Monday, August 27, 2012

Kisah Raya 2012 - Raya Slim River pulak

Raya ketiga bertolak balik ke Slim River dari Bangi. Tak larat nak balik terus dari Melaka. Pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik. Syok woo. Jalan lengang yang amat. hahaha. Boleh la kalau nak baring tengah jalan pon. hehee.Alhamdulillah Afkar xmeragam di sepanjang perjalanan. Tidur je dia. Lega Ummi. Bukan apa bila anak meragam ni kita pun jadi tak tentu arah. Afkar dapat jumpa atuk n opah dia seronok la. Hehee. Pergi beraya belah Slim River pulak.

Demam dah ok tapi naik rashes pulak kat badan dia. Huhuhu. Mr. Teddy kata sebab allergic air kat rumah Bangi. Pas Maghrib die nak tido, bagi la nen cam biasa. Tengok-tengok makin teruk pulak rashes dia. Sampai merah-merah. Tapi dia xada pulak meragam ke. Hari raya ke-4 sekali lagi kami ke Klinik di Tanjung Malim. Nak check nape naik rashes tu. Sebab ada yang datang beraya rumah in law cakap eczema la, kena campak la, allergic la. Macam-macam la. Hehee. Kita dengar yang lebih pakar cakap apa pulak. Bila pergi klinik doktor cakap ruam panas rupanya. Kalau allergic dalam mulut pun ada. Normally certain baby akan naik rashes after 3hari baik demam. Betul la tu. Afkar kan baru baik demam. So xperlu risau tak tentu pasal. Hehee. Mana boleh tak risau

2 comments:

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...