Thursday, October 25, 2012

Persediaan Solid Food untuk Anak Tersayang

Assalamulaikum w.b.t

Jarang-jarang saya kongsi pasal solid food untuk Afkar kat sini ka. Sebab saya xde la se'vogue the vass' orang lain yang rajin nak tukar menu hari-hari. Ada beratus-ratus koleksi untuk anak. Teruk tul Ummi ni. hohoho. Balik-balik repeat menu yang sama. Sian Afkar. Saya tak nak share menu arini sebab serious saya tak ada menu yang banyak untuk dikongsi. hohoho. Seronok tengok mommies lain yang share menu yang macam-macam. Tak kisah la as long as Afkar makan je dengan apa yang saya masak. Kalau dia mula menolak mungkin saya harus fikirkan menu lain juga. hohoho. Apapun saya enjoy dengan memasak sendiri solid food untuk anak. hehee.

Arini saya nak share persediaan untuk penyediaan solid food. Perkongsian adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang masih jagung ni. Kalau ada sebarang pandangan lain boleh share . Dialu-alukan. Antara peralatan yang mommies perlu beli dalam menjayakan misi penyediaan solid food:

1) Feeding set

Saya beli dua feeding set. Satu untuk rumah satu untuk Nursery. Uda saya bagi pulak lagi satu set feeding set yang lengkap dengan penapis, kayu lenyek, pemerah buah n macam-macam la. Lebih kurang macam gambar kat bawah ni. Tapi Uda bagi saya brand lain.

Ehsan : Google Image


Feeding set yang Uda bagi ni sangat membantu sebab time awal-awal intro bubur kat Afkar saya lenyekkan bubur guna penapis n kayu lenyek tu je. Sekarang Afkar dah 10 bulan dengan enam batang gigi saya tak melenyek dah bubur dia since dia dah boleh mengunyah.

2) Bib

Afkar mula pakai bib bukan sebab nak makan je. Daripada zaman dia kuat sembur air liur lagi saya da pakaikan bib. Tak ada la comot baju. Bila dah xmenyembur stop pakai, then pakai balik time mula makan. Bib beli macam-macam brand n jenis. Tapi saya suka yang ada pelapik kat bah. belakang so kalau makanan tumpah tak tembus ke baju. Ada yang beli Ikea punya tak ada pelapik tembus kat baju sokmo. Yang tu bekal kat Nursery. Kalau jalan-jalan pakai yang ada pelapik.

3) Jug Blender

Mula-mula nak beli la jugak blender yang khas untuk makanan baby Avent ke. Pastu ada member office, K.Jah yang bagitau tak perlu. Sebab katanya guna sekejap je pun. So dia suggestkan beli jug blender yang sama model dengan blender sedia ada kat rumah. Saya pun beli jug blender sahaja untuk blend puree buah n puree sayur. Memang betul kata K.Jah sebab sekejap je guna blender tu. Since Afkar dah boelh mengunyah saya memang tak blend dah lagi. Sayur dia saya potong halus-halus.Nasib baik i mendengar kata x beli yang mahal-mahal. Jimat duit mak. hehehe.

Ehsan : Google Image
4) Slow cooker

Slow cooker sangat membantu sehingga sekarang. Sebelum tidur saya akan siap-siap masak bubur. Pagi bangun dah siap. Tak perlu nak ulang tengok. Cuma kalau nak masukkan sayur jangan overcook so elakkan masuk sayur dari malam. Nanti hilang khasiat. Selalu saya masukkan pagi sebab sayur-sayur saya memang dah siap buat stok frozen yang mana sayur-sayur tu direbus/steam sebelum dibekukan. Slow cooker saya jenis kat bawah ni. Ada switch on/off je. Yang paling kecil size dia. Senang nak bawa travel. Saya kalau g holiday mana-mana memang slamba je bawa. Kalau balik kampung x r. Guna je cara manual.


Ehsan : Google Image

5) Ice Tray bertutup dan Container

Saya akan buat siap-siap stok frozen puree buah atau sayur. Macam sekarang dah tak buat puree saya still buat stok buah/sayur/ayam simpan dalam deep freezer. Bila nak guna ambil je stok yang ada. Selalunya saya akan bekukan dalam ice tray yang bertutup. Bila dah beku dengan sempurna saya akan pindahkan ke dalam container yang bertutup. So tak perlu la nak beli ice tray banyak-banyak. Stok tu pun akan jadi cantik je bentuknya. Bentuk cube. N paling penting jangan lupa label stok-stok frozen tu macam label EBM juga. So kita sentiasa alert dengan expired date stok frozen tu. Dah banyak-banyak mesti akan terlupa eh yang ni buat bila, yang tu buat bila. Tak sempat nak snap stok frozen tuk Afkar. Sebab saya bukan jenis buat satu keje amik gambo. hahaha. Pastu nak share klat blog xde gamba. Sila marah diri sendiri.huhuhu.

6) Steamer

Kalau tak nak guna pun tak pe sebab boleh juga guna kaedah merebus. Saya guna sebab memang dah ada kat rumah hadiah kawin. Sayang pulak kalau tak guna. So, memang saya steam la sayur/buah tuk Afkar.


Ehsan : Google Image

Tu je la nak kongsi dalam persediaan Solid Food untuk baby. Bila anak dah start makan mesti akan rasa teruja nak masak. hehehe. Biar la xpandai masak pun. hehee. Saya la tu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...