Monday, December 17, 2012

Afkar @ Goldcourse Morib

Assalamualaikum w.b.t

Sehari lepas Majlis Hari Jadi Afkar, kitorang join family saya bercuti-cuti Malaysia dekat Goldcourse Morib. Kat situ kan ada Water Theme Park. Biasa-biasa je bagi saya. Kitorang beli under promo ape ntah. Akak saya yang uruskan. Saya tak mandi sangat pun. Mr.Teddy yang layan Afkar mandi. Budak kecik tu bila jumpa air kemain lagi koooo. Tak nak naik. Siap berkuak lentang lagi. Kalah abang Irfan dia yang dah 3tahun lebih tu. isk...isk...isk...

Mula-mula mandi dekat kolam kanak-kanak. Pastu ada budak kecil perempuan agah dia. Kemain beso gelak. Terlebih peramah ni anak Ummi.

~Yeah dapat pegang air~

~Main dengan Akak baru kenal. Kemain suka akak agah dia~

~Babah layan anak bujang

Pastu join yang lain-lain mandi kat kolam orang dewasa. Dah kesejukan tapi still tak nak naik gak dia. Dah lama-lama tak nak duduk dalam pelampung. Babah pakaikan pelampung kat tangan, siap buat kuak lentang lagi. Bila dah tengok dia kesejukan sangat kitorang bawak la dia naik tapi mata still ke kolam. Abang saya lambai-lambai, dia lambai-lambai balik suruh ambil.

~Kesejukan~



~Tak nak pakai pelampung. siap kuak lentang~

~Ramai2. Baru nampak muka Ummi~

~Tak nak naik~

Malam tu kitorang makan dekat Pantai Morib. Punya la penat dia sampai tertidur atas bahu saya malam tu. hehehe. Tak berkuit-kuit. Esoknya sambung mandi lagi. Check out pukul 12. Singgah makan dekat pekan Banting pastu terus balik ke Bangi.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...