Thursday, September 13, 2012

Bekalan EBM to Nursery/Pengasuh

Assalamualaikum w.b.t

Tergerak nak buat entry berkenaan bekalan EBM untuk ke Nursery atau pengasuh sebab baru-baru ni ada kawan saya, Deck yang bertanya. Saya bukan pakar laktasi ye. Ambil kursus pun idak. Ni berdasarkan yang saya baca, bertanya dengan mereka yang berpengalaman n pengalaman saya sendiri. Deck dah start masuk kerja after bercuti 3 bulan. Bestnyer Deck. Eleh cam la ko dulu x cuti 3 bulan eh. Nak jeles2 pulak.


Saya ada sedikit masalah untuk menganggar sehari Afkar minum berapa oz EBM sehari sebab saya tak praktikkan dia minum botol sepanjang hari ketika saya masih bercuti. Masa dekat rumah mertua tu la ajar dia guna botol tapi bukan sepanjang hari. Time malam bila saya tidur n mil/fil tolong jaga Afkar tu je la dia minum botol. So awal-awal pun saya ada persoalan ni.

Saya baca dalam buku Panduan Penyusuan Ibu Berkerjaya boleh jadikan 1kg berat baby = 5oz sebagai asas. Saya juga turut post di group FB Kump. Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kuala Lumpur dan Putrajaya berkenaan kemusykilan saya ni. Berikut adalah jawapan yang saya terima.



Berdasarkan jawapan yang saya perolehi seperti di atas, saya mula bekalkan Afkar 2oz setiap botol. Untuk percubaan saya hantar Afkar awal seminggu ke nursery. Selain untuk tengok dia serasi atau tidak saya juga nak pantau sehari dia minum berapa oz. Hari pertama di Nursery saya bekalkan 5botol x 2 oz = 10oz dari pukul 9pagi - 5 petang. Berdasarkan prinsip 1kg = 5oz, berat Afkar ketika itu anggaran dalam 6kg kalau tak silap. 6kgx5oz = 30 oz/24hrs = 1.25oz/hrs x 8hrs = 10oz. Bila saya mula start kerja saya bekalkan 8botol x 2oz = 16oz dari pukul 6.30 pagi - 7.00 petang. Kebiasaan ada berbaki satu botol. Apabila Afkar menginjak 5 bulan die mula minum 20 oz. Bila masuk 7bulan, kuantiti Afkar minum berkurang jadi 18oz. Dan sekarang dia minum 16 oz sehari di Nursery. Oleh sebab dia dah mula makan saya tak risau dengan kuantiti yang menyusut tu as long as berat naik macam biasa n buang air seperti biasa. Ada seseorang pernah berpesan dengan saya " Utk bjaya dlm bf, jgn risau tanpa sbb, if ank ok, x meragam x sakit, ok jek". Time tu saya tanya xpe ke Afkar minum sikit.

Ok dalam jumlah yang saya bekalkan tu berapa pulak chilled EBM dan berapa pulak frozen EBM.  Pada awalnya saya bekalkan kesemua chilled EBM. Pastu terfikir juga kalau bagi chilled, bila pulak nak gerak yang frozen. Saya baca dalam Buku Panduan Penyusuan Ibu Berkerjaya mengatakan bekalkan chilled EBM lebih daripada frozen EBM memandangkan frozen EBM telah mengalami kehilangan antibodi semasa proses pembekuan. Walaubagaimanapun still berkhasiat.

Apa yang saya buat selama ni, saya bekalkan 8/10 botol EBM kepada pengasuh. Saya labelkan mengikut nombor 1-8/10 seperti berikut:-


Botol 1: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 2: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 3: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 4: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 5: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 6: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 7: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)
Botol 8: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di bah chiller peti ais di pejabat, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller perti ais di rumah)

Botol pertama saya bekalkan yang chilled EBM. Biarlah Afkar mulakan hari dia di Nursery dengan EBM yang fresh. Memandangkan frozen EBM ni ada lain sikit dari segi rasa n bau. Tapi bukan bau basi ye. Botol ke-2-4 fozen yang telah siap-siap dicairkan. Nursery tinggal panaskan sahaja dalam warmer. Tak letak sebagai nombor akhir sebab frozen EBm yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam dan tak boleh dibekukan semula. Botol 5-8/10 chilled EBM. Sekiranya tak habis, baki EBM tersebut saya akan terus masuk dalam deep freezer untuk dibekukan. Di waktu tertentu seperti Afkar tak sihat batuk atau demam saya akan bekalkan semua chilled EBM.
Sekian sahaja perkongsian saya. Betulkan saya jika ada sebarang kesilapan dalam pengedalian EBM. Mungkin anda ada cara yang berbeza. Jom share. Sharing is caring.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...