Thursday, November 15, 2012

Awal Muharram - Setahun Yang Lalu

Assalamualaikum w.b.t

Setahun yang lalu pada 1 Muharram - tarikh bersejarah tahun Islam saya melakar sejarah untuk diri sendiri dan juga keluarga kecil saya...
Setahun yang lalu pada 1 Muharram di kala hening subuh saya sedang berjuang melahirkan putera kecil saya yang kini menjadi nyawa cinta hati saya...[entry]
Setahun yang lalu pada 1 Muharram status saya bertukar menjadi ibu kepada putera tersayang Ahmad Faris Afkar...
Ahmad Faris Afkar...
Kerna dia hidup saya berubah 360'...
Kerna dia saya sanggup berkorban apa sahaja...
Kerna dia hidup kami sekeluarga lebih bermakna...
Kerna dia hidup kami gembira...
Kerna dia kami bahagia...
Semua hanyalah kerna dia..
Dialah penyeri kala sunyi...
Dialah penghibur kala duka...
Dialah penawar segala luka...
Dialah permata berharga...
Dialah cinta hati kami..
Afkar anak kesayangan Ummi Babah...Semakin keletah perangai...Semakin panjang akal...Selamat Hari Lahir yang Pertama puteraku sayang Afkar. Semoga Ummi dan Babah terus diberi kesempatan untuk melihat Afkar membesar menjadi anak yang soleh, bijak, cerdik, terang hati, sihat tubuh badan, cergas, cemerlang dunia akhirat. Selalu dengar cakap Ummi Babah, patuh perintah agama ya sayang. Semoga Afkar sentiasa dilindungi kesihatan, keselamatan dan juga kesejahteraan.  Doa Ummi n Babah akan sentiasa mengiringi Afkar.
Genap 12 bulan usia anak kesayangan Ummi dan Babah. Sengaja memilih untuk mengingati sambutan hari lahir Afkar mengikut bulan Islam. Kerana tarikh 1 Muharram itu sendiri membawa erti yang bermakna. Tahun baru dalam bulan Islam. Permulaan status baru di tahun baru. Permulaan kehidupan dengan kehadiran orang baru di tahun baru. Satu permulaan baru yang bermakna dalam hidup saya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...