Tuesday, November 27, 2012

Afkar 1 Year Old. Happy Birthday!!!!

Assalamualaikum w.b.t

27112012 - Genap Ahmad Faris Afkar setahun. Alhamdulillah. Happy 1st birthday Afkar. Bila dah setahun ni makin macam-macam perangai. keletah, aksi yang menguji kesabaran mencuit hati Ummi n Babah. Geram je kat budak ni. Rasa nak geget-geget.

Afkar setahun masih belum boleh berjalan lagi. Berdiri lepas tangan ok tapi sangat la jarang nak buat. Dalam keadaan dia tak sedar or over excited boleh je berdiri lepas tangan. Ummi akan jadi pom pom girl untuk dia everytime dia berdiri lepas tangan. kahkahkah. Rajin gak ajar dia tateh. Bila penat dia duduk n merangkak. Lagi cepat katanya. hahaha. Tak kisah la Afkar. Ummi n Babah ok je. Just nak enjoy setiap perkembangan Afkar. Naik turun katil n sofa kemain laju. Nasib baik katil n sofa tak tinggi tapi still kena tengok juga sebab budak kecik ni kekadang ikut dan dia je nak landing. hohoho. 
Sekarang ni pantang dengar lagu mesti nak berjoget dan tepuk tangan. Pantang nampak Ummi bersiap terus hulur tangan minta angkat. Kalau tak angkat die akan berpaut kat kaki Ummi. So, Ummi akan jadi orang terakhir yang bersiap kalau nak pergi mana-mana. Dah boleh follow apa aksi yang kita buat. Lambai tangan bila orang kata bye bye. Flying kiss. Kiss dengan gaya nganga mulut macam nak makan tu. Abis berlemoih muka Ummi. hehehe. Sangat suka modified barang rumah jadi permainan dia. Jimat duit Ummi nak beli permainan awak. kahkahkah. Berjaya menanggalkan soletape yang Ummi tampal kat laci. Dia nak main laci tu so tampal la soletape kat pemegang bagi mengelakkan dia main laci. Boleh pulak di kutil perlahan-lahan soletape tu sampai tertanggal. Kalau dia main toys n nak tarik perhatian kita dengan sengaja akan jatuhkan toys dia n suruh kita kutip. Ulang banyak2 kali.

Setakat ni yang clear dia sebut mama n babah. Ummi belum lagi. huhuhu. Pantang Babah hilang dari pandangan mata. Buat muka cebik pastu "Babah...babah" Anak manja Babah ni weyh. Time nak bagi makan dah mula berebut bekas dengan dia. Nak suap sendiri padahal nak main sebenarnya. Banyak yang nak buat sendiri. Pakai spek sendiri tapi selalunya akan ke mulut n hidung.hahaha. Bila nak dibetulkan marah pulak tu. Tak bagi. Nak betulkan sendiri. Spek Ummi pun dah jadi salah satu toys dia suka tarik sampai senget benget dah spek Ummi. huhuhu. Gigi ada 8 batang dan berjaya membuatkan Ummi hampir menitik air mata bila datang perangai asah gigi dia. huhuhu.

1 comment:

  1. happy besday afkar... geram tgk pipi afkar yng montel.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...