Wednesday, December 5, 2012

Afkar's 1st Birthday


Assalamulaikum w.b.t
Hari Sabtu lepas bersamaan 1 Dec 2012 kitorang buat birthday celebration Afkar. Buat kecik-kecik je. Panggil kawan-kawan n family tuk memeriahkan majlis. Buat dekat Restoran Sharifah Seksyen 7. Restoran Sharifah ni boleh dikatakan restoran favorite kitorang. Malam sebelum saya deliver kitorang sempat makan kat Restoran Sharifah dengan family saya. Kat Seksyen 7 Restoran Sharifah ni ada dua kitorang buat dekat Restoran Sharifah yang sebelah saloon rambut. Yang ni ruang dia agak besar sikit coz dia ambil dua unit kedai. So kitorang ambil the whole area yang ada aircond tu. Tak kacau orang lain dah. Ruang besar dan selesa. Catering kitorang siap sekali order. Senang cerita. Cuma part decoration kena buat sendiri n makanan yang kita bawa guna bekas sendiri. Ok la tu kan. Overall saya memang berpuas hati.
Perancangan majlis saya start sebulan sebelum. Siap checklist bagai. Tapi mula ambil tindakan rasanya 2 minggu sebelum kot. hahaha. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Nak share gambar masa majlis saya tak ada sekeping pun gambo. Busy la katakan. Tunggu dapat dari OP k nanti saya update lain. Chewah OP siap ha. Akak n abang ipar saya je pun yang jadi OP.hehehe. Saya share je la gambo yang saya ada k. Kebanyakan adalah hasil DIY. Terbawa2 time preparation wedding dulu, birthday anak pun sume nak DIY. hohoho. Tema adalah caca marba. Colouful la kira. kahkahkah.
~Badges. Siapa tulih guestbook dapat satu~


Badge ni asalnya nak letak dalam goodies. Pastu konon macam nak buat lucky draw letak nombor. Last-last letak kat meja guessbook tuk siapa yang sign boleh dapat satu. Yang pasti Ummi n Babah tak dapat pun. huhuhu. 

~Guestbook~

Guestbook di atas pun adalah DIY. Beli huruf-huruf kecil tu. Buku saya guna drawing pad yang size A4 sahaja. Pastu balut elok-elok guna kain felt. Tak perlu nak tempah dah. hehee.

~Doilies~

~Paper clips yang juga boleh dibuat as bookmark~


~Doorgifts~

Sticker tuk Doilies dan bookmark kat atas ni saya design then hantar printing. Terima kasih kepada adik-adik Ipar, La n Tyra tolong tampal kat bag. Bag tu beli banyak-banyak kat kedai hardware. Save.hehee. Asalnya nak letak raisin, party pack n note book/kipas dalam pastu Angah yang baik hati nak sponsor chocolate. Tq Angah.  Raisin malam before majlis bar Mr. Teddy pergi beli. Sebenarnya kitorang terlupa. kekeke. Ada setengah yang dapat note book n ada setengah yang dapat kipas sebab notebook tu xcukup. Borong kat GM. Party pack pun borong kat GM.

~Balang candies~


Saya google Candy Bufet semua guna bekas Kaca yang vouge d vass nak letak candies. Ai mana ada bekas-bekas tu. Tetiba dapat idea guna je la balang plastik bekas kuih raya beli. Pastu deco cantik-cantik boleh la guna as balang candies.
~Menu lable~

 Lable kat Balang n Menu saya design minta tolong Mr.Teddy printkan. Tq dear.


~Welcome Signage~

Welcome signage sama macam Guestbook. Beli huruf. Guna cardboard yang keras tu balut dengan kain felt. Easel guna yang wedding punya. Kitar semula. kekeke.

~Buffet~

 Menu untuk hari tu ada macam-macam. Yang kitorang order dengan Sharifah nasi goreng, bihun goreng, popia, cocktail, nugget, jeli kelapa, air oren + soda, buah tembikai. Yang order n bawa sendiri red velvet cupcakes (order dengan Pak Lang Mr Teddy), brownies (K.Cik sponsor), puding marble (Angah sponsor), puding caramel (K.Cik sponsor), pulut kuning (MIL sponsor), karipap (MIL sponsor), apam pisang (order dengan Angah.), cake birthday n candies.

~Decoration~

Decoration saya serah bulat-bulat dekat Adik Ipar sebab saya sampai lambat. Saya just bagitau dia idea macam mana yang saya nak untuk decoration. Uruskan pengantin eh birthday boy kat umah. Birthday boy mula-mula tak nak tido bila nak gerak baru la nak tidur. Saje je budak ucuk ashem ni. Alhamdulillah birthday boy be a good boy je sepanjang majlis. Tak meragam sangat. Sempat la tido atas bahu Babah. Upah belon helium kat tangan. Senyap dia main belon. hehehe.


~Birthday Cake~

Birthday cake so yummy. Birthday cake ni Babah Afkar yang design. Tepuk tangan sikit. Kalau harap kat Ummi design jadi lain.kekeke. Kitorang order kat Seksyen 4 Bandar Baru Bangi recommend by SIL. Memang memenuhi apa yang kitorang banyangkan. N paling penting sedap. Nyum nyum. Ayah mertua sempat gak la suap kan Afkar cake sambil Ummi terkebil-kebil tengok. hehehe. Tapi Afkar luahkan balik cake. hehee.


Birthday boy sibuk dengan belon. Nak bagi dia leka. Bila belon terlepas kecoh betul dia. hehehe. Main la dia dengan belon tu ha. Buat cam main layang-layang. Boleh la nak asalkan awak gembira tak meragam. hehehe. Ummi senang hati

~Presents. Thanx all~

Alhamdulillah banyak juga hadiah yang Afkar dapat. Kebanyakannya toys. Ada jugak baju bajan n kasut. Koleksi toys ni memang boleh buat main lama la. Birthday boy suka Ummi n Babah super duper suka. Terima kasih semua untuk hadiah-hadiah. Kitorang kuar sket-sket dulu. nanti dah boring boleh tukar toys lain pulak.

~Wish from Ummi n babah~

Last but not least ucapan Ummi n Babah untuk birthday boy. Dah dekat rumah barulah Ummi n Babah sempat tulis dalam guestbook. Yang lawak nya time nak tulih tu siap sorok-sorok lagi. Ummi tak bagi babah tengok, Babah tak bagi ummi tengok. Alahai macam la tak boleh nak tengok lain kali. kekeke.

Sekian sahaja Entry sambutan Majlis Hari Lahir yang Pertama Putra Sulung saya. Keseluruhan kitorang berpuas hati dengan semuanya. Terima kasih bebanyak yang sponsor=) Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir sama-sama memeriahkan majlis. Terima kasih kepada semua family yang banyak menolong terutama adik ipar saya La n Tyra daripada Jumaat malam bertungkus lumus tolong buat door gift and also decoration.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...