Thursday, September 27, 2012

FB oh FB

Assalamualaikum w.b.t

Disclaimer : Saja nak update pasal ni. Jangan ambil hati ok sapa yang terasa. Minta maaf siap-siap. peace=)

Sekarang ni saya percaya kebanyakan orang ada akaun FB. Walaupun sekarang ramai yang lebih 'in' dengan Instagram termasuk saya . Tapi BB user tak ada instagram. hahaha. gelak jahat. Saya start join FB 2008 kalau tak silap. Time sambung master kat UTM. Sebelum tu social networking yang saya ada macam-macam Friendster r, High5 r, Myspace r. Paling aktif Friendster. Bila FB dah ada bubye Friendster. hahaha. Pastu yang lain-lain terus xaktif. Aktif FB je sampai skang n start berkecimpung dengan Instagram lak.

Start tahun ni kan FB dah tukar kepada timeline. Lucu tak hengat bila baca status diri sendiri lama-lama. hahaha. Malu giler. Semua benda pun nak update kat FB. Happy la, marah la, bengang la. Time tu kalau tak FB sehari cam tak lengkap je hidup. Ntahapa-apantah Pastu terjebak main game kat FB. Bercucuk tanam bagai. Leka betul la. hahaha.

Makin lama guna FB makin kurang update status. Tak caya g check status FB saya. hehee. Tak tau nak update status apa sebenarnya. Saya jadi tak tau sebab apa tau. Bila saya baca status kengkawan saya terdetik dalam hati "Takkan la benda ni pun ko nak cerita kat FB kot".Pastu gelak sorang-sorang. padahal suatu ketika dulu saya pun pernah jadi macam tu. hahaha. Gelak kat diri sendiri. Sila jangan ambil hati. Apapun fb account tu korang punya so sukati korang la nak update ape kan. Sibuk-sibuk lak den ni.

Kadang-kadang bila nak update something saya mesti terdetik tak perlu kot, simpan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja. Nanti orang kata menunjuk lak Saya fikir benda yang sama . Bila semua ko nak update apa yang tinggal privacy untuk diri sendiri. Pastu kekadang saya terfikir gak mana la tahu ada yang x berapa senang dengan life kita buat benda yang tak elok. Wah budget retis ke ko. Eh tidak. Mana la tahu kan. Hati orang. Sejak tu saya sentiasa mengingatkan diri sendiri tak keterlaluan dalam update apa-apa kat FB. Biar biasa-biasa je. Dekat Fb sekarang banyak saya upload gambar si kecil je. Mana la tahu tetiba handphone buat hal ke, pc problem ke. Adalah back up gak kan. Ni bukan la bermakna saya jelez dengan any updates korang tapi ni pandangan ikhlas dari saya seorang yang pernah buat benda yang sama dulu kala. Tapi kalau nak share kat blog xde hal. Sila lah saya suka baca. hahaha.

Pastu yang case update status fb emo-emo. Boleh buat gaduh woo bila dah tersalah faham. Kita tak tau status tu dituju kepada siapa. General je statement orang tu update kat fb secara berkias. Tak ada mention nama sesiapa. Siapa yang makan cili terasa pedas. Tetiba ada yang terasa. Padahal bukan tuju kat dia pun. Dah bermasam muka pulak. Dah tak bertegur sapa pulak. Dulu ni pun saya buat jugak masa muda mudi Wah macam dah tua benau je ko eh . Share kat blog je la eh. Pastu jangan kecoh2 ko ada blog. So lantak le nak kutuk sape pun. Tak ada yang kecil hati. Unless kalau memang sengaja nak bagi orang terasa dengan statement ko.hehee.

Tu satu kisah pasal update status. Yang ni lagi satu benda dengan fb yang buat saya rimas. Kengkawan lama tetiba add ko balik pastu penuhkan wall ko dengan promosi produk perniagaan. What the????Annoying tau tak tuan2 puan2. Ni siap tag2 gambar. Lenguh kot nak remove tag. Orang buka fb nak tengok gambar kita, gambar anak kita PERAhSANtan betul. Pang laju-laju ni buka fb penuh produk pelangsingan je. hahaha. Tak yah la gigih nau nak add kawan2 lama semata-mata nak promote perniagaan. Kekadang ntah sape pun yang ko add. Saya memang menapis setiap friend request. Tak adala sewenang-wenang nak approve je. Memang daku remove la orang-orang yang add nak promote barang. Unfriend terus. Puas hati. kahkahkah

2 comments:

  1. setuju dengan entri ni...bila ada timeline..saya baca balik status lama-lama rasa malu dengan diri sendiri..kenapala aku tulis mcm ni

    bila tengok status org lain pulak kdg2 tu terpikir..ni pun nak tulis ke?heheheh

    tapi tulah, fb diorang..kita takde hak..kalau annoying sgt, mmg saya hide atau remove terus..

    cuma part upload gambar baby tu kdg2 mmg nampak cute, cuma kadang2 kita tak perasan ada orang yg belum dikurniakan zuriat akan terasa hati..tu pun kena beringat, apapun kena bersederhana..sekadar berkongsi pendapat

    ReplyDelete
  2. thanx for sharing. Agreed. Apapun perlu besederhana=)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...