Thursday, August 9, 2012

Persiapan Raya 2012

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik dah berada di hari terakhir Ramadhan. Esok dah Syawal. Tahun pertama Syawal bertiga. Eh tahun lepas dah bertiga gak tapi Afkar dalam perut lagi. Hehehe.

Persiapan syawal ala kadar je tahun ni. Untuk rumah tak ada yang baru. Recycle last year punya. Hehehe. Kuih dah siap. Siap tunjuk. hehee. Tahun lepas dapat gak dua jenis dah time mebuyung-buyung tu pon. Popia nestum dengan cornflakes madu. Tahun ni tak ada. Sat g Afkar tolong sama. Beli kuih pon tahun ni tak banyak. Tak nak jadi cam tahun lepas membazir sangat banyak yang terbuang sebab tak abis. Bila dah habis raya tak feel dah nak makan kuih raya.

Untuk kami tiga beranak ada la jugak yang baru terutama untuk Afkar. First time nak kumpul duit raya la katakan. Hahaha. Afkar memang akan beraya sakan tahun ni gara-gara Ummi dia nek meroyan hari tu beli banyak GILER baju time SOGO Member sale ritu. Tak apa la nak. Tiap 4 jam ko bersalin baju la kijenyer kalau babah tak bawa kita g mana-mana eh. hehehe. Duduk umah pun pakai baju baru. Glam hokey. hahaha. Baju Melayu ada dua pasang Ummi borong kat BAK, Jalan TAR. Jubah ada selai Nenek belikan kat Mekah. Kasut ada empat pasang Kalah Ummi n Babah nak . Songkok Ummi belikan kat Jln TAR. Kopiah lak Opah n Atuk belikan. Rambut pun baru potong semalam. Tapi Babah Afkar xpuas hati. Sebab potong sikit je kena sampai rm10. Dah la guna gunting cam bahaya je dengan budak yang reti duk diam macam Afkar.

Untuk Ummi n Babah biasa-biasa je la tahun ni. Bila dah ada anak shopping tu lebih ke arah anak je. Baju raya Ummi ada 4 pasang. 3 pasang tempah nursing kurung. Lagi sepasang beli kat KWC. Yang lain sume pakai yang lama. Untuk Babah pulak baju Melayu sepasang. Yang lain-lain tshirt, kemeja n seluar baru.

Tahun ni turn beraya kat KLANG=)) Senyum sampai telinga. Kami sekeluarga akan balik Melaka dengan family saya pulak pas ziarah kubur Arwah Ayah. Raya kedua or ketiga baru balik Slim River.

Kepada semua di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Susun 10 jari mohon MAAF ZAHIR BATIN sekiranya ada terlanjur kata dan bahasa di dalam entry2 saya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...