kalau borak dengan dia adala bunyi yang dah kuar. Mulut tu cam nak borak sangat je. Kalau orang lalu tak angkat dia, berbunyi la dia tegur suh angkat. Dah pandai senyum n gelak. Terutama dengan orang yang first time pegang dia. Tersengih memanjang. Tunjuk baik la konon. Tengok tv pun dah pandai gak. Leka je dia. Bawa dia kuar naik kereta, kalau dia x tidur dia tak nak baring. Mesti nak kena dukung berdiri pastu mata melilau tengok kereta kat luar. Senyum pun makin melebar sekarang ni walaupun agak mahal. tak betul-betul tak ada dia nak senyum. Bila ambil gambar automatik mata pandang camera. Budget model la tu.
Makin hari ada je benda baru yang dia buat. Dan saya pulak sangat excited tengok keletah dia. Indah sungguh perasaan menjadi ibu ni. Sangat-sangat indah.
Ok la saya tinggalkan la anda semua dengan gambar budak botak yang bambam ni. Last week timbang berat dah 5.2kg. Alhamdulillah. Hope exceed la 1kg naik berat time next check up.

Wednesday, January 25, 2012

Botak

Assalamualaikum w.b.t

Sehari selepas kenduri Ejoy Jr., dia dah kena cukur kepala dengan ayah mentua. No more spicky boy. Sayang gak rambut dia. Tapi bercukur lagi elok.

Mula-mula start cukur baik punya tidur. Senangla ayah buat kerja. Dah tinggal lagi sikit, boleh pulak dia terjaga. Berhenti hisap susu dulu. Bila dia dah jaga, mana nak duk diam. Sampai terluka sket kepala dia. Lama gak le nak cukur tu. Mak mentua saya kata ni 1st class punya barber. Siap leh rehat-rehat lak.hehehe

Rupa-rupanya kepala Ejoy Jr. ni banyak betul berkeping macam kelemumur tu. Before ada la nampak, tapi sket je. Pas cukur tu baru la nampak banyak rupanya. Ayah mentua sapu minyak zaitun pas cukur tu. Mak saya cakap gosok ngan hampas kelapa nak bagi hilang. Tapi ni dah tinggal sikit je.


~Before. Baik punya lena~



~In progress. Banyak kan berkeping~


~After~
~Saya Budak Botak~

Kenduri Akikah, Majlis Cukur Jambul & Naik Buai

Assalamualaikum w.b.t

Sempena cuti tahun baru cina saya tak ada ke mana-mana tapi pada 23 Januari 2012 telah berlangsung Kenduri Akikah, Cukur Jambul dan Naik Buai Ejoy Jr. bertempat di rumah Mentua, Slim River. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Meriahnya la suasana dengan ramai orang yang datang macam nak sambut menantu. Hehehe. Ada sedara-sedara yang mengusik macam Majlis Tunang. Almaklum la Ejoy Jr. cucu sulung belah keluarga suami. Tu yang sambutan meriah habis. Hehehe

Terima kasih tak terhingga kepada semua keluarga mentua.Tak lupa terima kasih juga kepada family saya yang all the way datang dari Klang. Terharu sangat. Hampir semua adik beradik saya ada.

Alhamdulillah Ejoy Jr. pun tak banyak ragam.Start dari Marhaban tu dia tidur. Risau gak kalau time cukur jambul atau naik buai dia nangis. Alhamdulillah senyap je. Orang pun duk puji-puji. Kembang la tu. Memang drama king. Bila orang dah start kurang baru la dia mula buat perangai. Pandai jaga air muka Ummi n Babah eh. Hehehe.

Saya dan suami juga buat sekali Akikah untuk Ejoy Jr. Kambing 2 ekor. Saya biasa tengok majlis cukur jambul, tapi naik buai ni adalah first time. Thanx to adik ipar saya, Atyra yang telah menghias cantik buaian Ejoy Jr. Mr.Teddy kata kalau dulu-dulu lagila guna buaian yang besar. Saya paling suka part nazam oleh group Marhaban. Sangat menyentuh hati. Syahdu habis.

Ok la tak nak cerita panjang-panjang. Just enjoy la gambar-gambar kat bawah ni yerk.

 ~Saya dah hensem~
 

~Saya dengan Ummi~
 
~Saya dengan Nenek~


~Cik Tyra dengan Opah~


~Marhaban~


~Cukur Jambul~

~Lena dalam buaian~

Monday, January 16, 2012

Ejoy Jr. @ Jusco Rawang

Assalamualaikum w.b.t

Semalam bawa Ejoy Jr. berjalan ke Jusco Rawang. Ejoy Jr. teringin nak kuar rumah. Wahaha. Padahal ummi dia yang nak berjalan. Lama sangat kot terperap kat umah. Saja nak kuar sambil-sambil beli baju Ejoy Jr. untuk kenduri Akikah nanti. Masa otw pergi baik punya tidur Ejoy Jr. Dalam air cond mau tak selesa dia tidur.

Masa turun kereta dia merengek sikit. Pastu letak dalam baby carrier tu ok la dia tengok sekeliling. Masuk dalam Jusco senyap je dia tengok lampu segala. Time makan dia merengek. Tapi masih terkawal. Hehehe. Dia ngantuk sebenarnya. Mr.Teddy makan dulu saya bagi susu. Saya makan Mr.Teddy bawa lak dia jenjalan. Ok keadaan masih terkawal.

Tibalah masa nak beli baju. Dia bagi hint dah kat Ummi n Babah dia-Ejoy Jr. nak tido la!!! Yang Mak Pak dia pulak excited bawa anak shopping 1st time. Pujuk-pujuk dia senyap. Pastu boleh pulak nak suruh member try kasut segala. Jawapannya menangis la member. Baru la Mak Pak nya kalut.hahaha.

Bawak g baby room. Baby Room kat Jusco Rawang sangat selesa. Lupa pulak nak amik gambar. Dah Ejoy Jr. menangis. Pujuk-pujuk dia, bagi nenen dia pun tido balik. Yang bestnya bila ada announcement ke apa dia senyap tau. Pastu announcement abis dia sambung nangis. Eh boleh pulak.

Pastu barula Ummi n Babah menyambung misi. Bila dia dah tido buat la apa sahaja tak dihiraukan. Nak test kasut ke apa silakan. Saya lebih sedap beradu di bahu Ummi. So, lesson of the day apa-apa sila bagi Ejoy Jr. tido dulu. Pastu nak kelek dia ke hulu ke hilir ke tak ada hal. Yang penting TIDO!!!hehehe.

Sekian je la sesi outing bersama Ummi n Babah. Dalam kereta sambung tidur. Kena panas matahari merengek. Adoyai putra lilin ke kamu Ejoy Jr. oiii. Tak sempat nak ambik gamba. Huhuhu. Tapi kira okla tu. Boleh la bawa jalan lagi pasni. Hehehe. Apa yang penting. TIDO!!! Hahaha

Monday, January 9, 2012

First Time

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni first time mandikan Ejoy Jr. Selalunya bapa mentua yang mandikan. Hari ni Ayah g pasar lama sikit. Ejoy Jr. pulak dah bangun, suh tido balik tak nak dia. Last-last fikir punya fikir mandikan la dia.

Tu pun jenuh la bape kali kuar masuk bilik air. Ejoy Jr. kalau mandi confirm jerit. Yang Ummi dia pulak tak boleh dengar dia nangis kuat-kuat. Panik. Masalahnya Ejoy Jr. belum masuk air pun, baru masuk kat pintu bilik air dah jerit. Apa kes wahai anak. Takut mandi gamaknya. Tu yang jadi bape kali kuar masuk bilik air. Alhamdulillah apa pun saya berjaya gak mandikan dia. Hehe

 
Muka lepas mandi. Macam bukan dia yang nangis kuat kejap tadi.

Saya budak hensem!!!

MERDEKA!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Nak jerit kuat-kuat Merdeka!!! Eh pehal tetiba merdeka lak ni. Ogos lambat lagi. Baru Januari. Ok jangan keliru. Sebenarnya semalam last day saya berpantang. So hari ini tiada lagi pantang-pantang. Pantang jumpa ye la kot. Hehehe

Pengalaman berpantang ok-ok je. Tak ada la stress tu tak boleh, ini tak boleh. Saya follow je apa yang boleh n tak boleh. Saya agak skema sikit bab berpantang ni. Hehehe

Saya merasa pengalaman berpantang dengan mak sendiri n mentua. Awal-awal pantang dengan Mak kat Klang. Mentua saya pulak offer nak jaga, almaklum la cucu sulung kan. Kesihatan Mak pun tak berapa mengizinkan. Sakit lutut. Sian gak tengok Mak. So, saya pun tak kisah la pantang ngan Mentua. Kebetulan ngah cuti sekolah. I follow jer la. Hehehe

Saya berpantang cara tradisional. Siap berurut, mandi air daun, bertungku, pakai bengkung, berpilis, berparam, makan rempah, minum air akar kayu, stokin pun tak tinggak. Hohoho. Tradisional betul kan.

Saya berurut dengan ada sorang makcik kat rumah Mak, Mak Cik Kutik. Saya selalu dengar adik beradik saya cakap Makcik Kutik urut sakit tapi sedap. Mula-mula nak urut cuak gak la kan. Dah la saya ni jenis tak tahan sakit. Tapi bila dah urut, sedap gila. Rasa ringan badan. Memang terbaik.

Set bersalin pulak saya order dengan kakak ipar saya. Ada rempah, pilis dan param. Mak awal-awal lagi pesan beli rempah yang jenis serbuk jangan beli jenis kapsul. Bab makan rempah ni sekali lagi saya dimomokkan dengan rasa yang tak sedap orang kata. Tapi bila saya makan, ok la boleh masuk. Tak ada rasa nak muntah ke apa. Air akar kayu baru betul-betul pahit. Pergh rasa dia mmmm... Rasa la sendiri kalau nak tau. Air akar kayu Mak mentua saya yang sediakan.

Time berpantang ni tak yah la berangan nak melawa ker ape. Tak ada bedak-bedak eh. Tempek la pilis n param tu. Hehehe. Saya suka bertungku. Rasa best. Bengkung tak suka sangat. Sebab leceh nak pintal sendiri. Bila minta tolong Mr. Teddy, dia punya ikat ketat gila. Betul-betul nak bagi bini dia kurus. Hehehe.

Bab makan lak saya tak cerewet sangat. Kalau orang kata boleh makan, saya makan. Kalau tak boleh, tak ada la saya makan.

Alhamdulillah saya berjaya mengharungi tempoh berpantang ni=). Sekarang tengah berusaha nak dapatkan berat before pregnant. Time pregnant berat naik jadi 70kg. Seminggu lepas bersalin turun jadi 56kg. Ni tak timbang tak tau la bape beratnya. So tu boleh dikira azam 2012 la...hehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, January 7, 2012

Gaya Tidur

Assalamualaikum w.b.t

Ejoy Jr. ada gaya tidur yang tersendiri tau...tak caya cuba tengok kat bawah ni






Ni gaya tidur favorite Ejoy Jr.. Dua-dua tangan angkat ke atas. Memang tak ada la maknanya nak berbedung segala. Time duduk ngan Mak ada la bedung. Tu pun tahan kejap je,pastu dia tanggalkan kena bedung balik.hoho.

Kadang-kadang tidur tongkat dagu lak.





Tidur meniarap pun dia suka gak




Comel je tengok dia tidur tau. Ummi pun rasa nak tidur sekali. Hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...