Thursday, October 25, 2012

Afkar@ Aunty La's Convo Day

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga berada di Melaka. Adik Ipar saya convo kat UTEM. Awal-awal plan kami akan bergerak dari Bangi pagi-pagi Sabtu tu. Mr.Teddy tetiba ubah plan. Ajak pergi hari Jumaat malam. Nasib baik ada hotel lagi tau. Kitorang stay kat Puteri Resort. Dekat dengan UTEM.

Bila dah convo tu pepaham je la kan. Lama tu nak tunggu. Alhamdulillah si kenit xbanyak ragam. Ragam xnak tido time kat convo tu ada la. Jenuh nak tidokan dia. Tak maunya dia tido. Nak ajak main je. Jumpa lak gang yang elbih kurang sebaya lagi la suka dia dapat main sekali. Lagipun dah puas tido dalam kereta before tu kot. Sebelum ke konvo kitorang dah siap-siap lunch n bagi dak kecik ni lunch gak. Bila dah kenyang, cukup tido baru senang hati.
Sampai-sampai kitorang round ke Pesta Konvo dulu. PIL dah pergi ke dewan dulu dengan lagi sorang SIL. Dapat 3 pas so 3 orang la boleh masuk. Kitorang n lagi sorang SIL berpeleseran kat luar. Pesta Konvo biasa-biasa je. Tak de la segrand Pesta Konvo UTM. Opps. Sorry. Pesta Convo UTM serius terbaek. Pendapat bias dari seorang ex-UTM Pang sedas. Afkar kitorang letak dalam stroller. Tak ada beli apapun. Beli bouquet untuk SIL yang grad je. Pastu kitang menuju ke dewan.
Nak duduk kat foyer dewan. Ada aircond. Sejuk wooo. Afkar sure lena tidur ni. Tapi apa kan daya. Siapalah kami ni. chewah. Tak boleh hokey. Silalah tuan puan membawa kaki ke khemah yang disediakan. Mr.Teddy la confident je nak masuk dalam tu. Kalau boleh lepak dalam tu dah tentu-tentu ramai orang kat dalam tu kan. Tak ada la orang nak bersidai kat luar dewan. Kat luar pun ok la. Khemah banyak disediakan. Ingat nak duduk dekat bawah khemah yang ada screen tapi dah penuh. So lepak kat bawah khemah yang xde screen. Cari port baek punya bawah kipas. Bergolek la si kenit tu kat situ. Dia apa kira. Ikut dia je nak golek la, nak tonggeng la, nak merangkak la, nak ajuk orang la. Suma nak la. hahaha. Memang suara Ummi dia seorang je yang terpekik kat situ. Ada budak sebaya dia nangis, dia boleh ajuk dak tu nangis dengan membuat muka slumber. Adoyai anak Ummi ni.
Bila nak tdokan bawa la masuk surau. Dia boleh main selak-selak tudung pulak. Malu la Ummi nak oii. Bila kita buat-buat marah dia boleh senyum-senyum. Geget nak. Dah hujung-hujung tu baru dia nak tido. Tu pon dah nak habis majlis. Orang semua dah kuar. Ngamuk jap kena kejut. Babah pujuk senyap. Sesi bergambar kat tepi khemah n depan dewan. Panas lak time tu. Tapi dak kecik yang dah ngantuk ni dia belasah tido tengah-tengah panas tu. Ummi risau je dia demam. Ye la dah r tido kejap-kejap. Pastu berpanas semua. Pakaikan topi ditariknya. Nasib baik ada payung. 
Memang tepat ramalam Ummi. Dia demam hari Isnin malam. Pukul 2.30 pagi kitorang ke Annur. Kena masuk ubat montot n lap badan. Kena monitor sampai suhu dia turun apstu baru boleh balik. Adik yang tolong lap badan Afkar tu cakap next time kalau demam lap/mandikan dengan air suam. Yang sama dengan suhu badan dia. Kalau bagi mandi air paip suhu akan turun kejap then akan naik semula lebih tinggi. Baru la tau selama ni kalau Afkar demam memang selamba je mandikan air paip. Sian anak Ummi. Selasa Ummi EL jaga anak. 
Ok malas nak cerita panjang Padahal memang dah panjang pon cerita. Tapi silalah enjoy the gambar ok. Tengok la aksi dak kecik yang makin panjang akal tu. Buat semua orang geram je.

~Muka boring layan Ummi yang duk ajak posing je. Hasilnya anak buat muka troll bila Ummi beria posing~
 
~Bz woo. Bisnes juta-juta ni~

~On your mark get set go. Ketepi-ketepi ~

~So anak babah:Dua-dua gelak besar~

~With Aunty La. Muka dah ngantuk.~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...