Tuesday, August 21, 2012

Kisah Raya 2012 - Si Kecil

Assalamualaikum

Dah masuk raya ke-4 dah. Kejap je erk. Sebelum ketibaan Syawal haritu perasaan sangat teruja nak sambut Syawal. Almaklum kali pertama sambut bertiga. Tak sabar nak tengok si kecil beraya pakai baju melayu. Pakai songkok. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan segalanya. Redha dengan apa yang berlaku.

Kisahnya Afkar demam di pagi 1 Syawal. Memang terus terbang mood semua. Lebih risau keadaan anak. Xsyok woo raya anak demam. Tak ada sekeping gambo pun yang saya sempat amik.

Hari Jumaat time ambil kat Nursery, dah diberitahu yang Afkar demam. Tapi time ambil tu xde pulak panas badan dia. Pagi sebelum pergi nursery pun xde pulak dia dedar ke apa. Relax lagi. Bawa dia g saloon dulu potong rambut. Pastu malamnya pula berbuka kat luar.

Balik dari berbuka tu badan dah start panas. Mr. Teddy suh bagi ubat terus. Takut melarat. Kebetulan memang ada ubat kat rumah. Plan nak balik Klang malam tu xjadi. Barang banyak xsiap kemas dia dah ngantuk ajak tido. Malam tu die demam balik. Kitorang sampai mandikan dia time bangun sahur tu. dah panas sangat badan dia.

Gerak balik Klang tengahari Sabtu. Ingat nak bawa g klinik tapi Mr Teddy ckp bagi je ubat yang sedia ada tu. Demam dia on off. Kejap panas kejap ok. Sampai malam tu still on off dah start risau. Dia pula dah lama xdemam. Pastu pulak selalu kalau dia demam dlm masa sehari dah kebah. Ni still on off.

Pukul 3 pagi check temperature 38.5. Bagi ubat dia muntah balik. Cakap kat Mr. Teddy x boleh jadi ni. Kita bawa g klinik. Pergilah kami ke klinik di malam raya. Alhamdulillah ada klinik 24hrs yang buka. Doktor check. Memang betul la demam. N paling mengejutkan sekali doktor cakap dada Afkar sempit macam nak kena asthma. So doktor suruh ambil neb. Pergh saya tabik spring kat mommies yang sempat amik gambo time anak kena neb. Saya mmg xmampu. Luluh hati time tengok dia ambil neb tu. Ya Allah. Kalaulah saya boleh ganti tempat dia. Afkar meraung yang amat. Meronta- ronta. Sampai tercabut tube nebulizer tu.

Hari Ahad di pagi raya. Alhamdulillah dah kurang sikit demam dia. Walaupun dia still tak ada mood lagi. Lepas sembahyang kami bawa jugak dia pergi beraya. Family saya pulak ntah apa mimpi suruh semua orang pakai jubah. Kang kalau xfollow pelik pulak kami sekeluarga je yang xsama. Tak dapatla nak ambil gambar sedondon kami sekeluarga=( Tapi memang saya tak sempat nak amik sekeping pun gambo. Sebab mood beraya dah hilang kot.

Sian Afkar tak dapat nak menikmati keseronokan pertama kali berhari raya gara-gara badan tak sihat. Diorang kata Afkar demam urat sebab kaki die xpanas. Bahagian atas je panas. Siap suh urut lagi. Alamak aii ngeri lak dengar nak kena urut segala. Tak sampai hati. Huhuhu. Tapi kami tak pergi pon urut. Ummi n babah redha perlu melayan kerenah anak yang tak sihat di hari raya. Tak ada yang menarik pun nak dikongsi.next entry saya update pulak perjalanan balik kampung yang dot dot dot. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...