Friday, November 9, 2012

Nursing In Public...Apa Komen Anda

Assalamualaikum w.b.t

Sana sini heboh berkenaan isu Nursing in Public (NIP). Menyusukan bayi di tempat awam. Baik rancangan TV, stesen radio mahupun dunia blog. Rancangan TV tu saya tak tengok so x boleh nak komen apa yang saya sendiri tak saksikan. Stesen radio tu pun saya tak dengar. Sekali lagi tak boleh nak komen. My bad. Semua bacaan dari satu group Penyusuan Ibu. Tapi blog tu saya baca. So, boleh komen. hahaha.
 
Baca tajuk entry pun dah bikin hati panas. Belum baca kandungan lagi. Bila baca kandungan lagi la sakit hati. Apa yang saya boleh simpulkan penulis tu ada point yang cuba nak disampaikan tapi kurang penekanan kat apa yang nak disampaikan. Dia lebih merepek meraban tekankan bab lain yang sangat sungguh 'indah' bahasa penggunaan dia. Agak kasar saya kira cara penyampaian dia dalam isu sensitif seperti ni. Sorry saya bukan follower hatta tak baca sekalipun pun blog tu. Bila ada yang post link saya baca dan begitu la pandangan saya.  Mungkin dah memang camtu gaya dia menulis untuk tarik hit pengunjung blog. Tapi bagi saya dia tak perlulah nak up entry sebegitu untuk meraih hit yang boleh melukakan hati-hati ibu di luar sana.
 
Bagi saya sendiri pada awalnya memang malu untuk NIP. Untuk NIP memang memerlukan keyakinan yang tinggi disamping menggunakan pakaian yang bersesuaian (nursing cover, baju nursing, tudung labuh or baby wearing pun boleh membantu) bagi memudahkan NIP. Pertama kali bawa Afkar ke shopping mall, tak ada sebarang persediaan. Time tu Afkar baru abis pantang. Saya NIP di sebuah restoran dalam Jusco Rawang tu. Pilih tempat yang agak tersorok dan suami memainkan peranan dengan membantu cover saya. Terima kasih Mr.Teddy. Sampaikan ada promoter datang kat kami pun tak perasan yang saya sedang NIP. Pastu tengah shopping Afkar mengamuk berlari cari Nursing room. hohoho.
 
Sejak tu kalau nak pergi mana-mana saya akan pam dulu sebelum keluar rumah. Boleh tahan 4 jam. Kalau Afkar nak susu time tu saya bagi yang saya dah pam tu. Tapi sayangnya bila dah lepas 4 jam susu tak habis terpaksa buang. Kemudian saya guna pula pendekatan breastfeed Afkar sekenyang-kenyangnya siap-siap dalam kereta sebelum shopping or jalan-jalan. Pastu bila Afkar dah mula makan mudah sikit sebab boleh pancing dia dengan makanan. hehehe.
 
Terus terang saya cakap saya tak confident untuk NIP. Kalau dalam keadaan terdesak baru saya akan NIP. Setakat ni saya akan NIP time tengah makan sahaja berbekalkan baju nursing n tudung yang agak labuh. Ye la tengah makan kalau anak tetiba nangis nak susu mana la sempat nak berlari cari Nursing Room kan. Kalau setiap kedai makan WAJIB disediakan nursing room tak pe la jugak. Pernah cuba guna nursing cover tapi Afkar rimas dia akan tarik nursing cover tu. huhuhu.  So bg saya bagi saya dua medium yg saya gunskan tu sangat menbantu. Orang yang tak berada di situasi ni tak kan faham.  Percayalah tak semua ibu sewenang-wenangnya nak menyusu di khalayak ramai. Kecuali dalam keadaan yang memerlukan berbuat demikian. Harapan saya dengan isu NIP yang hangat sekarang ni pihak yang berkenaan mengambil tindakan untuk menyediakan lebih banyak nursing room di mana-mana sahaja bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan anak-anak dan juga suapaya tidak ada orang-orang seperti blogger tersebut yang 'sakit mata'. hahaha. Apa-apa pun ibu-ibu di luar sana teruskan NIP dengan berpakaian yang sesuai dan tutup apa yang patut ok=) 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...