Tuesday, October 9, 2012

Bila Bab Anak Memang Boleh Jadi Emo woooo

Assalamualaikum w.b.t

Panjang kau tajuk. Siapa yang emo weyh?Saya lah yang emo. hehee. Bukan la saya rasa semua ibu-ibu pun akan jadi sensetap  sensitif bila melibatkan hal anak kan. Same goes to me.

Saya tak berapa berkenan kalau ada sesetengah orang yang suka buat anak orang cam anak sendiri. Tak kira la awak tu ahli keluarga ke kawan baik ke. Tu tetap anak orang hokey. Jangan nak buat sesuka hati ikut diri sendiri. Apa-apa jadi nanti siapa nak menjawab. Ni bukan apa, baru-baru ni berkongsi cerita dengan seorang rakan yang mengalami nasib sebegitu. Kesian dia. Dia sampai dah tak tahu nak cakap apa. ALhamdulillah saya dikurniakan family n family in law yang memahami. Kalau nak bagi-bagi apa kat Afkar akan tanya saya n Mr. Teddy dulu boleh atau tak. Nak bawa Afkar jalan-jalan pun bagitau dulu. Tak buat sesuka hati la kiranya. Saya berterima kasih gak kat family n family in law yang banyak tolong jaga n tengok-tengokkan Afkar bila saya balik kampung. Nak-nak budak tu makin aktif. Tak duduk diam. N bersyukur sangat saya tak mengalami nasib seperti rakan saya tu. Kalau saya berada di tempat dia saya pun tak pasti apa yang saya akan buat. Nak tegur kecil hati. Nak komen pun tak tahu sebab tak mengalaminya. Kawan-kawan macam mana. Mungkin perlu tegas untuk kata tidak ataupun think postive je la. Hal melibatkan anak bukan perkara main-main.

Dah alang-alang berjumpa dengan rakan haritu terbuka la sekali cerita berkenaan perbandingan. Disclaimer: Bukan perbandingan di antara anak kami berdua. Tapi kawan saya tu cerita bila orang buat perbandingan pasal anak. Perbandingan di antara anak masing-masing. Anak A masa umur 9 bulan dah boleh berdiri, dah boleh ni, dah pandai tu dah pandai bla bla bla. Anak ko dah pandai apa? Oh lambat la kiranya anak ko eh. Mana tak sentap mak. Pastu cerita cam anak dia je yang lebih.hohoho. Tak salah berkongsi perkembangan anak masing-masing. Saya pun suka berkongsi. Tapi tak perlu la kot nak buat perbandingan. Setiap anak-anak bukan sama perkembangan masing-masing. Even anak pertama n kedua pun belum tentu sama. As long as tak ketinggalan dalam chart perkembangan tu tak perlu la nak dirisaukan. Kekadang annoying gak dengan orang yang camni. Anak dia je yang lebih. Anak dia je yang A. Bosan kot. Bagi saya kalau ada kekurangan dalam sesuatu mungkin dia ada kelebihan kat part yang lain. So, xyah la nak banding-bandingkan. Relax-relax sudah.
Tapi apa pun sebagai seorang ibu saya sendiri berkemungkinan akan rasa tak selesa bila orang lain sesuka hati buat anak saya macam anak diorang. Please show some respect to the parents. Kalau nak buat apa-apa tu please ask for permission. Pastu tak perlu la nak buat perbandingan antara anak masing-masing. As Ummi saya pun akan emo n sentap if situasi di atas jadi kat saya.  Anda bagaimana?

3 comments:

  1. setuju sgt.... slalo je jdk.. tp bukan empunya ank tu yg bndgkan..tapi org lain... lagi la bengang kan....

    ReplyDelete
  2. antara adik beradik pon tak boleh dibanding2kan..inikan pulak ngan anak orang kan...

    ReplyDelete
  3. Liza~tu r...kekadang orang lain yang lebih...

    Aty~betul...betul..betul...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...