Monday, August 27, 2012

Potong Rambut

Assalamualaikum w.b.t

Entry basi. Entry sebelum raya. Entry sebelum ni ada cerita kan yang saya n Mr.teddy bawa Afkar g potong rambut kat saloon. Mr.Teddy tak puas hati tol dengan hairstylist tu. Potong sikit je charge sampai RM10.hohoh. Mr.Teddy cakap kalau gitu gaya potong dia pun boleh buat. hehehe. Tu la orang dah suh bawa potong kat Macha bese yang dia potong rambut. Tak mo. Nak bawa anak p saloon katanya. hahaha.

Afkar sebelum potong rambut tu. Ok je dia. Tak tau lagi tujuan kenapa Ummi n Babah bawa dia pergi kedai. hehehe. Aktif cam biasa la dia. Tak duduk diam. Semua nak diusiknya. Kejap berdiri kejap duduk. Mr.Teddy yang dukung dia. Saya jadi tukang amik gambo je. hehehe.


~Sebelum : Budak tak reti duduk diam~ 

Bila hairstylist tu dah start potong rambut dia, pelik gak dia. Apa yang uncle ni cuba lakukan. Mula-mula tu diam la dia. Tu pun jenuh gak Mr.Teddy peluk dia kejap-kejap.
 ~Dalam proses : Cubaan untuk bertahan~

Bila dah lama-lama makin dia tak boleh tahan. Terus teriak huwaaa. Dah la hairstylist ni potong pakai gunting. Dengan dak kecik ni tak duduk diam. Seriau gak tengok. huhuhu. Last-last bila Afkar dah meronta-ronta sangat hairstylist pun surrender . Babah pun redha je la kuar RM 10 dengan potongan yang secoet tu. hehee. Ini budak very the drama king tau. Bila dah pujuk-pujuk dia terus buat muka slumber. Macam bukan dia yang teriak tadi. So, Ummi amik gambo as bukti awak adalah drama king terbaik Afkar. hehee.
~Dah nak habis : Tak boleh tahan dah. Uncle ni ptotong rambut spicky kita~

3 comments:

  1. kelakar tgk gelagat afkar... Meh datang raya umah..Nnt uncle sam boleh tlg guntingkan rambut cm Qaid yang botak 24jam.huhuhu

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Senang kan botak...hehee...husband aku tak berani nak potong sendiri rambut anak dia...tu yang kena ke kedai gak...pasni Afkar minta tlg uncle sam potong kan je la...hehee

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...