Monday, September 10, 2012

Kecemasan : Bila ice Pack Tiada...


Assalamulaikum w.b.t

Kejadian ni berlaku dalam minggu lepas. Dimana saya terlupa nak masukkan ice pack dalam deep freezer. Akibatnya ice pack pun mencair. Kebiasaannya balik dari pejabat samada saya atau Mr.Teddy akan simpan susu hasil perahan kat pejabat di dalam peti ais dan juga simpan ice pack di dalam deep freezer. Ntah kenapa hari tu saya boleh tak simpan ice pack dalam deep freezer.

Pagi-pagi sebelum ke pajabat akan masukkan botol-botol dan ice pack dalam cooler bag. Mula-mula cari ice pack dalam deep freezer. Eh tak ada. Ah sudah mana pulak perginya ni. Tengok-tengok ice pack masih dalam cooler bag. Sah-sah dah cair. huhuhu. Tak pe la nanti sampai office la terus masuk dalam freezer kat office.

Bila sampai office lagi sekali terlupa nak simpan terus ice pack dalam freezer. Masukkan ice pack dalam freezer after first pumping session kat office. Time tu pukul 10. Bila tiba time nak balik, saya akan kemas bag pam pukul 5.00. Tengok-tengok ice pack tak beku pun. Beku sikit je. Masih dalam keadaan gel. Panik attack. hahaha. Camno nak buat ni ha. Perjalanan balik naik train plus traffic jams semua mau makan satu jam setengah. Confirm susu tak boleh maintain sejuk dengan keadaan ice pack camtu.

Fikir punya fikir. Bling dapat idea. Beli ais cube kat cafe bawah.akak cafe bagi free je ice tu tapi bahagikan ice cube tu dalam 3 bungkus camtu. Sumbat la ice cube dalam cooler bag sepadat-padatnya, jangan keluarkan dari plastik. Saya padatkan dengan ice pack yang still caior tu. Kalau ada towel kecil or surat khabar ok jugak. Sat g mencair, mengalir lak air dari cooler bag. Orang tertanya-tanya air ape tu. hahaha. Alhamdulillah susu maintain sejuk bila sampai ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...