Monday, August 13, 2012

Sabtu yang Penuh

Assalamulaikum w.b.t

Kurang daripada seminggu kita bakal menyambut Syawal. Disebabkan hujung minggu lepas adalah hujung minggu terakhir sebelum raya. Tolak Sabtu minggu ni la. Tak lalu kot nak shopping hari terakhir Ramadhan. hohoho. Semua pun nak buat hari Sabtu tu. Sebab Ahad Mr.Teddy kerja. Sepatutnya hari Sabtu pun Mr.Teddy kerja tapi bawa Afkar pergi cucuk EL la terus.

Pukul 9 lebih keluar rumah bawa Afkar pergi KPMC nak cucuk pneumococcal 2nd dose. Time sampai dah ramai orang. Sume nak kejar check up anak before raya kot. Siap-siap tidokan Afkar dulu sat g ngamuk-ngamuk lak dia kalau lama sangat kena tunggu. Tu pun payah dia nak tido sebab ada baby lain dalam nursing room tu. Dia kan bz body sikit sambil nen boleh pulak nak p intai orang sebelah. Apada ini budak kecik.hehehe. Lama jugak la dia tidur nak tunggu sampai turn dia. Dah masuk bilik doktor pun tido lagi. Sampai kene kejut. Tengok Dr. Afifah terus sengih-sengih. Minat nau dengan Dr. Afifah. Timbang dah 8.7 kg. Dr.Afifah interview pasal perkembangan Afkar. Doktor check dia. Doktor cakap semua ok. Berat naik ok. Perkembangan mental n fizikal ok. Pastu doktor tanya pasal makan camna pulak. Doktor cakap dah boleh nak campur ikan or ayam dalam bubur Afkar. Doktor cadangkan kalau boleh pilih ikan putih seperti ikan merah atau tenggiri. Buat sup. Sebab kalau rebus je takut hanyir.So, makin bertambah la menu makanan Afkar. Time cucuk pulak Mr.Teddy pegang. Doktor suruh pegang macam bawa g shopping. Afkar hero Ummi ni tak nagis pun kena cucuk. Alhamdulillah. Relax je dia. Ummi lak pelik. hehehe. Tanya juga doktor akan demam tak. Doktor kata selalu 2nd dose ok. If first dose ok, insyaALLAH 2nd dose pun ok.
~Saya hero Ummi n Babah yang sihat dan kuat~


Dah siap cucuk semua tu dah dekat pukul 11 lebih. Dah alang-alang tu saya pujuk Mr.Teddy EL. So, plan nak pergi ambil baju kat tailor. Tailor dah call baju dah siap. Boleh la ak pergi singgah tukar sampin Afkar jap. Aritu beli sampin untuk dia time baby ekspo terbesar pulak. Nasib baik kedai kat Bdr baru Bangi je bolehla pergi tukar. Daripada KPMC ke Seksyen 5, tukar sampin Afkar pastu ke Seksyen 9 ambil baju kat tailor. Baju raya dah siap. Boleh raya. hahaha. Afkar tidur je dalam kete. Time turun tukar sampin tu dia terjaga. Pastu naik kete sambung balik tido. Time ambil baju kat tailor, Mr.Teddy sorang turun.
 ~Melopong tido atas bahu Ummi~

Lepas tu ke Putrajaya pulak. Mr.Teddy kena pergi site juga antar barang. Pastu Mr.Teddy tanya nak shopping kat mana. Alamanda atau Jusco Cheras Selatan. Saya pilih Jusco Cheras Selatan. Sebab dah biasa kat situ kot. Sampai Jusco baru dia bangun. Lama juga dak kecik ni tido. Kat Jusco sampai-sampai terus cari barang nak bagi dia makan. Sebab tak plan nak shopping so tak sempat nak prepare bekal apa-apa untuk Afkar. Bila si kecil kenyang perut, cukup tido senang la Ummi n babah nak bershopping. Lama gak kitorang kat Jusco. Dekat 3 jam. Nasib baik la Afkar tak meragam sangat. Dah last-last tu la merengek sikit. Dah mengantuk. Tu pun jenuh jugak la kejap berdokong kejap masuk dalam stroller. Budak kecil ni ada perangai kalau naik stroller kena bergerak. Kalau duduk statik je memang la nangis. So, sambil babah memilih-milih baju n seluar Ummi pun tolak stroller dia. Dah boring dia nangis suruh dukung.

 ~Saya teman babah shopping~

Dah siap shopping balik rumah. Bagi bos kecil rehat puas-puas. Sebab pastu nak keluar balik berbuka puasa kat luar. Dengan Ummi n Babah sekali tidur. hahaha. Dah cukup rehat semua dalam 6 lebih tu keluar balik. Pegi berbuka kat Palm Garden IOI Resort. Variety of food la gak. Tapi bos kecil buat perangai. Nak tido. Dia memang la kalau time orang berbuka time tu la dia nak tido. Bawa g SUrau nak tidokan dia tapi yang hado dia nak tido. Bila berbuka kat luar memang kitorang kena bergilir la melayan bos kecik. Sebab time tido dia adalah pas waktu maghrib tu. Camno nak tukar eh bagi dia tido lewat sikit ke. huhuhu.

Penuh hari Sabtu kami sekeluarga. Sepatutnya plan nak buat hari Ahad ditukar ke hari Sabtu. So, hari Ahad Mr.Teddy boleh membanting tulang. hehehe. Padahal hari Sabtu tu saya plan nak mengemas rumah. Last-last kemas rumah hari Ahad time Mr.Teddy kerja.

4 comments:

  1. Ya Allah... labuhnyer pp Afkar.... comey banget

    ReplyDelete
  2. hahaha...memang labuh pipi dia...tu yang sedap gomol...hehehe

    ReplyDelete
  3. Same la in... Ank aku pn tido awal sgt...klau trlps waktu tido mau mngamuk sampai kesudah.... risau nk raya nie.. mst lari waktu tido.....nk train tido lmbt pn xtau cmne.....

    ReplyDelete
  4. owh ye ke...tu r nak jln raya ni camno la die...tdo dalam kete la jawabnya...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...