Tuesday, December 4, 2012

Breastfeeding Journey : 1 Year

Assamualaikum w.b.t
27 November Afkar genap setahun. Alhamdulillah maknanya setahun sudah perjalanan penyusuan saya. Semoga berkekalan hingga ke dua tahun. Semoga perjalanan penyusuan ini dipermudahkan. Amin. Banyak yang saya dah kongsikan permulaan perjalanan penyusuan saya di dalam entry ni dan ni.
Bila makin besar makin banyak gaya menyusu Afkar. Freestyle. hahaha. Ingat pump je ke ada freestyle. Ikut suka dia la nak menonggeng la, nak menyenget la, sambil berdiri la. Macam-macam gaya. Memang mencuit hati. Dan saya pasti moment ni la yang akan paling saya rindu. Mr.Teddy selalu tergelak bila tengok anak dia menyusu. hahaha. Dah tak ada makna nak baring setempatnya.
Part paling adventure chewah padahal orang lain lagi adventure xkecoh bila Afkar dah pandai mengasah gigi. Pergh. Memang boleh menitik air mata. Tak tau r nape dia suka sangat asah gigi dengan menggigit Cik N saya. Time first time kena memang berdesing telinga. Sakit kot. Benda yang paling saya takut dah jadi. huhuhu. Pastu saya pun carik la cara nak selesaikan. Ada yang suruh picit hidung. Alhamdulillah cara tu berkesan dengan saya. Lama-lama Afkar dah stop asah gigi. Lagi satu saya tak biasakan dia gigit jari saya ke, tangan saya ke. Mr.Teddy pun saya tak bagi biarkan. Kadang-kadang dia geram dia gigit gak kitorang. Memang kena picit hidung la. Mula-mula dulu Mr.Teddy biarkan gak bila Afkar gigit jari dia. Saya tak bagi. Nanti dia jadi terbiasa sedap menggigit.
Setelah setahun perjalanan penyusuan ni stok susu adalah naik turunnya. Daripada 3x pam sehari kat office sekarang dah jadi 2x je. huhuhu. Meeting sokmo. Terkejar-kejar gak kadang-kadang tu. Tapi saya pastikan akan pam juga. Kalau tak dapat ikut jadual sekalipun akan pam bila free. Kekadang rasa malas. Syoh jauh-jauh boleh tak rasa malas tu. Kata nak bf sampai dua tahun. huhuhu. Semangat kena kuat. Komitmen kena tinggi. Terima kasih kepada Mr.Teddy yang terus bagi sokongan dekat saya samada dari segi moral dan juga fizikal.
Alhamdulillah dengan rezeki yang masih ada untuk Afkar. Tak banyak sikit pun dah bersyukur sangat. Semoga rezeki ini akan berterusan sehingga Afkar dua tahun dan juga terus dilimpahkan untuk rezeki anak-anak yang lain juga. Semoga segala urusan saya dipermudahkan. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...